Ketahui pasangan anda melalui
TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN) Wallahu a'lam.....
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 &
24
Pada umumnya pasangan ini
bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat
mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh
ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi
segala keinginan pasangannya. Tapi
hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi
sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 &
30
Orangnya perasa dan mudah
tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di
rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut &
ramah. Dia paling benci jika cintanya
ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap
sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa
depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada
yang mendorongnya agar tidak terus
terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 &
29
Sabar serta pandai menguasai diri
adalah ciri yang khas bagi pasangan yang
lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan
mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh
ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia
seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong
pasangan yang mata keranjang dan suka
bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati
dengannya. Dia sering bersifat dingin
kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia
memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan
kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah
seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya
dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka
menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia
suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 &
27
Dia adalah seorang pasangan yang
tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang
terbaik kepada orang yang
dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang
itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 &
31
Dia adalah seorang yang bersifat
terbuka berterus terang &
jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu
dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat
berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan
mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah
perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu
dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.
Dia memerlukan suasana yang seimbang
baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan
seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah
seorang yang penjimat. Dalam urusan
cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 &
21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu
yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah
tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi
persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi.
Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau
jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini
memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana
itu dia sering membelanjakan wangnya
untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan
sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan
dia disegani dalam pergaulan.Dalam
urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20
& 26
Jangan mengharapkan sifat
romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang
kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu
bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci
pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara.
Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang
mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh
kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan.
Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana
perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam
pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan
sebab itulah dia diberi jolokan seniman
asmara.
All you need to know about casino games - Casino Sites
ReplyDeleteHere is a list of all the casinos on offer that can be found 넷텔러 on this page. The casinos 인생도박 listed in 돌겠네 진짜 the article have 세븐 포커 their 빡촌 후기 fair share of high