Jom relaks2 jap..., hu3.., ini merupakan siri ketiga koleksi cerita-cerita lawak.., sambungannye Insya Allah akan menyusul nanti.., tunggu........, thanks 4 the read.., ;-)
DOA SI ANAK
Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya
berdoa. "Ya, tuhanku, selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal,
Datuk".
Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi
keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.
Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi.
"Ya, tuhanku, selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".
Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek
pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.
Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi
malam itu. "Ya, tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".
Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang
malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan
bahawa dia sihat.
Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi
pagi tadi?"
Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang
kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ... "
Si ayah... ?@!~.= ??
Kwang Kwang Kwang ...
p/s: anak saper sebenarnya budak nih?
ADIK BERADIK
Di sebuah sekolah tadika, seorang guru sedang menyoal
anak muridnya..
Cikgu: "Ijoi, awak ada berapa orang
adik-beradik?"
Ijoi : "Ada
tiga, cikgu."
Cikgu: "Awak yang paling tua, ke?"
Ijoi : "Bukan saya, datuk saya... ".
TUGU PERINGATAN
Cerita Lawak Pada suatu hari, seorang doktor pakar
jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk
membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara
pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula
meninggal dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina
sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara
pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya
tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor
itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah
engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan
kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat
membantu" jawap si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara
pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin"
jawap lelaki itu sungul...
DATUK YANG HEBAT
Tom dan Harry sedang bercakap mengenai datuk
masing-masing.
Tom : Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati,
tahunnya dan mengtahui masa dia akan meninggal dunia
Harry : Hebatnya! Bagaimana dia tahu?
Tom : Dia telah diberitahu begitu oleh hakim di
mahkamah...
ARNAB
Anjing Tom sedang memakan bangkai seekor arnab. Tom
tahu arnab itu merupakan arnab jirannya lalu memarahi anjingnya...
"Berhenti kamu anjing @F..@... apa yang patut saya buat sekarang? Tentu
jiran itu akan membunuh saya... bagi saya arnab tu!"
Selang beberapa hari Tom terdengar khabar yang
mengatakan ada sesuatu yang pelik berlaku pada arnab jirannya... Tom bertanya
apa yang terjadi dan jirannya menjawab "Suatu hari arnab saya telah mati
dan saya telah tanamkannya... kemudian seseorang telah mengeluarkan arnab itu
dan memandikannya, lalu meletakkan arnab itu semula ke dalam sangkar lamanya...
orang yang lakukan perkara ini sememangnya gila!...
DI MANA TELINGA LIPAS
Korang tau tak.. telinga lipas terletak di kaki... tak
percaya?
KENCING
Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia
pun masuk bilik air. Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas
kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia
terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah
lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu
terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun
berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencin dlm peti
ais...
Sambungannya sila click d'link d'bawah..,
Koleksi Cerita Lawak 4
Sambungannya sila click d'link d'bawah..,
Koleksi Cerita Lawak 4
No comments:
Post a Comment