MUJAHADAH !
Mujahadah bermaksud: berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda;
“Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.
Kita da tau kan nak lawan hawa nafsu perlukan mujahadah. Tapi macam mana nak mujahadah??
1) Begin with the end in mind.
Apa
kena mengenanya dengan mujahadah? Ramai yang nak berubah untuk menjadi
lebih baik. Dan biasanya ramai yang berazam untuk menjadikan Ramadan ini
satu titik permulaan untuk perubahan. Jadi jom berazam untuk menjadi
lebih baik dari Ramadan ini dan jadikan ‘the end’ itu bukan setakat
sampai habis Ramadan saje, tetapi ‘the end’ kita nanti ialah mati dengan
husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan seterusnya dapat masuk
syurga bersama-sama dengan Rasulullah. Jika benar matlamat pengakhiran
kita nanti di syurga, insyaAllah semangat utk mujahadah ini akan
membuak-buak. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Syurga itu
sangat best sehingga tak dapat nak dibayangkan dengan akal fikiran
manusia. Syurga itu hebat, dan hanya orang-orang hebat saja yang layak
masuk syurga. Dan kita tiada pilihan lain selain menjadi orang yang
hebat.
Ade
orang kata “aku nak jadi biasa-biasa jela”. Cuba kita tanya diri
sendiri, dengan jadi “biasa-biasa jela” tu, kita layak ke untuk masuk
syurga? Layak ke untuk ada bersama-sama dengan Rasulullah dan para
sahabat yang berjuang bermati- matian untuk menegakkan Islam? Sedangkan
kita hanya menginginkan syurga tanpa usaha, tanpa mujahadah, menjadikan
nafsu sendiri sebagai tuan. Layakkah? Tepuk dada, tanya iman.
“Orang
yang berwawasan sering memandang jauh melepasi kematiannya, dia memilih
bagaimana dia hendak mati dan dia sendiri memilih tempat mana dia
hendak pergi selepas mati”
2) Selalu muhasabah diri
2) Selalu muhasabah diri
Di
mana Allah dalam hati kita? Betul ke Allah sentiasa ada dalam hati
kita? Betul ke Allah jadi keutamaan dalam hidup kita? Ye ke cinta kita
kepada Allah ini bukan palsu?
Imam Al-Ghazali menyatakan dalam Ihya Ulumuddin;
“Antara
tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang
disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, samada dari aspek
zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup
memikul kerja-kerja yang sukar serta snggup melawan hawa nafsunya kerana
Allah, Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat,”
Berhubung dengan ini, Abdullah Ibnu Mubarak berkata;
“Jika cintamu benar, kamu akan mentaati-Nya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah
orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh
sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah
orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa
berangan-angan kosong terhadap Allah SWT( mengharapkan ganjaran Allah
tanpa berusaha)”
[Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majjah]
Jadi
setiap hari mari kita muhasabah diri dengan soalan-soalan diatas dalam
memberi semangat mujahadah kepada kita supaya kita tergolong dalam
golongan orang yang bijak.
3) Dzikrul maut (mengingati mati)
3) Dzikrul maut (mengingati mati)
Sabda Rasulullah: “Banyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang menghapuskan kelazatan, iaitu mati”
Bila
ingat mati, macam automatik rasa insaf dan hilang rasa nak
berseronok.Sebab kita jelas bahawa mati itu pasti, dan setiap detik,
sedar atau tidak kita sebenarnya semakin menghampiri kematian. Jadi ini
adalah antara cara paling berkesan untuk bermujahadah.
Sebagai contoh:
Satu
petang kita tengok la satu cerita best kat tv. Time tengok tv tu
tiba-tiba azan asar. Kita nak berhenti untuk solat atau terus sambung
tengok je cerita tu sampai habis?
“Cerita habis kol 6.30, sempat lagi nak solat asar time tu” kata nafsu.
“Tapi mana tau pukul 6.30 tu kau masih hidup? Mungkin pukul 5 jap lagi malaikat datang untuk cabut nyawa kau.”kata iman.
Jika
kita ada semangat mujahadah yang tinggi, kita takkan ikut nafsu dan
akan sentiasa mempertahankan iman kita. Di sini kita bole pakai balik
point (1) dan (2) tadi. Kalau betul Allah jadi keutamaan kita, takkan la
kita sanggup pilih tv berbanding solat. Jika cinta kita kepada Allah
itu benar, mesti kita da siap sedia sebelum azan lagi untuk sujud
mentaati perintah Allah. Adakah dengan hanya “asalkan aku solat, kira ok
la” itu cukup untuk melayakkan kita ke syurga? Fikirkanlah. Banyak lagi
dugaan-dugaan lain dalam hidup kita yang amat menuntut kepada
mujahadah.
Untuk
berubah itu sebenarnya amat sukar, tidak semudah mengucapkannya.
Walaupun susah, tetapi jangan sekali-kali berhenti berusaha dan
sentiasalah bermujahadah. Mujahadah itu menuntut kepada istiqamah.
Syaitan dan nafsu takkan pernah berputus asa memperdayakan dan
melemahkan anak adam sehingga hari kiamat. Jadi begitulah seharusnya
kita, jangan pernah berputus asa dan tunduk kepada bisikan syaitan dan
hawa nafsu. Teruskan bermujahadah.
subhanaAllah .. nice post ..
ReplyDelete