Iklaneka

Wednesday, 20 April 2016

Sepotong Ayat Penerang Kehidupan

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitannirrajim....bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad.Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seseorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. 

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang masih kecil pada
waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. 

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: 

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. 
Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

1) Amalan baiknya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain."

Sifat Orang Beriman

"Dalam al-Quran mahupun hadith banyak diungkapkan sifat orang yang beriman. Antaranya ialah: 

Pertama: Mempunyai iman yang teguh, cita-cita luhur yang sentiasa mengerjakan kebajikan, selalu dalam perjuangan, tidak melakukan kejahatan, sabar dan menunjukkan peribadi yang baik. Apabila ditimpa musibah dia sabar. Jika mendapat nikmat dia bersyukur. Dalam hidupnya sentiasa terbayang kedamaian. Hal inilah yang digambarkan oleh Allah bermaksud: 

"Sesiapa yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami beri kepadanya kehidupan yang baik (Thayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih baik dari kebaikan yang telah mereka kerjakan." (Surah an-Nahli:97) 

Kehidupan 'Thayyibah' mencakupi segala bentuk kenikmatan baik yang bersifat jasmaniah mahupun rohaniah baik dalam kehidupan di dunia ini, mahupun di akhirat. 

Kedua: Sentiasa berbuat baik untuk dirinya sendiri mahupun terhadap orang lain. Islam telah melarang melakukan kerosakan, baik terhadap peribadi mahupun masyarakat umpamanya berzina, berjudi, meminum minuman keras dan sebagainya. Orang yang lemah imannya tidak mampu mengendalikan diri terhadap larangan-larangan tersebut, walaupun ia sedar akibatnya. Mukmin yang kuat imannya sentiasa menghindarkan perbuatan-perbuatan yang merugikan terhadap dirinya dan orang lain. 

Ketiga: Orang mukmin hanya meminta pertolongan daripada Allah. Dalam menghadapi sesuatu kesulitan, orang yang lemah imannya selalu gelisah. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa saja yang dianggapnya dapat meringankan kesulitan yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu sifatnya hanya sebagai sementara sahaja. Mukmin yang sejati hanyalah meminta pertolongan kepada Allah. Ia memohon terus kepada Allah, tanpa ada perantaraan orang lain. 

Keempat: Mukmin sejati tidak bersikap lemah sama ada fizikal ataupun tubuh badan. Rohaniah dan semangatnya kental dan tidak dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban. 

Orang beriman mempunyai pengharapan dan optimis. Ia tidak mudah menyerah kalah. Ia percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala dan ini memberi semangat kepadanya untuk berusaha. 

Kelima: Mukmin tidak menyesali dengan keadaan dirinya. Dalam kehidupan ini, manusia silih berganti bertemu dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya dan gagal juga sebagainya. 

Di waktu bertemu dengan kesusahan, janganlah mengeluh menyesali keadaan, dengan mengatakan seumpama "Kalau dahulu saya berbuat begitu, tentulah saya tidak ditimpa musibah ini." Penyesalan terhadap diri dan tindakan sendiri dengan mempergunakan kata-kata "kalau" itu adalah satu sikap yang dimasuki oleh syaitan sehingga tidak akan membawa penyesalan kecuali hanya keruntuhan jiwa dan fikiran sahaja. 

Tetapi pada saat menghadapi kekecewaan itu, katakanlah kepada diri sendiri, "Ini adalah takdir Allah bagiku. Saya sudah berusaha dan berjuang, tetapi masih belum berhasil. Saya akan mencuba lagi, bangkit sesudah jatuh dan akan bangkit lagi sehinggalah mendapat kejayaan yang cemerlang." Maka sehubungan dengan itu setiap muslim haruslah berusaha menjadi seorang mukmin sejati dengan mengambil sifat-sifat utama sebagaimana yang diperkatakan sebentar tadi, mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah dunia dan juga akhirat."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...