Iklaneka

Saturday 14 April 2012

Koleksi-Koleksi Cerita Lawak 2

Jom relaks2 jap..., hu3.., ini merupakan siri kedua koleksi cerita-cerita lawak.., sambungannye Insya Allah akan menyusul nanti.., tunggu........, thanks 4 the read.., ;-)

CERITAKU 

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,

Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...  

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku.... 

TEMUDUGA 

Ali pergi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".

Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN... , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW... BLUE's that? WHITE did you say? Aiya... ! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you." 

Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!

PENGEMIS GILA 

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!! 

DEMAM MALAYSIAN IDOL 

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) : 
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua) 
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... .pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah... 

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik... 

CERITA SEDIH BILA LIF ROSAK 

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi... .

si A : Macamana ni... rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak... kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa... biar kita serius dengar cerita. 

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita.... 

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku... aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... .bla bla bla bla bla... .. 

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh... sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata... kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita... .

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya... aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla... ...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... .punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi... cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih jugak ke... ?
si C : emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi 
si C : aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA

Moral of the story... .jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

KENANGAN LAMA 

Cerita Lawak Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku masa sekolah dulu... benda yg tak boleh aku lupakan sampai sekarang... . bagi aku cerita ni mmg lucu... tapi tak tahu la kalau tak lucu bagi korang semua...

Benda ni jadi masa zaman Sekolah Menengah Vokasional Teluk Air Tawar, Butterworth. Skg ni dah jadi Sek Teknik B'worth. Aku ambik bidang elektronik. Boleh dikatakan kat sekolah tu 90dalah pelajar lelaki... . so kena berebut la nak tekel awek. hehehehe... .. Nak jadi citer, ada la sorang kawan baik ni baru dpt lesen motor. So dia beli motor honda kapcai lampu bulat tu... . rasanya jenis c70 kot... .. tapi jenis lama... .. so petang tu habih je kelas terus kami meronda naik motor dia...

Dia ajak pi ngorat awek kat sekolah Dato' Onn Butterworth. sekolah tu awek ramai, cun cun plak tuh... . so kami pun dengan tali leher (kami ni pengawas sekolah) naik kapcai buruk dia tuh pi lepak depan sekolah tu... .. kami lepak kat bus stop yg selalunya awek sekolah ramai dok tunggu bas. so waktu habis kelas petang tu... . ramai la awek kluar... . kami pun apa lagi... . mula la nak jual minyak... .. kawan aku tu, Adi nama dia... . dgn selamba dok ngorat... .. aku plak dah naik segan... .. tapi ada la jugak awek yg kasi respon... .. lepas dpt no phone 2 org awek... aku dgn adi pun nak blah la... .. aku dok kat belakang... so dia pun start motor tu... . yg jadi lecehnya... .. dia terlupa nak free gear moto masa sampai tadi.....

Sekali je dia tendang starter moto tu... . terus moto tu melompat..... aku yg tak sempat nak pegang dia terus jatuh bersila kat atas jalan tar depan awek2 yg ramai tu... ah cunnn nya... . mcm dok bersila nak makan nasik kenduri plak.... hehehehe.... masa tu muka aku dah tak leh nak describe dah... . malu tu mmg malu..... nak nangis pun ada..... tapi yg paling aku bengang tu.... Adi tak jatuh... .. dia siap gelakkan aku lagi.... pas tu aku pun tersengih sengih cam kerang busuk pun bangun terus lompat naik atas motor Adi... . kami blah terus... . sejak hari tu aku tak naik dah moto Adi.... even budak pompuan yg kasi no phone kat aku tu pun aku tak call... aku malu sangat........ 

JANGAN CEPAT MELATAH 

Ada satu cerita, nak dengar tak?

Ceritanya cam ni, Ada seorang pompuan, masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek, hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow sikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".." Bagerooo... " sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat... Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah... tapi nak bagi tau jer.... yang ada babi tergolek kat depan.... hehehehehehe

3 ORANG BUDAK 

Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita diorang...

Lina:ko dah besar nak jadi apa?

Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo

Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl

Ahmad: (Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...

PUTERI AYU BATU SELONGGOK 

Cerita ni mengenai sebuah negeri Batu Selonggok diberi nama.. negeri Batu Selonggok ni merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya dan mempunyai raja yang baik hati dan bijaksana yang bernama Raja Derewa. 

Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik, yang pada zaman tu tiada tandingnya lagi. Tetapi satu masalah yang menjadi kerungsingan Raja Derewa iaitu mengenai jodoh anaknya. Masalah yang menimpa anaknya itu ialah apa saja benda yang tuan puteri sentuh ia akan cair, tak kira besi atau tembaga sekalipun. 

Setelah puterinya genap berusia 25 tahun Raja Derewa ingin mencarikan jodoh untuk anaknya ini. Ramai anak raja dan rakyat tempatan yang ingin menjadikan tuan puteri isteri mereka. Raja Derewa pula tidak mengira pangkat atau darjat untuk jodoh anaknya ini. Untuk mencari suami yang betul-betul sesuai untuk anaknya ini Raja Derewa mengadakan satu syarat dimana sesiapa lelaki yang dapat membawa satu benda yang jika disentuh oleh tuan puteri benda itu tidak cair maka orang itulah yang akan berkahwin dengan tuan puteri.

Setelah mendengar perkhabaran itu berpusu-pusulah rakyat, anak raja semua untuk mengadu nasib. Ramai yang tidak berjaya. Akhirnya tinggallah 4 orang sahaja yang belum mencuba. 

Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras, lalu mempersembahkan kepada tuan puteri, apabila tuan puteri menyentuh besi itu, besi itu pun cairlah.

Sampai pulak kepada peserta kedua terakhir. Dia datang membawa sebilah pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya pedang itupun cairlah. 

Datang peserta ketiga, dia membawa benda yang paling keras didunia yang mana hanya boleh dipotong oleh benda yang sama juga, iaitu batu permata. Seperti peserta yang sebelumnya, permata itu juga cair apabila disentuh oleh tuan puteri. 

Sampailah kepada peserta terakhir, dimana peserta ini berjalan berlenggang tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri. Apabila sampai ditempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan tangan tuan puteri kedalam poket seluar lelaki itu. Selapas memasukkan tangannya kedalam poket seluar lelaki itu, tuan puteri berlari masuk kedalam bilik peraduannya dengan muka yang merah menahan malu. 

Raja Derewa yang dalam kehairanan menyoal lelaki tu, benda apa yang disentuh oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik peraduan dan adakah cair benda tersebut? Lelaki tu berkata dengan bangganya' "Tidak cair Tuanku". 

Raja Derewa begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda yang di bawa lelaki tu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang tuan puteri. 

Lelaki tu pun berbisik kepada Raja Derewa dan menujukkan apa benda yang tidak cair tu...

"Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan... ".


p/s: ko pk ape ha??hehehehe

CIK CINDERELLA 

Al-kisah...
Pada satu hari ader seorang budak pompuan bernamer Cinderella. Dia tinggal dgn emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki... eh salah... kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie.

"Cinderella! Amekkan kan aku air esbok!" 

"Cinderella! Gosokkan baju aku!!!" 

"Cinderella! Pi kasi makan kuder aku!" 

"Cinderella! Pi gali perigi!"

Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis dinegara itu untuk menghadiri temasya tari menari.

Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali... mak dia pun samer. So diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadenyer. Kerane terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer. 

"Ok Emak, sumer sudah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" katernyer dgn nada yg cukup gembira. 

Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi, hati dia busok keraner dia tahu Cinderella memang jambu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja. 

"Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia. 

Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan. 

"Aper pasal kao bersedih Cindy?" tanyer fairy godmother
"Sedih ah... takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab Cinderella. 
"Lerr buat lah kerjer tu... maner tahu kalao sempat" 
"Maner bleh sempat.... nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat lagik...jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas Cinderella. 
"Oh pasal tu? don't u worry... i can help u on that" balas fairy godmother. "Camner?" tanyer Cinderella 

Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat hikmatnyer dan transform tu buku ke satu buku baru yg sangat tebal. Di campakkannyer kepader Cinderella. 

"Nak save time? Nah amek nie... Yellow Pages... let ur finger do the walking"
Sekian....,
Pengajaran : " Jgn nak berangan, kalao nak sesuatu bender tu kener usaha siket... jgn harap lah bleh jadik dgn serta merta". 

PELANCONG YANG SOMBONG 

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan... kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu teksi dengan bangga.

Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err... dua bulan untuk menyiapkannya.

Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh... kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih... menyindir..Che Mat... berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.

APA? kata pemandu teksi tadi... mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan. Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La... ... Usupadora... entahlah Mr John... semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh... his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal. 

Sambungannya sila click d'link d'bawah.., 
Koleksi Cerita Lawak 3

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...