WANITA : Siapa
yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut
kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir
sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana
Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang
lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat
menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di
hatinya...
Setelah berkahwin,
pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu,
pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan
hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup
yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari
pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang
jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat
membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya
menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA
terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali
akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak
mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke
rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
"Kalau saya
bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari
pasangan sejati masing-masing" .
WANITA pernah ke
luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah
malam yang sunyi, LELAKI meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi
LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka
akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan
dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa
khabar?
WANITA : Baik...
kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan
terbang ke New York
dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau
kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum
manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal... "Satu minggu
kemudian, LELAKI menerima khabar. WANITA adalah salah seorang korban Menara
WTC.
Malam itu, sekali
lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya
dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang
telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan
99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah
penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah
kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... .
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang
dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira
merasakan akan menyakitinya,
sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk
kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah,
apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan
diterima??
p/s : kalau dia mmg jodoh kita., jgn pernah kita hampakan dia walaupun dengan ape sekalipun., sayangilah dia seadanya sebelum dia pergi meninggalkan kita utk selamanya.., selepas pada itu mungkin sukar utk kita menemui cinta yg sebetulnya., kesibukan bukannya suatu alasan utk kita mengatakan yg si dia sudah tidak menyayangi kita., selagi mana ikatan itu masih ada, selagi itu lh kita harus memahami antara satu sama lain.., jgn sesekali menuduh atau berprasangka buruk terhadap pasangan kita.., krn apabila kesibukan melanda mungkin akn mengubah mood seseorang., fahamilah apa yg perlu kita lakukan utk menceriakn kembali keadaan., jgn terlalu mengikut nafsu amarah krn ianya akn lebih memporak perandakan lagi keadaan.., so, renung-renungkan lh.., hu3.., sekadar utk renungan bersama..., thanks 4 reading..,:-)
No comments:
Post a Comment