"Dalam al-Quran
mahupun hadith banyak diungkapkan sifat orang yang beriman. Antaranya ialah:
Pertama: Mempunyai iman yang teguh, cita-cita luhur yang sentiasa mengerjakan
kebajikan, selalu dalam perjuangan, tidak melakukan kejahatan, sabar dan
menunjukkan peribadi yang baik. Apabila ditimpa musibah dia sabar. Jika
mendapat nikmat dia bersyukur. Dalam hidupnya sentiasa terbayang kedamaian. Hal
inilah yang digambarkan oleh Allah bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, baik lelaki atau
perempuan dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami beri kepadanya kehidupan yang
baik (Thayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih baik
dari kebaikan yang telah mereka kerjakan." (Surah an-Nahli:97)
Kehidupan 'Thayyibah' mencakupi segala bentuk kenikmatan baik yang bersifat
jasmaniah mahupun rohaniah baik dalam kehidupan di dunia ini, mahupun di
akhirat.
Kedua: Sentiasa berbuat baik untuk dirinya sendiri mahupun terhadap orang lain.
Islam telah melarang melakukan kerosakan, baik terhadap peribadi mahupun
masyarakat umpamanya berzina, berjudi, meminum minuman keras dan sebagainya.
Orang yang lemah imannya tidak mampu mengendalikan diri terhadap
larangan-larangan tersebut, walaupun ia sedar akibatnya. Mukmin yang kuat
imannya sentiasa menghindarkan perbuatan-perbuatan yang merugikan terhadap
dirinya dan orang lain.
Ketiga: Orang mukmin hanya meminta pertolongan daripada Allah. Dalam menghadapi
sesuatu kesulitan, orang yang lemah imannya selalu gelisah. Dia mencari
pertolongan kepada sesiapa saja yang dianggapnya dapat meringankan kesulitan
yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu sifatnya hanya sebagai
sementara sahaja. Mukmin yang sejati hanyalah meminta pertolongan kepada Allah.
Ia memohon terus kepada Allah, tanpa ada perantaraan orang lain.
Keempat: Mukmin sejati tidak bersikap lemah sama ada fizikal ataupun tubuh
badan. Rohaniah dan semangatnya kental dan tidak dipatahkan
sekalipun jiwanya terancam dan terkorban.
Orang beriman mempunyai pengharapan dan optimis. Ia tidak mudah menyerah kalah.
Ia percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala dan ini memberi
semangat kepadanya untuk berusaha.
Kelima: Mukmin tidak menyesali dengan keadaan dirinya. Dalam kehidupan ini,
manusia silih berganti bertemu dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan
kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya dan gagal juga sebagainya.
Di waktu bertemu dengan kesusahan, janganlah mengeluh menyesali keadaan, dengan
mengatakan seumpama "Kalau dahulu saya berbuat begitu, tentulah saya tidak
ditimpa musibah ini." Penyesalan terhadap diri dan tindakan sendiri dengan
mempergunakan kata-kata "kalau" itu adalah satu sikap yang dimasuki
oleh syaitan sehingga tidak akan membawa penyesalan kecuali hanya keruntuhan
jiwa dan fikiran sahaja.
Tetapi pada saat menghadapi kekecewaan itu, katakanlah kepada diri sendiri,
"Ini adalah takdir Allah bagiku. Saya sudah berusaha dan berjuang, tetapi masih belum berhasil. Saya
akan mencuba lagi, bangkit sesudah jatuh dan akan bangkit lagi sehinggalah
mendapat kejayaan yang cemerlang." Maka sehubungan dengan itu setiap
muslim haruslah berusaha menjadi seorang mukmin sejati dengan mengambil sifat-sifat
utama sebagaimana yang diperkatakan sebentar tadi, mudah-mudahan kita sentiasa
dalam rahmat dan keredhaan Allah dunia dan juga akhirat."
Casino & Hotel - MapyRO
ReplyDeleteCasino & Hotel, Las 서귀포 출장마사지 Vegas. MapyRO provides accurate 경기도 출장마사지 and 당진 출장마사지 free 인천광역 출장마사지 daily driving directions, reviews and road conditions to your hotel. Sign up for 김천 출장샵 a