Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1.
Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg
amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu
disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2.
Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab
kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3.
Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka
ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4.
Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka
jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut
Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.
5.
Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga
di halang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga
ia merasa puas.
6.
Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para
nabi yang sedang duduk berkumpulan kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di
dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan
dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT lalu mengeluarkannya
dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8.
Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9.
Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma
pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api
tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW:
"SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN
SEPOTONG AYAT"
No comments:
Post a Comment