Iklaneka

Wednesday 28 December 2011

Al-Barzakh

        Kelam!! Gelap Gelita!! Di mana ni.,?? Ethopia.,?? Malaysia atau China.,??? Ahh... aku lemas di sini. Mengapa aku berada di sini.,?? Aku nak keluar..!!! Aku nak keluar...!!! Ahhh.... aku di mana ni.,?? Menyusahkan aku saja. Mana jalan keluar ni..???

        Hoi......, orang di luar sana.!! keluarkan aku dari sini..!!! Kau semua orang ni pekak ke.,?? Tolong..!!!! Macam mana ni.,? Uhh...., apa tu.,?? Alamak..! dasyatnya makhluk ni..!! Ehhhh.., aku takut ni...!!!

        Tolong.....!!!!!!

        Hei.., manusia..!!! Aku ke.,? Ya kamu..!!! bersedialah..!!! Sedia untuk apa.,? Aku ingin menyoalmu..!!! Soal.,?? matematik, sains atau bahasa melayu..,?? Tak payah soal.., aku dah dapat PhD semua tu..!!! Siapa Tuhanmu...?? Tuhan...,??? maksudmu wang..,???

        Money.,?? fulus.,?? Cheh.... kamu..,!! celaka bupppp..!!!

        Adoi..!!! Ahh.......

        Apa agamamu...??!!! Ideologikah itu.,?? athiest ...!! Celaka..,!!! nah...,!!! buppp...!!!!!

        Adoi...!!!!! Apa ikutanmu...??!! Perlembagaan barat..!!! Ceh..,!!! bupppp..!!!! Adoi....!!!!!! Siapa penghulumu...??!!!

        Pemerintahkah...?? tentu Perdana Men....... Ceh..!!! bupp...!!!! Adoi..!!!!! Di mana kiblatmu...?? Dasar ke tu..,??? pandang ke timur..!!! Celaka..,!!!! nah...!!!!!

        Adoi..!!! Itu sebagai pendahuluan..., aku akan datang menyoal lagi.

        Apa salahku.,?? Aduhhh..!! Sakitnya..!!! Aku benci berada di sini. Aku hendak keluar..!!!

        Tanah., tolong bukakan jalan keluar untukku..!! Ehh..., apa pula ni..!! Oii., tanah...!!!

        Aku bukan suruh himpit..!!! Aku suruh buka..!!! Adoi.., tolong..!!! Argh..!!! Ya Allah..!!

        Aku tak boleh bernafas..!!!! Tolonglah tanah..!!! Uhhhh...!! Jangan himpit aku macam ni..!!!

        Tolonglah..!!!! Ahhhh..!!!! Mujurlah tanah ni terbuka semula..!!! Uhhh...!!!

       Di mana sebenarnya aku ni..,?? Aku pernah ke Tokyo, Los Angelas, Sydney, Hong Kong, London, Amsterdam, Langkawi..!!! Tapi tak pernah aku jumpa tempat macam ni..!!!

        Dan siapa makhluk tadi.,?? Dasyat sungguh..!! Tak pernah aku jumpa. Dan kenapa tanah ni tadi menghimpit aku.,?? Aku jadi liat ke.,??!!!

        Argghhh....... binatang apa pula tu.,?? Naga ke.,??? Besarnyaaaaaa..!!!! Banyak pula tu...!!!

        Nampak macam ular..,??!!! Ehhhh..!!! Dia datang nak seksa aku ke.,??

        Alamak..!!!!!!!!!

      Adoi..!!! Tolong..!!!!! Uhhhh...!! Ehhh..!!!!! Eiii..!! Nanti dulu..!!!!! Ke...kenapa kamu semua nak patuk aku..,?? Aku dah buat apa kat kamu...???? Tak sembahyang..!!! Tak sembahyang...,???

        Apa benda sembah... Adoi..!!! Arghhh..!!! Tolong mak..!! Ubbb...!!! Mana ular tadi.,???

        Glib..!! Dia dah pergi..!!!!

        Arghhhh..!!! Apa salah aku.,??!!! Aku dah derma kepada anak-anak yatim dengan namaku terpampang di akhbar. Aku dah derma kepada Sport Toto RM 2 juta. Aku telah pun mengislamkan isteriku..!!! Mariam @ Mary..!!! Walaupun dia tak pernah sembahyang tetapi aku telah mengislamkan dia..,!!! Sekurang-kurangnya......

         Arghhhh...!!! Makhluk tadi datang lagi..!!!!
Alamak..!!!!! Matilah aku kali ni..!!!! Tolong...!!!!!!!!!!!
Keluarkan aku dari siniiii......!!!!!!!!!!!! Tolong bebaskan akuuuuu.....!!!!!!!!

        Aku takut ni..!!! Tolong..!!!! Celaka kamu..!!!!! Nah..!!!!! Bupp.....!!!!!!!!!!!!!!!!

        Adoiiiiiiiii.....!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday 21 December 2011

Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki

Wanita merupakan hiasan dunia, wanita yang solehah merupakan idaman setiap lelaki.., setiap manusia rata-rata mereka inginkan pasangan yang terbaik dalam hidupnya., kalau ada yang suka yang sebaliknya mungkin ada something wrong le kot ngan dia tu.., ada gak sesetengah orang ni suka sangat mencari pasangan yang elok dari segi paras rupa tanpa menilai hati budinya.., sebab tu lah ada yang kahwin tak sampai setahun pun last-last bercerai.., mungkin adalah tu something yang tak kena.., hu3.., ingatlah semua, berkahwin ni bukannya perkara main-main., cari lah pasangan yang kita rasa betul-betul terbaik untuk kita.., dibawah ni saya nak kongsikan ciri-ciri wanita idaman lelaki yang saya ada terbaca.., menarik gak ni untuk dikongsi., hu3..., 

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak cerewet.

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Macam mane ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain. 
Hu3.., nanti dilain post saya nak kongsikan ciri-ciri lelaki idaman wanita lak.., hu3., baru lah adil.., tak gitu.., Thanks coz sudi baca..., wassalam..., :-)

Saturday 17 December 2011

Cerita Di Alam Sana

        Dalam kegelapan aku meredah sebuah alam yang asing dan tidak pernah aku jejaki sebelum ini. Langkah ku atur dengan penuh berhati-hati kerana kehitaman alam yang pekat ini menyukarkan penglihatanku dan yang paling aku takutkan adalah kebahayaan yang sedia menanti aku sepanjang menyusuri perjalanan ini.

        Nun jauh disana, suatu ruang cahaya yang bersinar terang. Aku menghayun kakiku menuju kearahnya. Semakin aku dengan ruang cahaya tersebut, semakin terasa debaran jantungku. Entah mengapa aku merasakan seolah-olah aku kini berada di alam yang hanya dapat aku dengar dan baca sebelum ini iaitu alam selepas kematian (hari kebangkitan). Aku menerobos ke ruang cahaya tersebut dan serta merta air mataku bercucuran laju. Kini, aku sedar aku sudah lama meninggalkan dunia pada hari kiamat yang lalu dan aku bukan keseorangan di padang mahsyar ini. 

        Dihadapanku terbentang selautan manusia yang bermacam-macam reaksi wajah mereka. Ada yang berkeluh kesah, kerisauan, merungut sendirian, menangis hiba dan termenung jauh menanti apakah balasan yang akan diterima oleh diri masing-masing. Satu persatu manusia melalui titian sirat dan aku dapat melihat ada yang terjatuh ke dalam api neraka dan ada sebilangan kecil sahaja yang dapat melepasi titian tersebut. Akhirnya tibalah giliran aku melaluinya. Langkahku tidak seimbang kerana terganggu oleh godaan dan sorakan iblis laknatullah. Aku hampir goyah dan......

        Kepanasan api neraka yang begitu rakus membaham tubuh kerdilku tak terperi rasanya. Daging-dagingku hancur dimamah dan tulang-temulangku rentung. Tiba-tiba aku mengambil seketul batu dari api neraka itu dan memecahkan kepalaku sendiri. Kesakitan dan kepedihannya tidak terkata rasanya tapi aku melakukannya semula walaupun ia pulih kembali. Apabila memikirkannya betapa bodohnya aku selama ini. Mengapa? Itulah aku, seorang hamba Allah yang meninggalkan sembahyang wajib. Rambutku pula terbakar manakala tubuhku hangus rentung dibakar. Sakit..... sangat sakit! kenapa? Itulah aku seorang kaum hawa yang suka mendedahkan  aurat dan sangat bangga dikurniakan rupa paras yang menarik, bentuk tubuh yang mengancam dan rambut yang panjang serta diwarnakan. Beginilah azab yang harus ku tanggung kerana terlalu ghairah menonjolkan keistimewaan diri kepada mata-mata yang haram memandangnya. Sesungguhnya api neraka memang merindui untuk membakar wanita seperti aku.

        Kemudian lidahku menjadi panjang dan terjelir keluar lalu ia terus dipotong tetapi kembali semula panjangnya dan dipotong lagi. Mengapa? itulah aku, seorang manusia yang suka berdusta dan bercakap bohong dengan ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, muslimin dan muslimah yang lain bertujuan untuk mendapatkan sesuatu yang diharapkan, menabur janji palsu dan menggunakan kefasihan bercakap dari liuk lidahku untuk membuatkan orang percaya. Selepas itu, mencarik-carik kulit-kulit di badanku sendiri dan mencabut hatiku bersama isi perut sekali serta merasakan kesakitan yang tidak terperi, manakala kulit yang koyak itu bercantum kembali lalu dikoyak lagi dan begitulah seterusnya. Kenapa? itulah aku, seorang yang semasa hayat di dunia dahulu, hatiku terlalu kotor dan penuh dengan hasad dengki sehingga merosakkan hubungan kekeluargaan, persahabatan, dan sesama muslim. Aku juga suka menfitnah orang lain dan balasannya lidah dan bibirku digunting. Apabila lidahku kembali pulih, ia digunting lagi. Begitulah seterusnya.

        Setelah berjuta-juta tahun lamanya aku diazab dan disiksa di dalam neraka jahanam, kini aku dimasukkan ke syurga. Kenapa? Suatu ketika dahulu aku pernah bersedekah kepada fakir miskin tanpa mengharapkan sebarang balasan atau kepujian. Amal jariah inilah yang telah menyelamatkan aku dari terus diazab. Linangan air mataku terus mencurah bagaikan hujan yang turun tanda kesyukuran kepada Allah.

        Bantal tidurku terasa basah. Aku terjaga. Baru aku sedar rupa-rupanya aku bermimpi. Lagu Linkin Park "Somewhere I Belong" masih bergema di ruang bilikku. Dari jauh terdengar sayup-sayup azan asar berkumandang sayu. Inikah petunjuk dariMu ya Allah? Alhamdulillah. Suiz radio ku matikan. Pandangan kulontarkan jauh ke luar jendela. Kelihatan beberapa anak muda sebaya dengan aku sedang menuju ke masjid, Di tepi jalan pula, sekumpulan remaja sedang lepak sambil berbual tanpa menghiraukan azan yang berkumandang. Aku menggeleng kesal. Berapa ramai lagikah pemuda-pemudi diluar sana yang masih hidup di dalam kesesatan? Bilakah mereka akan menyedari kesilapan diri yang dilakukan selama ini.

        Satu keluhan yang berat ku lepaskan dan aku menyucikan diri dan berwudhuk untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Semoga Allah merahmati aku. Amin....

        Dari pandangan mata Allahyarhamah nenekku. Sebelum Allahyarhamah meninggal.

P/S : Kisah di atas saya ambil daripada majalah sekolah lama saya Al-Manar edisi 3 Maahad Ar-Rahmah Kenali. Semoga kisah di atas menjadi pengajaran buat kita semua. Ingatlah, kita hidup di dunia ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja, tunaikanlah segala kewajipan yang telah di tetapkan oleh-Nya & jauhkanlah diri daripada melakukan perkara yang telah di haramkan oleh-Nya. Semoga kita mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat sana. 

Manusia Janganlah Lupa

Manusia jangalah lupa..,
Siapakah penciptanya..,
Dari mana datang nikmat kepadanya..,
Kalau ditanya..,
Tentu daripada Allah jawabnya..,
Tetapi mengapa mereka lupa untuk mengingati-Nya..,??
Mengapa....,???

Manusia janganlah lupa..,
Apakah tugasmu di dunia..,
Adakah kamu ingin mengumpul harta dan bersuka ria sahaja..,
Tidak.., Wahai manusia.., Tidak..,!!
Kamu adalah khalifah..,!!!
Khalifah yang wajib menaikkan agama Allah di dunia.....

Manusia janganlah lupa..,
Perjuanganmu masih belum selesai di dunia..,
Perjuanganmu yang masih ada.., 
Yakni memilih pemimpin yang memperjuangkan bangsa..,
Atau ulama' yang memperjuangkan agama islam yang tercinta..,
Tepuk dada tanyalah iman kita.., 
Mana satu yang lebih utama.......
TAKBIR......!!!!!

Wednesday 14 December 2011

Mati Di Dalam Din Islam

Mengenai ayat "Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan islam" merupakan perintah Allah agar kita hendaklah mati dalam Din Islam. Kerana Allah tidak menerima agama selain Islam, sebab Islam merupakan agama yang diredhai-Nya.

"Sesungguhnya Din (yang diredhai) di sisi Allah adalah islam. Barangsiapa yang mencari Din selain Islam tidak akan diterima darinya dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Firman-Nya lagi : "Pada hari ini telah Ku sempurnakan bagi kamu Din kamu dan telah Ku cukupkan atas kamu nikmatKu dan telah Ku redhai bagi kamu Islam itu sebagai Ad-Din".

Lantas jika Allah memerintah agar mati di dalam Islam, padahal Dia telah berfirman "Engkau tidak mungkin memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai, tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki". Bagaimanakah ini,? Sesungguhnya manusia tidak dapat dan tidak mampu membuat dirinya mati di dalam Islam, tetapi Allah lah yang memberikan jalan baginya. Adapun tahap-tahap yang seharusnya dilakukan adalah sebagai berikut :

1. Menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
2. Berdoa kepada Allah agar diwafatkan dalam Islam dan dalam keadaan husnul khatimah.
3. Bersyukur kepada Allah atas nikmat Islam.
4. Takut mati dalam keadaan suul khatimah.

Di dalam Al-Quran diceritakan bahawa Nabi Yusof A.S dan Nabi Ya'qub A.S berdoa : "Kamu (Allah) adalah penguasa di dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku bersama orang-orang yang soleh".

Padahal setiap Nabi adalah maksum dan pasti mati dalam keadaan Islam. Demikian pula diceritakan bahawa para tukang sihir Firaun yang bertaubat berdoa : "Ya Allah, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami sebagai seorang muslim".

Begitu juga wasiat Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ya'qub A.S kepada anak-anaknya : "Wahai anakku, sesungguhnya Allah telah memilihkan kepadamu Islam, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam". Begitulah cara Allah mengajar dan mendidik para Nabi-Nya dan para solihin.

Hendaknya manusia berusaha untuk menjaga dan memperkuat keislamannya dan sentiasa taat pada perintah Allah, dikhuatirkan ia kelak mati suul khatimah. Juga hendaknya ia menjauhi maksiat dan dosa kerana hal tersebut melemah dan merendahkan keislamannya, membuat goyah asas-asas Islam sehingga tercabut darinya, sebagaimana firman Allah : "Kemudian akibat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan adalah azab yang pedih kerana mereka selalu mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu menolaknya".

Hendaklah kita terus-menerus berdoa agar mati dalam keadaan husnul khatimah kerana syaitan akan berkata : "Aduh celaka, orang yang memohon husnul khatimah itu telah mematahkan tulang punggungku. Aduh celaka, bila ia mahu membangga-banggakan amalnya? Aku khuatir ia mengetahui tipu dayaku".



Friday 9 December 2011

Madah Pujangga Buat Kekasih

Dimana kan dapat ku cari..,
Gadis manis cantik dan berseri..,
Hanya dikau yang bertahta dihati..,
Janganlah dikau curigai perhubungan ini.....

Kala sepi menggamit hati..,
Hanya potretmu kekal dihati..,
Jangan dikau termenung lagi..,
Kita kan bertemu dilain hari.....

Perhubungan ini tidak akan diakhiri..,
Walaupun halangan datang menghampiri..,
Aku tetap setia menanti..,
Ikatan abadi kasih sejati.....

Saturday 3 December 2011

Permaisuri Hati ku

Diantara kekasih pilihan dihati..,
Punyai budi penghias diri..,
Wajahnya lembut hiasan pekerti yang tinggi..,
Indahnya perhiasan dunia.....

Di antara diriku juga dirimu..,
Hanya mengharapkan cinta yang satu..,
Ku kan binakan mahligai impianmu..,
Sayang iklasknlah hati mu.....

Malu mu bernilai..,
Kata mu berhikmah..,
Hati mu tulus suci dan murni..,
Hanya diri yang halal..,
Engkau serahkan segalanya..,
Untuk mencari redha Allah.....

Kau permaisuri dihati ku..,
Di dunia ini kau penghibur..,
Menjunjung kasih amanah ilahi..,
Ku pasti akan terus menyayangi..,
Terima kasih ucapan ku beri..,
Kau hadiahkan ku cahaya hati..,
Ku pimpin tangan mu meniti hari..,
Semoga kita dapat bersama selamanya.....

Friday 2 December 2011

Kisah Perlawanan Antara Seorang Lelaki Dengan Iblis

Pada awalnya sepasang suami isteri itu hidup tenteram. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan dia melihat sebatang pohon besar yang sedang dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangannya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah s.w.t.." Maka pulanglah dia terburu-buru. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai sebagai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis laknatullah. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas. 

"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis laknatullah marah. "Akan saya teruskan!" 
Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakitan dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup tidak berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran. 

Demikianlah, semejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali. 

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. "Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu. Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar. 

"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani. "Berhenti, jangan lanjutkan." larang si iblis laknatullah "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." jawab lelaki itu.
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah demi Allah. Andaikata ku kumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, ku patahkan nanti batang lehermu." 

Mendengar penjelasan iblis laknatullah itu si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t., dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ? 

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." 
Hadith Riwayat Muslim
kreadit to : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan3.htm

Berikan Aku

Berikan aku cinta..,
Agar aku bisa ketawa.....

Berikan aku cinta..,
Agar aku bisa gembira.....

Berikan aku syurga..,
Agar aku dapat menikmati bahagia.....

Berikan aku seribu doa..,
Agar aku tahu erti kesyukuran.....

Berikan aku kegembiraan..,
Agar aku dapat menyembuhkan derita.....

Berikan aku kata-kata azimat..,
Biar ku buang segala sengsara dan debu.....

Berikan aku semangat..,
Untuk aku terus berjaya.....

Ajarkan aku dengan penuh kelembutan..,
Agar aku belajar hormat-menghormati.....

Bimbinglah aku dengan penuh kasih sayang..,
Agar aku bisa mengasihi.....

Berikan aku sepenuh perhatian..,
Untukku bina semula keyakinan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...