Iklaneka

Tuesday, 26 June 2012

Disihir Untuk Keluar Islam


Kisah ini adalah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang menjalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas-lunas dan batas-batas kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya. 

Tapi tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tidak semena-mena telah memberitahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin.

Namun dengan hati yang agak terkejut tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai, ayahnya mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki Hindu, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama Hindu.

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ilmu duniawi dan ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

Namun, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk dipulihkan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz.

Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut, Ustaz tersebut mula membacakan ayat-ayat Allah. Alangkah terkejutnya mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah disihirkan untuk menyintai lelaki Hindu tersebut. Pendek kata beliau disihir untuk keluar Islam.

Seperti yang kita ketahui bahawa musuh Islam terutama Iblis dan Syaitan senantiasa mencari jalan untuk merosakkan Islam kita. Faktanya, untuk mensihirkan lelaki Muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh tapi sukar), kerana mereka membaca ayat-ayat Allah.

Namun bagi perempuan-perempuan muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap ke dalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak melakukan solat.

Di sini, disarankan agar semua muslimin dan muslimat untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin hendaklah segera bersolat. Bagi muslimat yang tiada keuzuran akan juga terus bersolat. Namun bagi yang tidak, duduklah mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu disia-siakan dengan perkara selain daripada mengingati Allah.

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada Sihir dan Murtad, dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat. 

NOTA:

Mengikut perangkaan JAKIM, tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang Melayu ingin menukar agama mereka, malah kes Aisyah seorang ustazah lulusan Mesir berjaya diHindukan. 

Dipercayai unsur cinta dan Sihir adalah salah satu penyebab utamanya.Yakinlah bahawa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita. Insya-Allah. Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran. Marilah kita berdoa semoga budak itu sembuh sepenuhnya dari ganguan sihir tersebut. Amin... 

Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...