Iklaneka

Sunday, 8 April 2012

Koleksi-Koleksi Cerita Lawak 1

Jom relaks2 jap..., hu3.., siri pertama koleksi cerita-cerita lawak.., sambungannye akan menyusul.., tunggu........, thanks 4 the read.., ;-)

POLIS CERDIK

Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.

Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La... sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?

BILA BESAR NANTI

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya... ". 

SIAPA MARY BANG?


Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar... ..tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk... .PANG!!... .diketuknya atas kepala si suami... ..si suami yg

terpinga2... ..bertanya... ..

"Aper hal ngan awak nih... .kenapa awak ketuk kepala saya??... .si isteri pun menjawap... ."nah! awak tengok nih... .sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama... .'Mary'... .si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary... .dgn tenang si suami menjawab... . ooo... .itu nama kuda yg saya bertaruh semalam... ..namanya Mary... ..si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur... ..

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu... . PANG!!!... .kali ini dengan lebih kuat lagi!... .si suami pun bertanya... .aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih ... dengan selamba..si isteri menjawap... ."kuda awak
telefon!!"... ..

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat.., hu3., 

KAWAN ATOK

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar Besar nak jadi apa " (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk: "Tak sama apanyerr "

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"

Atuk: "@..$¦@... .$"

SIAPA LAGI PANDAI?

Ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 ditadika t'sebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.Die pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni.
Ank2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade ke.
Ank2 : Ader cikgu.

kemudian guru tadika tadi memasukkn pen itu dalam poket die, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?
Ank2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Ank2 : takder cikgu.
Guru tadika: Anak2 nampk tuhan tak?
Ank2 : tak nampk cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Ank2 : takder cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan die nak brainwash otak budak2 tu berjaya. Tetapi dalam banyak2 budak tu ader seorang budak yang pintar, dan die minta pun mengangkat tangan...

Bdk A : Cikgu bleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Bleh, mari ke depan.
Bdk A : kawan2 nampk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader kn?
Kwn2 : ader. 

Bdk A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader

  
MANA BARANG YANG 'FREE'?

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-barang yang dipesan.

Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...

Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu. Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual. Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu .. 3 CHOLESTEROL FREE... !!!


AKIBAT TUNJUK PANDAI

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar.

Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh.

Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam. Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi." "Astaghfirullah... " mengucap panjang Pak Haji Dollah.

Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat. 


SALAH TULIS NAMA

Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.

Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak. Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.

"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah. "Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut. 

Sambunganya sila click link d'bawah...., 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...