Selagi
hayat dikandung badan selagi itulah kita perlu ingat-memperingati sesama
insan.......
"Dosa
akan datang dalam 4 peringkat.."
Dosa
Peringkat Pertama..
Seseorang
membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat
atas dosanya.... Ini
adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu
berterusan
membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik
akan naik kedosa peringkat kedua..
Dosa
Peringkat Kedua...
Seseorang
itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya...
Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan
yang boleh menggugurkan iman seseorang..
Dosa
Peringkat Ketiga..
Seseorang
itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.... Peringkat
ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa
mula merasa sombong, bongkak dan riak.. Ucapannya
juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya
ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee.. setakat sebotol tak mabuk lagi." Selepas
peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..
Dosa
Peringkat Keempat..
Seseorang
itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG
HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang tersebut
mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana
sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..
Pada
peringkat ini akan terdengar suara suara, orang mula mempertikaikan hukum
Al-Quran dengan mengatakan
ianya tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang kerana Al-Quran turun
1400+ tahun dahulu, dan ianya perlu dikaji atau ditafsir semula...
Oleh itu
hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan
cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa
dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah.. Seseorang sahabat pernah bertanya kepada
Rasullullah, "Wahai Rasulullah
akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya
Islam yang lengkap ini." Rasullullah
menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah
datang islam yang lengkap." Sahabat
bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang
perlu aku lakukan sekiranya akubertemu zaman itu dan pendakwah neraka
tersebut." Rasulullah menjawab,
"Hendaklah kamu cari ulama ulama benar
(ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali
kali kamu lepas darinya."
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment