Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin
kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin
dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN!
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas
ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu
taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin
ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami
perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya
seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan
lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh
Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.
Wanita
a.. Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
b.. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar
rumah tetapi tidak sebaliknya.
c.. Saksinya kurang berbanding lelaki.
d.. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
e.. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak.
f.. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat
pada isterinya.
g.. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
h.. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan
nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang
wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala
dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana
pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1)sembahyang 5 waktu,
2)puasa di bulan Ramadhan,
3)taat suaminya dan
4)menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ...begitu juga
terhadap lelaki yang diangkat sebagai khalifah di muka bumi......
" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia
itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
No comments:
Post a Comment