Iklaneka

Monday, 10 September 2012

Kebaikan Memuji Pasangan


Siapa kata hanya wanita sahaja yang suka jika dirinya dipuji? Biarpun secara umum tanggapan sedemikian adakalanya tepat apabila ditujukan kepada wanita, namun harus diingat bahawa lelaki juga gemar mendengar pujian daripada pasangannya.

Secara psikologinya, pujian mampu membuatkan seseorang yang dipuji terasa bahagia dan dihargai. Ia juga secara tidak langsung membawa kesan yang besar pada hubungan kedua-dua pasangan. Biarpun pujian yang diberi sudah biasa didengar, tetapi ianya tetap bermakna kepada pasangan kerana lahir daripada hati yang ikhlas. Justeru, tidak salah jika anda sering memuji pasangan agar dirinya terasa sentiasa disanjungi dan dihargai.

- Jangan ragu-ragu untuk bermesra dengannya. Kemesraan terhadap pasangan sebenarnya boleh ditunjukkan pada bila-bila masa sahaja. Ini tidak bermakna anda harus menciumnya atau melakukan hubungan suami isteri, tetapi cukuplah sekadar anda mencium pipinya, sewaktu sedang melakukan sesuatu kegiatan. Atau anda juga boleh memeluk pinggangnya ketika berjalan bergandingan ataupun sewaktu menuju ke meja makan.

- Selalulah membiasakan diri memberikan pujian yang lebih spesifik. Misalnya memuji bidang dadanya yang sentiasa membuatkan anda berasa selesa dan selamat ketika berada di dalam pelukannya atau sesekali bergurau mengatakan dia kelihatan seksi di mata anda.

- Pada umumnya lelaki mempunyai bahagian tubuh yang tidak disenanginya. Justeru inilah ketikanya anda sebagai isteri perlu meyakinkan pasangan anda bahawa setiap bahagian tubuhnya seksi bagi anda.

- Pasangan yang telah lama berkahwin tentunya telah saling mengenali antara satu sama lain. Apa kata anda minta gambar semasa kecilnya dan simpanlah gambar tersebut di dalam dompet anda.

- Jika anda berdua keluar bersama, suami memilih jalan pintas yang tidak biasa dilaluinya dan jalan tersebut juga rupa-rupanya telah menyelamatkan anda berdua daripada kesesakan lalu lintas. Inilah masa paling tepat bagi anda memberikan pujian kepada kecekapannya.

- Jika anda biasa memandu sendiri, mintalah bantuannya jika suatu hari kereta yang dipandu mengalami masalah. Biarpun anda tahu sebenarnya dia tidak begitu arif tentang kenderaan tersebut, namun sikap anda yang memerlukannya menyebabkan suami berasa dirinya lebih pandai daripada anda terutamanya dalam perkara-perkara berkaitan mesin. Tunjukkanlah kepadanya bahawa anda benar-benar memerlukannya.

- Setiap orang memiliki suatu rahsia dalam hidupnya. Anda tidak perlu memaksa pasangan agar menceritakannya kepada anda. Biarkan rahsia tersebut tetap menjadi miliknya sekalipun anda berasa terseksa kerana terlalu ingin mengetahuinya. Lupakanlah. Bukankah anda juga turut mempunyai rahsia?

- Ucapkanlah kata-kata cinta kepadanya sekerap mungkin. Hal pertama yang harus anda ketahui ialah ‘jangan memberikan orang lain sesuatu yang tidak diingininya.’ Misalnya ketika dia sedang sibuk bekerja, anda menelefonnya sekadar untuk mengucapkan anda sayang padanya. Tentu sahaja dia menganggap anda mengganggu. Justeru, anda harus bijak mengagak saat yang tepat untuk menelefonnya.

- Ucapkanlah juga ucapan sayang sesuai dengan karakter diri anda. Kata-kata memiliki kesan yang amat mendalam jika diucapkan dengan tulus dan sungguh-sungguh. Justeru ucapkanlah kata-kata tersebut sesuai dengan karakter anda sehari-hari. Misalnya jika anda seorang yang berterus-terang dan tidak suka kepada bahasa-bahasa yang puitis, menyatakan kata-kata cinta dengan ungkapan yang puitis akan mengurangkan kesan ketulusan dan keikhlasan anda. Selain itu, perhatikan juga keadaannya sama ada sedang tenang atau gelisah.

- Jangan menyalahgunakan kata cinta. Sesetengah pasangan menggunakan ungkapan kata-kata cinta sebagai alat untuk memaksa pasangannya melakukan sesuatu. Ini sama sekali tidak disarankan kerana ia akan mengurangkan makna sebenar ungkapan cinta yang diluah.

p/s : Teramat sesuailah untuk mereka2 yg dah kahwin.., yg single mingle tu kena lh tapis2 dulu ek.., hu3.., jgn main redah jer.., hu3.., pe2 pn thanks 4 da read.., :-)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...