1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku
sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan
kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan
selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah
selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali
setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua
masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali
sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11
kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang
berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah
seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari,
Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm
dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali
pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di
akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai
solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang
lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat
menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah
banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin
setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat
kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat
3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang
bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak
1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap
hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan
mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca
selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan
yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu
pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat
kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7
kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang
berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya
maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali
sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan
berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2
kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat
pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan
dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang
mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada
taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat
hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan
saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap
selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan
hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari,
diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang
berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari
Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat
kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani.
No comments:
Post a Comment