Cinta merupakan fitrah manusia., MANUSIA
diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai
lawan jenisnya. Sebagaimana firmanNya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia
kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta
yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan
sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat
kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14).
Berkata Imam
Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi
fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku
tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis
Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah
bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah perhiasan
dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim,
NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH
berfirman: Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi
cantik-cantik (ar-Rahman: 70)
Namun, Islam
tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur
dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan
antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada
pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
No comments:
Post a Comment