UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT
KEREDHAAN ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitannirrajim....bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad.Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad.
walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seseorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah
bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab malah Saiyidina Umar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang masih kecil pada
waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab
Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang
sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat
yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail
a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota:
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
1)
Amalan baiknya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain."
No comments:
Post a Comment