Iklaneka

Saturday 22 February 2014

Rahsia Mata Wanita

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....

Saiz mata kecil 
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan, kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar, mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


Petua Berumahtangga

Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas.

Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga. 

Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.

Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.

Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa samada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga.

Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus.

Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina sekian tahun.

Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita.

Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu.

"Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada suaminya.

Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya supaya di akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.

Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak dengan dosa samada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat. Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.

Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang disukai.

Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelah sengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami.

Raumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaitu rumahtanggaku adalah syurgaku.

Isteri & Ibu Yang Solehah

Beruntungnya seorg wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan tuhan.... jadi 'kilang' manusia. Tiap2 bulan diberi cuti bergaji penuh... 7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yg Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Org lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sampailah 'padam'. 

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? marilah kita pegang pada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk syurga. Untuk org kafir dia tak dapat masuk syurga tapi dapat kelonggaran siksa kubur. 

Untuk peringatan semua wanita yg bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa2 suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terkejut dengan pahala extra yg banyak diterima di atas segala kebaikan suaminya yg tak disadari. Bila dia lihat suaminya terengah-rengah di titian sirath dia tak mahu masuk syurga tanpa suaminya, Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi diakhirat. kalau isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas2 berat didalam dan diluar rumah, segala dosa2 anak dan isteri yg tak dididik dia akan dapat 'sahamnya' ditambah lagi dengan dosa2 lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tak durhaka kepadaNya. 

Wednesday 19 February 2014

Rahsia Menilai Lelaki Melalui Pergerakannya


TIDAK SUKAR untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkah lakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.  

Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan

Rahsia Mengenali Pasangan Melalui Tarikh Lahir

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN) Wallahu a'lam.....

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir  tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai  orang yang  tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap  serius  terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan,  dia  sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan  pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan  persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci  jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar  dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang  mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan  yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah  untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata  keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang  tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat  dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan  faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar,  mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita  tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang  menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang  menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia  disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang  yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga  dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &  jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi  masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan  suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan  seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu  dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.  Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai  cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia  berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya  dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering  membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan  sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat  kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam  pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah  untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan  seniman asmara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...