“ Orang yang berjaya adalah
orang yang menjadikan sesuatu atau menyebabkan sesuatu terjadi kepada diri
mereka manakala orang yang gagal akan membiarkan sahaja sesuatu terjadi kepada
diri mereka. ”
“ Kawalan diri secara
positif akan menjadikan kita sentiasa sensitif terhadap kekuatan dan kelemahan
diri kita. Sekiranya kita ingin menjadikan kehidupan ini lebih sempurna dari
hari ke hari, pastikan kita sentiasa mampu mengawal diri secara positif dan
memulakan pelan tindakan kita hari ini. ”
“ Ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan
membuat bencana dalam negeri dan memutuskan ikatan tali kekeluargaan. Itulah
orang yang dilaknati Allah dan ditulikan pendengarannya dan dibutakan
penglihatannya. – Muhammad : 22 dan 23 ”
“ Minda yang telah dibangunkan sepenuhnya,
keinginan untuk terus belajar dan kebolehan untuk menggunakan segala ilmu
pengetahuan yang telah dipelajari sebaik-baiknya merupakan anak kunci terbaru
menuju masa depan. ”
“ Ganjaran dalam hidup seseorang akan
mengimbangi segala khidmat bakti dan sumbangannya terhadap kecemerlangan dirinya,
masyarakat dan negara. “
“ Imej diri yang meyakinkan adalah gabungan
diantara rasa hormat dan iktiraf diri, mesej yang disampaikan kepada diri,
disiplin diri dan kawalan diri (self-control).”
“ Sikap (attitude) seseorang itu lebih
penting daripada bakat yang terserlah atau ijazah tertinggi. Jika seseorang itu
tidak mempunyai sikap yang betul, bakat dan ijazah itu tidak akan membawa
seseorang itu ke tahap yang lebih tinggi sebagaimana yang diharapkan. “
“ Sekiranya kita tidak menghormati diri
sendiri, jangan harap orang lain akan menghormati diri kita. Oleh itu kita
hendaklah membina “self-esteem” yang tinggi supaya kita tidak mudah rasa
tersinggung, terancam dan berasa rendah diri. ”
“ Sesungguhnya kami telah mencipta
manusia dalam rupa (daya) yang amat baik – At-Tin : 4
“ Kunci penghidupan yang lebih baik
terletak pada imej diri seseorang. Maka untuk itu, kita haruslah berusaha
membina imej diri yang sihat dan meyakinkan.”
“Hidup ini merupakan siri Do - it - to -
yourself - programme, iaitu kita sendiri yang melakukan ke atas diri kita
sendiri kerana kitalah nakhodanya. “
“ Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi,
fikirkan kebencian kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih,
maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti
apa yang kita fikirkan.”
“ Berhati-hatilah memilih matlamat dan
‘mengisi minda’ kerana anda akan menjadi seperti apa yang anda fikirkan.”
“ Pemikiran atau gambaran mental adalah pusat
janakuasa yang mengawal kehidupan dan menentukan masa depan kita.”
“ Jika kita fikirkan ‘Boleh’ maka kita
meyakini yang kita boleh melaksanakannya tetapi jika kita fikir sebaliknya maka
kita juga betul, tidak salah kerana kita sendiri yang menentukan dan memilih
segala-galanya.”
“ Mengapa Allah akan menyeksa (jadi susah)
kamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah itu pembalas jasa dan Maha
Mengetahui – An-Nisa : 147
No comments:
Post a Comment