Nama penuh : Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul
Uzza bin Qushai dari golongan pembesar mekah. Berkahwin dengan Nabi Muhammad
s.a.w ketika berumur 40thn, manakala Nabi Muhammad 25 tahun. Khadijah merupakan
wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri.
Meski memiliki kekayaan melimpah, Sayyidah Khodijah a.s merasa kesepian hidup
menyendiri tanpa suami. Pada suatu hari, saat pagi buta, dengan penuh
kegembiraan ia pergi ke rumah pamannya, yaitu Waraqah bin Naufal. Ia berkata,
“Tadi malam aku bermimpi sangat menakjubkan. Saya melihat matahari
berputar-putar di atas kota
Mekkah, lalu turun ke arah bumi. Ia semakin mendekat dan semakin mendekat. Aku
terus memperhatikannya untuk melihat kemana ia turun. Ternyata ia turun dan
memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatku terperangah. Lalu
aku terbangun dari tidurku.”
Waraqah mengatakan, “Aku
sampaikan berita gembira kepadamu, bahwa seorang lelaki agung dan mulia akan
datang meminangmu. Ia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin
hari semakin meningkat.”
Tak lama kemudian Khodijah ditakdirkan menjadi istri Rasulullah
Mohammad bin Abdillah saw. Ketika Muhammad masih muda dan dikenal sebagai
pemuda yang lurus dan jujur, telah diperkenalkan untuk ikut menjualkan barang
dagangan Khadijah ra. Hal yang lebih banyak menarik perhatian Khodijah adalah
kemuliaan jiwa Muhammad saw. Khadijah-lah yang lebih dahulu mengajukan
permohonan untuk menikah dengan Muhammad.Semua itu berlaku dengan usaha orang
tengah iaitu Nafisah Binti Munyah dan peminangan dibuat melalui bapa saudara
Nabi iaitu Abu Talib. Keluarga terdekat Khodijah tidak menyetujui rencana
pernikahan ini. Namun Khodijah sudah sedemikian tertarik oleh kejujuran,
kebersihan dan sifat-sifat istimewa Nabi Islam ini, sehingga beliau tidak
memperdulikan segala kritik dan kecaman dari keluarga dan kerabatnya. Khadijah
yang juga seorang yang cerdas, mengenai ketertarikannya kepada Muhammad
mengatakan, “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan
kekuasaan para raja Iran dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup
bersamamu, maka semua itu bagiku tak lebih berharga daripada sebelah sayap
seekor nyamuk.”
Sewaktu malaikat wahyu turun kepada Nabi Islam saw maka Khadijah
adalah orang pertama yang mengakui kenabian suaminya, dan wanita pertama yang
memeluk serta menerima Islam. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW,
Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka.
Setiap kali suaminya ke Gua Hira’, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan
keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan
meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyu’ bermunajat,
beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya
mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya
mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai
ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam
banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu
baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk
”Rasulullah saw menyebut keistimewaan terpenting Sayyidah
Khodijah as dalam salah satu sabdanya, “Di saat semua orang mengusir dan
menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia
meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang memboikotku, ia menyerahkan seluruh
harta kekayaannya kepadaku.”
Siti Khadijah telah hidup bersama-sama Nabi Muhammad selama 24
tahun dan wafat dalam usia 64 tahun 6 bulan.
No comments:
Post a Comment