Iklaneka

Monday, 22 February 2016

Koleksi Mutiara Kata 3

“ Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya) dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku dan tidak menaruh belas kasihan terhadapku, nescaya aku akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi – Hud : 47."
“ Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam atau terguris dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."
“ Setiap hari berusahalah untuk membina imej diri yang harmoni dan meyakinkan. Rasakan diri kita sebagai insan yang baru, penuh dengan perasaan kasih dan hormat terhadap diri kita sendiri. Fikirkan segala kejayaan dan kebaikan yang telah kita lakukan selama ini. "
“ Kesempurnaan adalah sesuatu yang perlu dicapai dan dikejar, namun begitu dalam mengejar kejayaan dan kesempurnaan, sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai dugaan, kesilapan dan kegagalan. Jadi tidaklah perlu kita memarahi, menyesali, meratapi akan kesilapan dan kegagalan secara keterlaluan."
“ Penghormatan diri yang sihat bererti menghargai nilai diri sendiri sebagai seorang insan yang unik dengan memiliki segala keistimewaan, bakat dan kebolehan."
“ Perasaan sakit hati, benci dan dendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit, baik dari segi mental, emosi, mahupun fizikal. Ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkannya hanyalah melalui kemaafan."
“ Sesiapa yang boleh menumpaskan ‘sesaat’ rasa marah bererti ia boleh mengelakan kemurungan sepanjang hari.”
“ Kita dijadikan unik dan dilengkapkan dengan segala keupayaan untuk mencipta kejayaan. Kita mempunyai kebebasan memilih dan mengubah apa jua sikap negatif yang berada dalam diri kita. Apabila kita mampu mengubah sikap kita, maka dunia juga akan turut berubah."
“ Apabila menghadapi masalah, anggaplah diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu dan bukan sebaliknya."
“ Orang yang gagal tidak menyedari apa yang terjadi disekelilingnya, tidak menyedari keperluan orang lain dan tidak menyedari akan penglibatan dirinya dalam kehidupan seharian dan masyarakat sekeliling. ”
“ Jangan sekali-kali bertindak secara emosional kepada kritikan sehingga menjejaskan penilaian sebenar. Analisa diri sendiri bagi memastikan sama ada ia betul atau tidak. Jika kritikan itu tepat, perbaikilah diri sendiri. Jika tidak, usah hiraukan cuma beri perhatian. "


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...