POLIS CERDIK
Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal
telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di
bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.
Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La. .
tak kan tak
tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana
ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!
Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak
tu.
Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La. ..
sana ada angin,
sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?
BILA BESAR NANTI
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri
kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan
diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin
Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi
ke Australia , Eropah , Iraq
dan sebagainya".
"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?",
tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri
dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi
suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan
cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman,
bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...
".
SIAPA MARY BANG?
Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs
sambil duduk membaca suratkhabar... ..tiba2 dtg si isteri membawa tudung
periuk... .PANG!!... .diketuknya atas kepala si suami... ..si suami yg
terpinga2... ..bertanya... ..
"Aper hal ngan awak nih... .kenapa awak ketuk
kepala saya??... .si isteri pun menjawap... ."nah! awak tengok nih...
.sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama... .'Mary'... .si isteri
tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary... .dgn
tenang si suami menjawab... . ooo... .itu nama kuda yg saya bertaruh semalam...
..namanya Mary... ..si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus
menyambung kerja di dapur... ..
Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2
membaca suratkhabar seperti selalu... . PANG!!!... .kali ini dengan lebih kuat
lagi!... .si suami pun bertanya... .aper hal plak awak ketuk kepala saya kali
nih ... dengan selamba..si isteri menjawap... ."kuda awak
telefon!!"... ..
P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang
lebih selamat.., hu3.,
KAWAN ATOK
"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?"
Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus
tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar Besar
nak jadi apa " (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan
yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan
sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr "
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi
arwah kan ?"
Atuk: "@..$¦@... .$"
SIAPA LAGI PANDAI?
Ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya
tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 ditadika t'sebut
supaya tak percaya wujudnya tuhan.Die pun mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni.
Ank2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade ke.
Ank2 : Ader cikgu.
kemudian guru tadika tadi memasukkn pen itu dalam poket
die, kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?
Ank2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Ank2 : takder cikgu.
Guru tadika: Anak2 nampk tuhan tak?
Ank2 : tak nampk cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Ank2 : takder cikgu.
Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan die nak
brainwash otak budak2 tu berjaya. Tetapi dalam banyak2 budak tu ader seorang
budak yang pintar, dan die minta pun mengangkat tangan...
Bdk A : Cikgu bleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Bleh, mari ke depan.
Bdk A : kawan2 nampk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader kn?
Kwn2 : ader.
Bdk A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader
MANA BARANG YANG 'FREE'?
Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya
untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua
barang-barang yang dipesan.
Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg
plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu
tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE'
ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka
isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus
benda 'FREE' itu. Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual
untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan
jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata
mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual. Penyelia
yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya,
dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda
'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan
belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu .. 3 CHOLESTEROL FREE... !!!
AKIBAT TUNJUK PANDAI
Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji
Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya.
Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis
yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan
Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala. Selepas
ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar.
Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah
masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat
dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam
pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji
Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun
bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan
solat subuh.
Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama,
Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah
dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat,
membetulkan urat-urat yang lenguh semalam. Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah
menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si
Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan
memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga
rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya
dah cukup empat rakaat tadi." "Astaghfirullah... " mengucap
panjang Pak Haji Dollah.
Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya.
Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh
tu dua rakaat.
SALAH TULIS NAMA
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua
sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar
motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai
di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu
bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cina.
Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil
membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma
Dol dan Man mula menegak. Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk
sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu
kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin
orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah. "Aiya, itu
bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek
tersebut.
Sambunganya sila click link d'bawah....,
Sambunganya sila click link d'bawah....,
No comments:
Post a Comment