Ini ialah senarai 10 hadiah yang
paling senang dan sesuai diberikan
kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya.
Contoh di bawah ini lebih menjurus
kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang
lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah
ini kepada yang memerlukan, dan kamu
hendaklah benar-benar mendengar apa yang
dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang
bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan
kedekut memberikan pelukan, ciuman dan
ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang
Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang
tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu
yang melucukan seperti gambar kartun
atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh
pinggan mangkuk, buang sampah, jaga
anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka
kepada saat-saat itu dan berilah masa
dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya
upaya supaya kita sentiasa ceria apabila
bersama orang-orang yang dikasihi.
9.
Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang
yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu
masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang
dikasihi dan beritahu mereka yang
mereka setiasa berada di dalam doa
kita.
No comments:
Post a Comment