Kata
ustaz
Kita ini
semuanya sama
Tiada
beza yang tua mahupun yang muda
Jangan
menyombong atau takbur
Sesama
manusia
Sekalipun
kita berpangkat atau berilmu
Kerana
disisi Allah
Kita
semuanya sama..
Kata
ustaz
Jangan
kita hina orang yang lemah
Yang kurang
berada
Mahupun
yang kurang paras rupa
Tiada
beza yang mengerjakan sawah
Mahupun
yang membina perumahan mewah
Kerana
disisi Allah
Kita
semuanya sama..
Kata
ustaz lagi
Jangan
kita hina
Budak
kecil yang comot lagi berhingus
Kerana
dia tiada dosa
Sedangkan
kita
Setiap
waktu dan ketika
Memenuhi
hati kita
Dengan
titik-titik noda
Dalam
tidur, dalam jaga..
Akhirnya
ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita
manusia semuanya adalah sama
Yang
membezakan kita
Hanyalah
AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH..
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH..
Peliharalah
dirimu
Agar
tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya
dirimu
Ada
harga diri
Yang
tidak ternilai mahalnya..
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
No comments:
Post a Comment