“ Wahai Tuhan kami, janganlah kami dihukum jika kami lupa atau tersalah. Janganlah Engkau pikulkan atas kami beban yang berat, sebagaimana Engkau telah pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang tidak dapat kami pikul – Al-Baqarah : 286. ”
“ Dan kebaikan-kebaikan apa saja yang mereka kerjakan, tidak akan diingkari Allah ganjarannya. Dan Allah itu mengetahui orang-orang yang memelihara dirinya (daripada kejahatan) – Al-Imran : 115.”
“ The secret of success in life is known only to those who have not succeeded. (Rahsia untuk kejayaan dalam kehidupan dikenali hanya kepada mereka yang belum mencapai kejayaan) – Chuton Collins.
“
Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak
psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga,
gembira dan kepuasan kepada diri kita “.
“ Orang-orang yang tidak
kenal akan dirinya, dia tidak kenal Tuhannya dan tidak ada iman dalam dirinya.
Orang yang demikian hidupnya sering gagal dan kehidupannya seperti burung di
dalam sangkar. “
“ Tanpa bayangan
positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita
tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki. “
“
Jujurlah pada diri sendiri apabila merancang matlamat. Tiada gunanya mempunyai
matlamat terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya, bak kata
pepatah ‘Nafsu Besar Tenaga Kurang’ atau ‘Suara Naga Berjalan Semut’. Ukurlah
kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha lah sedaya upaya untuk
mencapai matlamat tersebut.”
“
Matlamat adalah peta kehidupan. Matlamat tanpa diiringi dengan tindakan tidak
akan menghasilkan suatu apa pun.”
“ Sikap dan Tabiat adalah
satu perkara kecil yang boleh memberikan perbezaan besar dalam hidup. Kita
boleh mengubah hidup dengan cara mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan kita
– perubahan sikap,”
“ I think success has no rules, but you can learn a great deal from failure (Saya rasa kejayaan tiada peraturan tetapi anda boleh belajar banyak perkara daripada kegagalan) – Jean Kerr.
“ Kesedaran diri yang
positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak membaca itu sama seperti orang
yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemahuan untuk terus
belajar dan tidak ingin memperbaiki dan membangunkan dirinya, samalah seperti
insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.”
“ Tabiat dan Sikap bukan lah seperti ukiran
pada batu yang kekal. Diri kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengikis
tabiat dan sikap negatif yang tidak membina. Tidak seorang pun yang boleh membantah
pilihan kita kecuali diri kita sendiri. ”
“ Apa yang terjadi dalam
hidup kita tidaklah begitu penting dan besar, tetapi yang lebih penting
bagaimanakah kita menganggapnya, menerimanya dan memandangnya. ”
“ Kawalan diri mempunyai
ciri-ciri kebebasan bagi seseorang untuk memilih di antara pelbagai pilihan
untuk membentuk haluan hidup sendiri. ”
No comments:
Post a Comment