Iklaneka

Thursday 26 September 2013

Rahsia Menambat Hati Wanita

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada  orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu! 

Saturday 31 August 2013

Doa Patah Hati

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi..
Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah daku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang naif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat

Menjuruskan daku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya daku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
amin!!!

"Allah, jika ini jalan takdirnya aku dan dia, ajarkan aku redha, kuatkan hati aku. kadangkala jiwa aku lemah, aku insan yang lemah Ya Rabb"


"Allah! Jagakan dia untukku, meskipun aku tak bersama dengan dia lagi, moga dia bahagia ya Allah, lindungi dia Ya Allah. Andai dia punya masalah dan kekusutan, kau didiklah hati dia dengan kesabaran, sampaikan doaku ini padanya"

Tuesday 27 August 2013

6 Ciri-Ciri Utama Isteri Solehah

1 ) Ada ciri-ciri keselarian dengan suami
Sebagai isteri hendaklah dia melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami. Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu perjuangan suami, bukannya penghalang. 

2) Menjadi teman atau penghibur suami
Isteri hendaklah menjadi teman bercakap dengan melayan fikiran suami. Iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian apabila suami bercerita. Sikap acuh tak acuh akan mengakibatkan perasaan suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi. Sekiranya berterusan si suami akan dihinggapi penyakit suka mengelamun sendirian di rumah. Akibatnya bukan suami saja yang menderita malahan isteri juga akan menanggung seksa batin.

3) Pandai mengambil hati suami
Isteri hendaklah mengucapkan perkataan-perkataan yang menyenangkan suami. Elakkan dari berkata-kata hal yang tidak di sukai suami. Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan dan keperluan hidup. Lelaki akan menderita sekali kalau orang dibawah tanggungjawabnya menderita. Jangan diapi-apikan apabila suami dalam keadaan marah. Banyakkan sebut kalimah Allah kerana kata-kata itu akan melunakkan hati suami.

                  
4 ) Menjadi pelayan kepada suami
Kalau suami dilayan dengan baik, jiwanya akan hidup dan akan menjadi pejuang yang hebat. Kalau tidak dilayan, suami akan merasa hampa dan mati jiwanya. Isteri-isteri yang cerdik akan memahami seni melayan suami.

5 ) Memahami selera suami
Pelajarilah dan fahamilah selera suami. Walaupun bukan hukum fardu ke atas isteri, tetapi kerelaanya menjalankan tugas itu menjadi lambang keluhuran jiwa. Suami akan merasa senang dan gembira sekiranya dilayan makan minum mengikut selera yang digemarinya.

6 ) Sedia berkhidmat untuk suami
Isteri yang solehah sedia berbuat apa sahaja untuk suami. Iaitu melayan tabi’i dan tuntutan semulajadi suami. Jimak hanya sebahagian dari sudut tuntutan tabi’i. Isteri hendaklah sentiasa berhias diri, sesuai cara bersolek dan pakaiannya, dan berwangi-wangian di samping suami. 

wallahua'lam.
http://cintamydear.blogspot.com

Wednesday 24 July 2013

Akhirat Jua Yang Abadi

Salam & slmt sejahtera semua., first skali sy nk ucap slmt b'puase lh wt semua muslimin & muslimat., dh lame rsenya x update blog ni., sempena d'bulan yg mulia ni sama2 lh kita tingkatkn amalan masing2., zakat fitrah jgn d'lupe plak ye.., hu3., d'bawah ni sy ad artikel yg nk d'kongsikn dgn sahabat2 semua., semoga ianya b'manfaat utk kita semua., thanks coz sudi bace ye.., Selamat berpuasa.., ;-)

Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka. Di dunia, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang.

Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu. Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan. Dunia adalah tempat kita ditipu dan menipu.

Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa'. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak erti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TNB memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.

Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.

Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian:

Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.

Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan.

Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.

Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat. Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam; berpindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi. Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita. Wallahu 'Alam.

Friday 28 June 2013

Koleksi Ayat-Ayat Islamic & Cinta

Bila kau letih dan hilang semangat.,
Allah tahu betapa kau telah mencuba.,
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.,
Allah telah mengira titisan air matamu.,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu.,
Allah setia disisimu.,
Bila kau telah mencuba tapi tak tahu tujuan.,
Carilah Allah kerana Dia ada jalan penyelesaian.,
Bila sesuatu yang tak b'erti berlaku kepadamu, keliru dan kecewa., 
Ketahuilah bahawa Allah ada jawapannya.,
Carilah Dia & sujudlah kepadaNya....
Kahwin dengan orang yang kita cintai., Itu ialah impian....
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka., Itu ialah jodoh....
Menikahi orang yang kita cintai., Itu ialah kemungkinan....
Mencintai orang yang kita nikahi., Itu satu kewajipan....
Segalanya adalah kuasa ALLAH...
Takdir yang menentukannya.....
Bulan berbicara pada bintang., 
Tetaplah berkilau walau aku terlindung dek awan.,
Jika malam ini hujan menitis., 
Itu kerana aku menangis merinduimu., 
Mungkin kalau datangnya guruh dan petir., 
Itu kerana aku merintih takut kehilanganmu.,
Biar malam ini panjang agar kamu hadir dalam mimpiku.,
Biar kamu jauh asalkan kamu tetap dalam doaku....
Saya diam bukan bermakna saya tak boleh lawan cakap awak., 
Saya senyum bukan bermakna saya rela dimarah, d'caci oleh awak.,
Saya tunduk bukan bermakna saya kalah.,
Tapi diam sebab tak nak sakiti hati awak macam awak buat pada saya.,
Saya senyum sebab teringat pesan mak ayah supaya jangan tinggikan
 suara pada insan lain.,
Hakikatnya saya juga macam awak., 
Punyai hati & perasaan....
Jangan bercinta kalau tak mampu nak setia.,
Jangan ucapkan sayang kalau ada niat nak curang.,
Tak usah bicara rindu kalau selalu cemburu.,
Sebab kasih sayang berasaskan keikhlasan bukan keterpaksaan.,
Biar berjauhan asal jangan berubah.,
Biar tak jumpa asal hati tak lupa.,
Cubalah untuk setia walau jauh d'mata....
Bila kita cinta, kita akan sakit.,
Bila kita sakit, kita akan benci.,
Bila kita benci, kita akan cuba melupakan.,
Bila kita nak lupa, kita mula merindui.,
Bila kita rindu, kita berharap cinta itu datang.,
Tapi rasa itu mungkin dah tak sama macam dulu....
Kita berjumpa hanya satu kebetulan.,
Berjumpa bukan untuk kebaikan.,
Tapi penuh dengan kenakalan.,
Kebetulan yang akhirnya berkekalan.,
Berbagai kenangan telah d'lukiskan.,
Diwarnai dengan gurauan dan usikan.,
Dihiasi dengan gelak tawa dan juga senyuman.,
Kebetulan yang membawa kerinduan d'saat berjauhan.,
Namun tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berteman.,
Kecuali ajal dan juga kematian.,
Terima kasih untuk kebetulan ini kerana ia mengajar kita erti 
sebuah perhubungan yang amat bernilai....
Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu
 sebelum dia pergi dari hidupmu.,
Hari ini mungkin dia masih mencintaimu.,
Tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu.,
Dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia 
ketika dia telah pergi.,
Jadi...
jangan pernah sia2 kan cinta yang sekarang ini masih mengisi hatimu....
Tekadang kita tak dapat apa yang kita impikan.,
Lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa.,
Sedangkan kita tak sedar apa yang diperolehi adalah lebih baik 
dari apa yang kita harapkan.,
Benar bahawa kita tak tahu apa yang kita miliki 
sampai kita kehilangannya.,
Benar juga bahawa kita tak tahu apa yang belum kita miliki
 sehingga kita mendapatkannya.,
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah.?
Benarkah setiap p'cinta akan terus mengingati kekasihnya
 walaupun kekasihnya itu tak ada untuk menemaninya setiap waktu.,
Benarlah kata orang cinta itu buta.,
Cinta itu tak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta walaupun jalan itu amat sukar dan berliku.,
Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk terangi segalanya....

Friday 24 May 2013

Membina Rumahtangga Bahagia


Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut : - 

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal. 

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa." 

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila- bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. 

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t. 

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya. 

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri. 

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna. 

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama. 

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:- 

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujiakan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga. 

[Ummu Ikram] 




Tuesday 21 May 2013

Kenapa Perempuan Cantik Pakai Tudung

Salam.., rase2nye dh lame benar sy x update blog ni., sibuk punyer pasal smpai blog pn kdg2 x smpt gak nk bukak., hu3.., ape2 pn thanks lah kt smua yg sudi bace & yg sudi follow blog sy ni.., kpd sahabat2 yg ada artikl2 yg rse nk d'kongsikn bersama sila lh emailkan kt sy yer (shahez@ymail.com).., blh gak sy sharing2 kt blog ni.., artkl kt bwh ni pn sy dpt dri sahabat yg sudi emailkn kt sy.., thanks & selamat membaca., ;-)

Kenapa pompuan cantik kalo pkai tudung

pertama sekali : aku suka pompuan pkai tudung :P

1.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dier nak tutup aurat...

2.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dier jage maruah

3.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dier cantik

4.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier

5.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dier seorang yg pandai

5.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dier anak solehah

6.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dier dengar ckp mak bapak dier

7.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dier hormati orang lain

8.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik

9.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt

10.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab tak nak menyusahkan orang lain

11.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dapat pahala

12.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dapat menghindari maksiat

13.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain

14.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab supaya lelaki yg berIman je yg suker dier

15.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab mendengar suruhan nabi...

16.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya...
Jadi jangan sewenangx2nya menunjuk kpd lelaki.. kerana jika anda menunjuk maknanya anda tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilihat oleh sumua lelaki (kecuali keluarga)

17.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki

18.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab patuh pada suami

19.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab dia x nak rambut die ditarik,digantung dgn bara2 api n dibakar dgn dasyatnye kat akhirat kelak..

20.kenape pompuan cantik pakai tudung...
-sebab......byk lagi sebab yg positive yg x terkira byknya utk diperkatakn.. 

JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARI LAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI PERINTAHNYA 

Thursday 21 March 2013

Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Urutan Kelahiran



Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian? Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia  saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:

Si Sulung dengan si Sulung 
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan. 

Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok  bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang 

Si Tengah dengan si Tengah 
Memiliki potensi untuk serasi di antara  satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi. 

Si Tengah dengan si Bungsu 
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu 
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan  lebih baik dan  serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu 
Berhati-hatilah kerana anda  berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal 
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan  banyak waktu untuk  hidup rukun dan saling mendukung. 

p/s : Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulukala. Percaya atau tidak, semuanya kembali pada diri anda.  



Rahsia Falsafah Bunga


Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!!  Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi. 


Erti Ros 
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu. 

FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA: 

ROS PUTIH  
Cinta sejati dan kekuasaan. 

BUNGA CARNATION  
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang. 

BUNGA CAMELIA  
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya. 

BUNGA KEKWA  
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta. 

BUNGA DAISI  
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara. 

BUNGA IRIS  
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu. 

BUNGA JASMIN  
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan. 

BUNGA ORKID  
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup. 

ROS MERAH  
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta. 

BUNGA MATAHARI  
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya. 

BUNGA TULIP  
Ia membawa rasa cinta dan tuah. 

BUNGA IVY  
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang. 

BUNGA VIOLET  
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang. 

KOD WARNA BUNGA  
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan. 
Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan. 
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang. 
Putih: Semangat mementingkan kebenaran. 
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu! 

MAKSUD TERSIRAT 
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya: 

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi. 

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la! 

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...