Iklaneka

Sunday, 29 April 2012

5 Tips Kesihatan Yang Boleh Kita Jadikan Amalan Harian


Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Monday, 23 April 2012

Peringkat-Peringkat Dosa


Selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita perlu ingat-memperingati sesama insan.......
"Dosa akan datang dalam 4 peringkat.."

Dosa Peringkat Pertama..
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya.... Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu
berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua...
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.... Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak.. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee.. setakat sebotol tak mabuk lagi." Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.. 

Dosa Peringkat Keempat..
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..

Pada peringkat ini akan terdengar suara suara, orang mula mempertikaikan hukum Al-Quran dengan mengatakan ianya tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang kerana Al-Quran turun 1400+ tahun dahulu, dan ianya perlu dikaji atau ditafsir semula...

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..  Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap."  Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya akubertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut."  Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Wallahualam...


Koleksi-Koleksi Cerita Lawak 3

Jom relaks2 jap..., hu3.., ini merupakan siri ketiga koleksi cerita-cerita lawak.., sambungannye Insya Allah akan menyusul nanti.., tunggu........, thanks 4 the read.., ;-)


DOA SI ANAK
Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku, selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".


Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku, selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya, tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"


Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ... "

Si ayah... ?@!~.= ??

Kwang Kwang Kwang ...


p/s: anak saper sebenarnya budak nih?


ADIK BERADIK
Di sebuah sekolah tadika, seorang guru sedang menyoal anak muridnya..

Cikgu: "Ijoi, awak ada berapa orang adik-beradik?"
Ijoi : "Ada tiga, cikgu."
Cikgu: "Awak yang paling tua, ke?"
Ijoi : "Bukan saya, datuk saya... ".

TUGU PERINGATAN
Cerita Lawak Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul...

DATUK YANG HEBAT
Tom dan Harry sedang bercakap mengenai datuk masing-masing.

Tom : Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati, tahunnya dan mengtahui masa dia akan meninggal dunia

Harry : Hebatnya! Bagaimana dia tahu?

Tom : Dia telah diberitahu begitu oleh hakim di mahkamah...

ARNAB
Anjing Tom sedang memakan bangkai seekor arnab. Tom tahu arnab itu merupakan arnab jirannya lalu memarahi anjingnya... "Berhenti kamu anjing @F..@... apa yang patut saya buat sekarang? Tentu jiran itu akan membunuh saya... bagi saya arnab tu!"


Tom mengambil arnab itu dan memandikannya, keringkan bulunya menggunakan pengering rambut dan meletakkan arnab itu di dalam sangkar arnab yang terletak di belakang rumah jirannya. Tom berharap arnab itu akan kelihatan mati disebabkan perkara biasa...

Selang beberapa hari Tom terdengar khabar yang mengatakan ada sesuatu yang pelik berlaku pada arnab jirannya... Tom bertanya apa yang terjadi dan jirannya menjawab "Suatu hari arnab saya telah mati dan saya telah tanamkannya... kemudian seseorang telah mengeluarkan arnab itu dan memandikannya, lalu meletakkan arnab itu semula ke dalam sangkar lamanya... orang yang lakukan perkara ini sememangnya gila!...
 
DI MANA TELINGA LIPAS
Korang tau tak.. telinga lipas terletak di kaki... tak percaya?


Cuba hang tangkap seekor lipas letak atas meja... cuba jerit..lari!!! mesti lipas tu lari... kan...

haaa cuba tangkap balik lipas tu... potong kaki dia dan letak balik atas meja... .hangpa jerit la kuat-kuat... lari!! lari!!... tengok lipas tu larike tak... Hu3.., 


KENCING
Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencin dlm peti ais... 

Sambungannya sila click d'link d'bawah.., 
Koleksi Cerita Lawak 4








Sunday, 22 April 2012

Amalan Terbaik Dalam Hidup


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.


Wednesday, 18 April 2012

Petua Untuk Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan


Abu Yazid Al Busthami, pelopor  sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Begitu juga celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak berteguran. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh...? Tolong kirimkan kepada  rakan-rakan muslim lainnya yang anda  kenal.

Cermin Diri


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. 
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. 
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal. 
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan. 
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan. 
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula. 
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.



Tuesday, 17 April 2012

Erti Cinta

Cinta merupakan fitrah manusia., MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firmanNya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).


Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman: Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.




Monday, 16 April 2012

Kamu... Tulang Rusukku...,


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu, LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, LELAKI meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal... "Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar. WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. 

Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... .

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

p/s : kalau dia mmg jodoh kita., jgn pernah kita hampakan dia walaupun dengan ape sekalipun., sayangilah dia seadanya sebelum dia pergi meninggalkan kita utk selamanya.., selepas pada itu mungkin sukar utk kita menemui cinta yg sebetulnya., kesibukan bukannya suatu alasan utk kita mengatakan yg si dia sudah tidak menyayangi kita., selagi mana ikatan itu masih ada, selagi itu lh kita harus memahami antara satu sama lain.., jgn sesekali menuduh atau berprasangka buruk terhadap pasangan kita.., krn apabila kesibukan melanda mungkin akn mengubah mood seseorang., fahamilah apa yg perlu kita lakukan utk menceriakn kembali keadaan., jgn terlalu mengikut nafsu amarah krn ianya akn lebih memporak perandakan lagi keadaan.., so, renung-renungkan lh.., hu3.., sekadar utk renungan bersama..., thanks 4 reading..,:-)

Saturday, 14 April 2012

Koleksi-Koleksi Cerita Lawak 2

Jom relaks2 jap..., hu3.., ini merupakan siri kedua koleksi cerita-cerita lawak.., sambungannye Insya Allah akan menyusul nanti.., tunggu........, thanks 4 the read.., ;-)

CERITAKU 

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,

Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...  

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku.... 

TEMUDUGA 

Ali pergi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".

Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN... , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW... BLUE's that? WHITE did you say? Aiya... ! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you." 

Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!

PENGEMIS GILA 

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!! 

DEMAM MALAYSIAN IDOL 

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) : 
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua) 
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... .pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah... 

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik... 

CERITA SEDIH BILA LIF ROSAK 

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi... .

si A : Macamana ni... rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak... kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa... biar kita serius dengar cerita. 

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita.... 

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku... aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... .bla bla bla bla bla... .. 

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh... sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata... kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita... .

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya... aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla... ...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... .punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi... cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih jugak ke... ?
si C : emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi 
si C : aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA

Moral of the story... .jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

KENANGAN LAMA 

Cerita Lawak Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku masa sekolah dulu... benda yg tak boleh aku lupakan sampai sekarang... . bagi aku cerita ni mmg lucu... tapi tak tahu la kalau tak lucu bagi korang semua...

Benda ni jadi masa zaman Sekolah Menengah Vokasional Teluk Air Tawar, Butterworth. Skg ni dah jadi Sek Teknik B'worth. Aku ambik bidang elektronik. Boleh dikatakan kat sekolah tu 90dalah pelajar lelaki... . so kena berebut la nak tekel awek. hehehehe... .. Nak jadi citer, ada la sorang kawan baik ni baru dpt lesen motor. So dia beli motor honda kapcai lampu bulat tu... . rasanya jenis c70 kot... .. tapi jenis lama... .. so petang tu habih je kelas terus kami meronda naik motor dia...

Dia ajak pi ngorat awek kat sekolah Dato' Onn Butterworth. sekolah tu awek ramai, cun cun plak tuh... . so kami pun dengan tali leher (kami ni pengawas sekolah) naik kapcai buruk dia tuh pi lepak depan sekolah tu... .. kami lepak kat bus stop yg selalunya awek sekolah ramai dok tunggu bas. so waktu habis kelas petang tu... . ramai la awek kluar... . kami pun apa lagi... . mula la nak jual minyak... .. kawan aku tu, Adi nama dia... . dgn selamba dok ngorat... .. aku plak dah naik segan... .. tapi ada la jugak awek yg kasi respon... .. lepas dpt no phone 2 org awek... aku dgn adi pun nak blah la... .. aku dok kat belakang... so dia pun start motor tu... . yg jadi lecehnya... .. dia terlupa nak free gear moto masa sampai tadi.....

Sekali je dia tendang starter moto tu... . terus moto tu melompat..... aku yg tak sempat nak pegang dia terus jatuh bersila kat atas jalan tar depan awek2 yg ramai tu... ah cunnn nya... . mcm dok bersila nak makan nasik kenduri plak.... hehehehe.... masa tu muka aku dah tak leh nak describe dah... . malu tu mmg malu..... nak nangis pun ada..... tapi yg paling aku bengang tu.... Adi tak jatuh... .. dia siap gelakkan aku lagi.... pas tu aku pun tersengih sengih cam kerang busuk pun bangun terus lompat naik atas motor Adi... . kami blah terus... . sejak hari tu aku tak naik dah moto Adi.... even budak pompuan yg kasi no phone kat aku tu pun aku tak call... aku malu sangat........ 

JANGAN CEPAT MELATAH 

Ada satu cerita, nak dengar tak?

Ceritanya cam ni, Ada seorang pompuan, masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek, hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow sikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".." Bagerooo... " sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat... Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah... tapi nak bagi tau jer.... yang ada babi tergolek kat depan.... hehehehehehe

3 ORANG BUDAK 

Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita diorang...

Lina:ko dah besar nak jadi apa?

Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo

Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl

Ahmad: (Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...

PUTERI AYU BATU SELONGGOK 

Cerita ni mengenai sebuah negeri Batu Selonggok diberi nama.. negeri Batu Selonggok ni merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya dan mempunyai raja yang baik hati dan bijaksana yang bernama Raja Derewa. 

Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik, yang pada zaman tu tiada tandingnya lagi. Tetapi satu masalah yang menjadi kerungsingan Raja Derewa iaitu mengenai jodoh anaknya. Masalah yang menimpa anaknya itu ialah apa saja benda yang tuan puteri sentuh ia akan cair, tak kira besi atau tembaga sekalipun. 

Setelah puterinya genap berusia 25 tahun Raja Derewa ingin mencarikan jodoh untuk anaknya ini. Ramai anak raja dan rakyat tempatan yang ingin menjadikan tuan puteri isteri mereka. Raja Derewa pula tidak mengira pangkat atau darjat untuk jodoh anaknya ini. Untuk mencari suami yang betul-betul sesuai untuk anaknya ini Raja Derewa mengadakan satu syarat dimana sesiapa lelaki yang dapat membawa satu benda yang jika disentuh oleh tuan puteri benda itu tidak cair maka orang itulah yang akan berkahwin dengan tuan puteri.

Setelah mendengar perkhabaran itu berpusu-pusulah rakyat, anak raja semua untuk mengadu nasib. Ramai yang tidak berjaya. Akhirnya tinggallah 4 orang sahaja yang belum mencuba. 

Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras, lalu mempersembahkan kepada tuan puteri, apabila tuan puteri menyentuh besi itu, besi itu pun cairlah.

Sampai pulak kepada peserta kedua terakhir. Dia datang membawa sebilah pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya pedang itupun cairlah. 

Datang peserta ketiga, dia membawa benda yang paling keras didunia yang mana hanya boleh dipotong oleh benda yang sama juga, iaitu batu permata. Seperti peserta yang sebelumnya, permata itu juga cair apabila disentuh oleh tuan puteri. 

Sampailah kepada peserta terakhir, dimana peserta ini berjalan berlenggang tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri. Apabila sampai ditempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan tangan tuan puteri kedalam poket seluar lelaki itu. Selapas memasukkan tangannya kedalam poket seluar lelaki itu, tuan puteri berlari masuk kedalam bilik peraduannya dengan muka yang merah menahan malu. 

Raja Derewa yang dalam kehairanan menyoal lelaki tu, benda apa yang disentuh oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik peraduan dan adakah cair benda tersebut? Lelaki tu berkata dengan bangganya' "Tidak cair Tuanku". 

Raja Derewa begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda yang di bawa lelaki tu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang tuan puteri. 

Lelaki tu pun berbisik kepada Raja Derewa dan menujukkan apa benda yang tidak cair tu...

"Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan... ".


p/s: ko pk ape ha??hehehehe

CIK CINDERELLA 

Al-kisah...
Pada satu hari ader seorang budak pompuan bernamer Cinderella. Dia tinggal dgn emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki... eh salah... kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie.

"Cinderella! Amekkan kan aku air esbok!" 

"Cinderella! Gosokkan baju aku!!!" 

"Cinderella! Pi kasi makan kuder aku!" 

"Cinderella! Pi gali perigi!"

Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis dinegara itu untuk menghadiri temasya tari menari.

Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali... mak dia pun samer. So diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadenyer. Kerane terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer. 

"Ok Emak, sumer sudah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" katernyer dgn nada yg cukup gembira. 

Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi, hati dia busok keraner dia tahu Cinderella memang jambu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja. 

"Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia. 

Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan. 

"Aper pasal kao bersedih Cindy?" tanyer fairy godmother
"Sedih ah... takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab Cinderella. 
"Lerr buat lah kerjer tu... maner tahu kalao sempat" 
"Maner bleh sempat.... nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat lagik...jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas Cinderella. 
"Oh pasal tu? don't u worry... i can help u on that" balas fairy godmother. "Camner?" tanyer Cinderella 

Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat hikmatnyer dan transform tu buku ke satu buku baru yg sangat tebal. Di campakkannyer kepader Cinderella. 

"Nak save time? Nah amek nie... Yellow Pages... let ur finger do the walking"
Sekian....,
Pengajaran : " Jgn nak berangan, kalao nak sesuatu bender tu kener usaha siket... jgn harap lah bleh jadik dgn serta merta". 

PELANCONG YANG SOMBONG 

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan... kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu teksi dengan bangga.

Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err... dua bulan untuk menyiapkannya.

Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh... kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih... menyindir..Che Mat... berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.

APA? kata pemandu teksi tadi... mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan. Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La... ... Usupadora... entahlah Mr John... semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh... his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal. 

Sambungannya sila click d'link d'bawah.., 
Koleksi Cerita Lawak 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...