Jelas,
Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia
dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap
Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan
dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan
dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok
balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA
BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya
atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong
menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di
stesen TV Al
Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan
Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan,
Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan
secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan.
Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi.
Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik
dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka
berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara
tepatnya dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi itu
bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan
kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai
sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah
yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan
anda berada di kutub
utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon
keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau
hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum
kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal
sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan
panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan
pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini
telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna
bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke
seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat
lain di dunia ini,"
jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para
saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the
earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas
ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk
mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana
Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil
Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha
Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini
dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu
dan mengkaji Islam yang amat indah ini..
No comments:
Post a Comment