TIDAK SUKAR untuk mengenali lelaki. Jika kita
tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki
tingkah lakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia
sedang berbual dengan wanita.
Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan
kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan
sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan
pertolongan.
Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual
dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain
tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.
Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh
tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang
mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan
kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan
kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.
Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan
yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain
untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.
Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa
memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana
rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.
Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak
tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis
lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.
Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka
mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak
menimbulkan masalah.
Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal
lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan
No comments:
Post a Comment