1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.
Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini
sentiasa mencari- cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang
kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami
itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll dari
dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang
abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat
pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang
banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum
tetapi tak abis jugak... lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan
oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki
kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi
mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang
lebih besar.
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang
yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg
nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi / rendah
tahap keegoan tersebut
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi
jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita
riak..takabbur dgn aper yg kita ada
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada
harta itu... . bile mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah.
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu
"panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua akhirnya. So..sama- samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain... . andai kita terleka dengan dunia, buruklah padahnya!!!
No comments:
Post a Comment