Manusia tidak luput
dari terkena penyakit. Semenjak dari kecil, manusia sudah mengenal sakit,
sampai menjelang ajalnya sering dibayangi oleh berbagai-bagai penyakit. Untuk
mengatasi penyakit, telah dicuba dengan berbagai-bagai cara pengubatan.
Walaupun ilmu kedoktoran maju begitu pesat sekali tetap masih ada penyakit yang
tidak diketahui sebabnya.
Walaubagaimanapun, Ilmu pengubatan
alternatif dan holistik telah membahagikan penyebab penyakit kepada tiga
golongan besar.
Pertama, penyakit
yang datangnya dari luar tubuh, masuk ke badan melalui kulit, lalu menyerang
meridian(jalur bujur)tubuh dan selanjutnya menyerang organ dalam. Termasuk
dalam kategori ini adalah penyakit yang disebabkan oleh angin, dingin, panas,
lembab, kering, api serta penyakit
menular.
Kedua, penyebab
penyakit dari dalam yang berasal dari emosi(perasaan) penderita. Termasuk dalam
kategori ini adalah tujuh jenis emosi iaitu gembira, marah, khuatir, berfikir, sedih, takut dan terkejut.
Ketiga, penyebab
penyakit yang tidak termasuk golongan pertama dan kedua. Dalam kelompok ini
contohnya kebiasaan hidup yang tidak teratur(makann minum, bekerja, rehat dll),
kegiatan bersenggama yang berlebihan sserta luka dan gigitan binatang.
Adalah wajar bila
setiap individu mempunyai ketujuh-tujuh emosi seperti tersebut diatas. Tidak
mungkin seseorang individu itu tidak mempunyai rasa gembira, marah, khuatir,
takut, sedih, berfikir dan terkejut. Di dalam pengubatan allternatif dan
holistik, emosi yang berlebihan secara langsung akan mempengaruhi organ dalam
tubuh.
Berikut ini adalah
pengaruh tujuh emosi terhadap organ tubuh kita.
SEDIH
Emosi sedih akan
timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan,
menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit.
Bila anda sedihkan sesuatu maka emosi ini akan mengganggu perjalanan
energi/tenaga. Aliran energi/tenaga akan menjadi lambat bahkan boleh membuat
aliran tersebut akan terhenti buat sementara waktu atau tersumbat. Kesedihan yang
berlebihan akan menggangggu kerja paru-paru dan jantung. Kerana organ dalam
saling berhubungan. Emosi sedih yang berlebihan akan mempengaruhi hati dan
organ lainnya bahkan yang parahnya akan
mengakibatkan terputusnya hubungan antara jantung dan pericardium(selaput
jantung). Akibatnya berlaku pendarahan melalui dubur dan uretra.
MARAH
Hati adalah raja
kepada tubuh badan. Kebaikannya akan membuahkan tingkahlaku yang baik dan
sebaliknya keburukannya akan membuahkan tingkahlaku yang buruk. Pada keadaan yang
normal, hati bekerja dengan baik. Namun begitu ada emosi negatif yang menjadi
musuh kepada tubuh anda iaitu kemarahan. Marah akan merangsang hati. Bila marah
bergolak, energi/tenaga yang ada di hati akan berbalik naik ke atas, aliran
darah naik ke atas serta bergolak. Sebab itu seseorang yang dalam kemarahan,
wajahnya akan menjadi merah padam dan badannya akan bergetar.
Ada pepatah yang
mengatakan bahawa hati sakit(sebagai organ) disebabkan oleh sakit hati(sebagai
perasaan). Orang yang sedang marah ibarat sedang membawa bara api yang sangat
panas. Api itu diharapkan akan dilemparkan kepada orang lain namun sebaliknya
api itu tidak akan mencederai sesiapa melainkan akibat buruk akan ditanggung
oleh diri sipemarah itu.
Hati berhubungan
dengan kandung hempedu. Kerana kemarahan yang membara akan mengakibatkan
rosaknya fungsi hempedu itu. Maka yang akan menanggung kesakitan adalah
sipemarah itu.
KHUATIR
Bila anda
mengkhuatirkan sesuatu perkara atau insiden seperti keadaan anak anda yang
kemalangan, suami sakit jantung, anda sendiri diserang kanser otak dan
sebagainya maka aliran energi/tenaga pada tubuh anda akan tergangggu bahkan
akan lambat. Kekhuatiran yang berlebihan akan menghentikan perjalanan
energi/tenaga buat sementara atau tersumbat dan akan mengganggu kerja
pparu-paru yang hubungannya sangat dekat dengn usus besar.
Tidak hairanlah orang
yang khuatir akan menekan-nekan dadanya tempat paru-parunya berada. Paru-paru
dilambangkan dengan warna putih. Kerana itulah orang yang khuatir, wajahnya
menjadi pucat. Ini bererti energi/tenaga diparu-parunya tidak seimbang.
BERFIKIR
Al Hassan
berkata:”Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah sepanjang malam” dan Ibn
Abas mengatakan bahawa: ”Memikirkan kebaikan merangsang untuk mengamalkannya.
Dan menyesali keburukan merangsang untuk meninggalkannya”
Berfikir dikatakan
juga meliputi penggunaan akal, kecerdikan atau fikiran untuk memecahkan
,masalah. Berfikir juga dikaitkan dengan berkhayal atau melamun di saat
seseorang mencuba memecahkan seseuatu persoalan yang hanya merupakan khayalan
dan buka realiti.
Gangguan ke atas
fungsi limpa atau kerja limpa akan berlaku sekiranya seseorang itu terlalu
banyak berfikir. Seterusnya akan mengganggu juga aktiviti perut kerana limpa dan perut mempunyai hubungkait yang
begitu erat sekali.
Tidak hairanlah
seseorang yang terlalu banyak berfikir akan mengalami sakit perut akibat dari
gastrik. Semua pergerakkan tendon/otot akan terganggu.
TERKEJUT
Seseorang apabila dia
menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu adalah tidak terduga maka
akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya jiwa akan tertekan.
Terkejut dapat
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh fungsi buah pinggang. Terkejut yang
berlebihan akan membuah buah pinggang dan jantung terluka. Kerana buah pinggang
dan jantung mempunyai hubungan yang istimewa. Orang yang mempunyai buag
pinggang yang baik biasanya mempunyai fungsi jantung yang baik juga. Jantung
yang kuat membuat seseorang tetap bertenang. Orang yang tenang tidak mudah
dikejutkan oleh sesuatu yang di luar dugaan.
Dapat disimpulkan,
orang yang mudah terkejut biasanya mempunyai fungsi jantung yang lemah.
TAKUT
Berlakunya ketegangan
mental akan memunculkan rasa takut. Ketakutan seseorang individu berbeda dengan
ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada
ketingggian, takut berbicara hadapan orang ramai dan sebagainya.
Fungsi buah pingggang
dan limpa akan terganggu bila ketakutan yang berlebihan berlaku pada seseorang
individu. Sebuah rumah telah dimasuki beberapa orang perompak. Mereka telah
mengugut akan merogol si isteri dan anak-anak gadis yang ada di rumah jika si
suami tidak menunjukkan tempat simpanan wang. Tentu pada waktu itu, mereka
dalam ketakutan yang teramat sangat. Selepas perompak itu melarikan diri dengan
barang rompakan mereka, jiran-jiran datang ke rumah mangsa untuk membantu
mereka dan di dapati bahawa si suami telah terkencing di tempat mereka diikat.
Ini bererti ketakutan telah membuat fungsi buah pinggang menjadi tidak karuan
dan akhirnya secara tidak sengaja air kencing pun keluar.
GEMBIRA
Semua manusia
inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu dengan kesedihan,
ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup mereka. Akan tetapi sudah
menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah dalam berpasangan. Bila
ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.
Gembira adalah tanda
fungsi jantung dalam keadaan normal. Ini bererti darah, kelenjar limpa dan
aliran tenaga berjalan dengan lancar dan baik. Manifestasinya badan sihat.
Namun bila kegembiraan melebihi had, perjalanan tenaga dalam tubuh akan
bergolak dan tersebar sehingga semangat yang tersimpan di jantung akan bergolak
juga. Pada saat gembira, aliran tenaga akan menjadi perlahan.
Banyak contoh yang
menunjukkan terlalu gembira akan mengakibatkan bencana pada diri seseorang.
Mungkin anda pernah mendengar cerita dimana seorang ayah meninggal dunia kerana
terlalu gembira apabila mendapat khabar bahawa anaknya dapat melanjutkan
pelajaran ke luar negara. Pada hal dia tidak menyangka sedemikian.
Ini adalah satu
fenomena yang menyatakan bahawa sewaktu kegembiraan melonjak, aliran tenaga
menjadi terlalu laju dan telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada jantung
kerana tidak dapat menampung kelajuan tenaga yang datang secara mendadak.
Sebagai kesimpulan,
faktor emosi merupakan sesuatu yang perlu diwaspadai. Individu yang mempunyai
fikiran yang positif biasanya mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik. Oleh
itu kendalikanlah perasaan dengan sebaik-baiknya agar anda menjadi seorang
individu yang sihat.
PROF
DR HJ SHAHRIN ABD RAHMAN