Iklaneka

Monday 27 February 2012

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran


Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali anda baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. 


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... 

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya. 



Wednesday 22 February 2012

Apakah Manafaat Yang Anda Perolehi Setelah Setahun Anda Berhenti Merokok


1.Setelah 20 Minit Berhenti Merokok
          - Tekanan darah kembali normal
          - Suhu tangan dan kaki kembali normal

2.Setelah 8 Jam Berhenti Merokok
          - Kadar Karbon Dioksida (CO2) dalam darah kembali normal
          - Kadar Oksigen(O2) dalam darah meningkat

3.Setelah 24 Jam Berhenti Merokok
          - Kesempatan terkena serangan jantung menurun

4.Setelah 48 Jam Berhenti Merokok
          - Hujung-hujung saraf mulai kembali tumbuh
          - Kemampuan menghidu dan mengecap meningkat
          - Berjalan terasa lebih mudah

5.Setelah 2 Minggu Berhenti Merokok Hingga 3 Bulan
          - Peredaran darah pulih
          - Fungsi paru-paru meningkat hingga 30%

6.Setelah 1-9 Bulan Berhenti Merokok
          - Batuk, penyakit sinus, sesak nafas berkurangan
          - Cillia kembali tumbuh dalam paru-paru dan kemampuannya meningkat untuk membersihkan paru-paru dan mengurangkan risiko terkena infeksi.

7.Setelah 1 Tahun Berhenti Merokok
          - Risiko terkena jantung koroner adalah 50% jika dibandingkan dengan perokok. 

Wednesday 15 February 2012

Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai


Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia memberitahu kerana, “AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU,” awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempesona. 

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai ‘bidadari’ bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih cantik daripada anda di luar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang. Ingat, lelaki sentiasa ‘muda’, jika dia menjadi ghairah oleh bibir yang merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah dengan bibir yang begitu. Tiada istilah pencen meskipun dia sudah tidak berupaya untuk berdiri tegak. Dia mungkin tidak berbuat lantaran ‘tidak boleh lagi’ tapi hati di dalam tetap muda dan berbunga-bunga. 

Percayakah anda? Anda ‘patut’ percaya, sebab lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya ‘buaya’ yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah.

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri. 

Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung. Buktinya banyak. Jika kita hendak mengambil artis atau model sebagai contoh (maaf para artis dan model, sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan hansem tapi kerap mengalami kebobrokan hati. Jika kita mendengar artis itu bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat. Namun, kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke akhir hayat, tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.

Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah. Pergi.

ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat cantik hingga tidak tergambar oleh akal. Mengapa ALLAH janjikan bidadari yang amat cantik? Sebab di situlah makna kecantikan yang sebenar. Kecantikan di dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ. 

Maka itulah, kecantikan dan ketampanan di dunia ini tidak boleh dijadikan teras untuk mencintai. Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik. Kopi pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai. 

Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai sebab kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh lebih besar. Bukan untuk menakutkan tapi cubalah fikirkan.

Mingguan Wanita
Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Siri 185 - Cantik bukan teras untuk dicintai


Saturday 4 February 2012

7 Emosi Pengganggu Kesihatan


Manusia tidak luput dari terkena penyakit. Semenjak dari kecil, manusia sudah mengenal sakit, sampai menjelang ajalnya sering dibayangi oleh berbagai-bagai penyakit. Untuk mengatasi penyakit, telah dicuba dengan berbagai-bagai cara pengubatan. Walaupun ilmu kedoktoran maju begitu pesat sekali tetap masih ada penyakit yang tidak diketahui sebabnya.

    Walaubagaimanapun, Ilmu pengubatan alternatif dan holistik telah membahagikan penyebab penyakit kepada tiga golongan besar.

Pertama, penyakit yang datangnya dari luar tubuh, masuk ke badan melalui kulit, lalu menyerang meridian(jalur bujur)tubuh dan selanjutnya menyerang organ dalam. Termasuk dalam kategori ini adalah penyakit yang disebabkan oleh angin, dingin, panas, lembab, kering, api serta  penyakit menular.

Kedua, penyebab penyakit dari dalam yang berasal dari emosi(perasaan) penderita. Termasuk dalam kategori ini adalah tujuh jenis emosi iaitu gembira, marah, khuatir,  berfikir, sedih, takut dan terkejut.

Ketiga, penyebab penyakit yang tidak termasuk golongan pertama dan kedua. Dalam kelompok ini contohnya kebiasaan hidup yang tidak teratur(makann minum, bekerja, rehat dll), kegiatan bersenggama yang berlebihan sserta luka dan gigitan binatang.

Adalah wajar bila setiap individu mempunyai ketujuh-tujuh emosi seperti tersebut diatas. Tidak mungkin seseorang individu itu tidak mempunyai rasa gembira, marah, khuatir, takut, sedih, berfikir dan terkejut. Di dalam pengubatan allternatif dan holistik, emosi yang berlebihan secara langsung akan mempengaruhi organ dalam tubuh.

Berikut ini adalah pengaruh tujuh emosi terhadap organ tubuh kita.

SEDIH
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Bila anda sedihkan sesuatu maka emosi ini akan mengganggu perjalanan energi/tenaga. Aliran energi/tenaga akan menjadi lambat bahkan boleh membuat aliran tersebut akan terhenti buat sementara waktu atau tersumbat. Kesedihan yang berlebihan akan menggangggu kerja paru-paru dan jantung. Kerana organ dalam saling berhubungan. Emosi sedih yang berlebihan akan mempengaruhi hati dan organ lainnya  bahkan yang parahnya akan mengakibatkan terputusnya hubungan antara jantung dan pericardium(selaput jantung). Akibatnya berlaku pendarahan melalui dubur dan uretra.

MARAH
Hati adalah raja kepada tubuh badan. Kebaikannya akan membuahkan tingkahlaku yang baik dan sebaliknya keburukannya akan membuahkan tingkahlaku yang buruk. Pada keadaan yang normal, hati bekerja dengan baik. Namun begitu ada emosi negatif yang menjadi musuh kepada tubuh anda iaitu kemarahan. Marah akan merangsang hati. Bila marah bergolak, energi/tenaga yang ada di hati akan berbalik naik ke atas, aliran darah naik ke atas serta bergolak. Sebab itu seseorang yang dalam kemarahan, wajahnya akan menjadi merah padam dan badannya akan bergetar.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa hati sakit(sebagai organ) disebabkan oleh sakit hati(sebagai perasaan). Orang yang sedang marah ibarat sedang membawa bara api yang sangat panas. Api itu diharapkan akan dilemparkan kepada orang lain namun sebaliknya api itu tidak akan mencederai sesiapa melainkan akibat buruk akan ditanggung oleh diri sipemarah itu.

Hati berhubungan dengan kandung hempedu. Kerana kemarahan yang membara akan mengakibatkan rosaknya fungsi hempedu itu. Maka yang akan menanggung kesakitan adalah sipemarah itu.

KHUATIR
Bila anda mengkhuatirkan sesuatu perkara atau insiden seperti keadaan anak anda yang kemalangan, suami sakit jantung, anda sendiri diserang kanser otak dan sebagainya maka aliran energi/tenaga pada tubuh anda akan tergangggu bahkan akan lambat. Kekhuatiran yang berlebihan akan menghentikan perjalanan energi/tenaga buat sementara atau tersumbat dan akan mengganggu kerja pparu-paru yang hubungannya sangat dekat dengn usus besar.

Tidak hairanlah orang yang khuatir akan menekan-nekan dadanya tempat paru-parunya berada. Paru-paru dilambangkan dengan warna putih. Kerana itulah orang yang khuatir, wajahnya menjadi pucat. Ini bererti energi/tenaga diparu-parunya tidak seimbang.

BERFIKIR
Al Hassan berkata:”Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah sepanjang malam” dan Ibn Abas mengatakan bahawa: ”Memikirkan kebaikan merangsang untuk mengamalkannya. Dan menyesali keburukan merangsang untuk meninggalkannya”

Berfikir dikatakan juga meliputi penggunaan akal, kecerdikan atau fikiran untuk memecahkan ,masalah. Berfikir juga dikaitkan dengan berkhayal atau melamun di saat seseorang mencuba memecahkan seseuatu persoalan yang hanya merupakan khayalan dan buka realiti.

Gangguan ke atas fungsi limpa atau kerja limpa akan berlaku sekiranya seseorang itu terlalu banyak berfikir. Seterusnya akan mengganggu juga aktiviti perut kerana  limpa dan perut mempunyai hubungkait yang begitu erat sekali.

Tidak hairanlah seseorang yang terlalu banyak berfikir akan mengalami sakit perut akibat dari gastrik. Semua pergerakkan tendon/otot akan terganggu.

TERKEJUT
Seseorang apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya jiwa akan tertekan.

Terkejut dapat mempengaruhi dan dipengaruhi oleh fungsi buah pinggang. Terkejut yang berlebihan akan membuah buah pinggang dan jantung terluka. Kerana buah pinggang dan jantung mempunyai hubungan yang istimewa. Orang yang mempunyai buag pinggang yang baik biasanya mempunyai fungsi jantung yang baik juga. Jantung yang kuat membuat seseorang tetap bertenang. Orang yang tenang tidak mudah dikejutkan oleh sesuatu yang di luar dugaan.

Dapat disimpulkan, orang yang mudah terkejut biasanya mempunyai fungsi jantung yang lemah.

TAKUT
Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa takut. Ketakutan seseorang individu berbeda dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada ketingggian, takut berbicara hadapan orang ramai dan sebagainya.

Fungsi buah pingggang dan limpa akan terganggu bila ketakutan yang berlebihan berlaku pada seseorang individu. Sebuah rumah telah dimasuki beberapa orang perompak. Mereka telah mengugut akan merogol si isteri dan anak-anak gadis yang ada di rumah jika si suami tidak menunjukkan tempat simpanan wang. Tentu pada waktu itu, mereka dalam ketakutan yang teramat sangat. Selepas perompak itu melarikan diri dengan barang rompakan mereka, jiran-jiran datang ke rumah mangsa untuk membantu mereka dan di dapati bahawa si suami telah terkencing di tempat mereka diikat. Ini bererti ketakutan telah membuat fungsi buah pinggang menjadi tidak karuan dan akhirnya secara tidak sengaja air kencing pun keluar.

GEMBIRA
Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.

Gembira adalah tanda fungsi jantung dalam keadaan normal. Ini bererti darah, kelenjar limpa dan aliran tenaga berjalan dengan lancar dan baik. Manifestasinya badan sihat. Namun bila kegembiraan melebihi had, perjalanan tenaga dalam tubuh akan bergolak dan tersebar sehingga semangat yang tersimpan di jantung akan bergolak juga. Pada saat gembira, aliran tenaga akan menjadi perlahan.

Banyak contoh yang menunjukkan terlalu gembira akan mengakibatkan bencana pada diri seseorang. Mungkin anda pernah mendengar cerita dimana seorang ayah meninggal dunia kerana terlalu gembira apabila mendapat khabar bahawa anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada hal dia tidak menyangka sedemikian.

Ini adalah satu fenomena yang menyatakan bahawa sewaktu kegembiraan melonjak, aliran tenaga menjadi terlalu laju dan telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada jantung kerana tidak dapat menampung kelajuan tenaga yang datang secara mendadak.

Sebagai kesimpulan, faktor emosi merupakan sesuatu yang perlu diwaspadai. Individu yang mempunyai fikiran yang positif biasanya mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik. Oleh itu kendalikanlah perasaan dengan sebaik-baiknya agar anda menjadi seorang individu yang sihat.

PROF DR HJ SHAHRIN ABD RAHMAN
7hb Dis 03

Friday 3 February 2012

8 G Pada Lelaki Yang Dibenci Oleh Wanita

1.Garang
-garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh..macam ler dia betul semua, dsb.

2.Ganas 
-kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer.

3.Gementar 
-takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb.

4.Gabrah 
-tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb.

5.Gentleman tiada 
-langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik
 kesempatan,dsb.

6.Gerumal 
-bahasa kedah -bohong atau tipu.

7.Ganggo 
-keterlaluan-  lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll.

8.Gatal 
-miang keladi ngan pompuan lain selain dengan bini.



Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

a.. Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
b.. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
c.. Saksinya kurang berbanding lelaki.
d.. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
e.. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
f.. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
g.. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
h.. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1)sembahyang 5 waktu,
2)puasa di bulan Ramadhan,
3)taat suaminya dan
4)menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ...begitu juga terhadap lelaki yang diangkat sebagai khalifah di muka bumi......

" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "





7 C Kenapa Lelaki Benci Wanita


Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan 7 C yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot
-Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh,kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
-Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.
  
3. Cemburu
-Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
-Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
-Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.
  
6. Cabul
-Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.
  
7. Cabar
-Lejaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misainya men-cabar dengan kata-kata seper-ti, "saya cabar awak ....."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...