Jom relaks2 jap..., hu3.., ini merupakan siri terakhir koleksi cerita-cerita lawak.., kpd smua thanks 4 the read.., thanks gak kpd pereka asal koleksi lawak2 ni., sy just 4 sharing2 je.., jgn mrh ye.., smoga ianye bisa menjadi hiburan utk kite smua.., ;-)
SURAT PUTUS CINTA
Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend
orang putihnya...
Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat ... surat
tu macam ni bunyinya... .hehehehe
Hi,My motive write this letter is to give know
you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook.
I know i clap one hand only.Correctly, I have see you and she together at town
with my eyes self. you always
request apology back back. I don't trust you again!!!My Friend speak you play
three wood. Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to
pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct,
because you love she very high from me. so, i break off to go far from here.But
i always love where also i live... .Safe live... ...
JANDA YANG DAHAGA
Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami
akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan
badan yang cantik. Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana
cuaca panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mencari
air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur semula. TAMAT... (Habis
tu, apa yang korang fikir?)
KURA-KURA TIGA
BERSAHABAT
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak
pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua
membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.
Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan
lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul
perbualan di antara mereka.
Kekura I: "Ermmm... .. salah seekor daripada kita
mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat
menuding Kekura III.
Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan
nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni
semua."
Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu
sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura III: "Betul Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap
tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap
tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap
tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap
tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kekura
I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu.
Engkau pergi je lah."
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat.
Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah
berlalu. Kekura III tidak juga balik.Setelah dua minggu berlalu, Kekura I &
II sudah tidak dapat menahan lapar.
Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita
makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite
habiskan makanan ni."
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru
"Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang
habiskan makanan ni kan ?
kan ?!!!"
PENJUAL TELUR BUAT PENING
Pada suatu hari di Pekan Rabu, seorang pembeli ingin membeli telur.
Pada suatu hari di Pekan Rabu, seorang pembeli ingin membeli telur.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam
kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dariIpoh ,
Kuala Selangor atau Tampin?"
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari
Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur,
Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik ni jual telur atau nak
jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat
sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu
dengan pembeli sampai dia datang."
JURUJUAL YANG MALANG
Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju ke sebuah
rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata
sepatah pun, dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.
"Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali
dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia
memakannya," kata jurujual dengan penuh yakin. "Kalau begitu,"
kata wanita tersebut, "Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik."
TIGA ORANG GILA
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi
sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut
jangka masa di institusi tersebut. Suatu hari, doktor yang merawat mental
mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil. Junior
orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi. "Kamu, kalau dihantar
ke padang
pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?" Junior berfikir seketika. "Padang
pasir panas... " Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni... " hati
doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana ." Doktor
tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. Kemudian, dia memanggil
Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu. "Yang saya tau, padang pasir tu panas...
" Senior berkata setelah berfikir panjang. "Ya!" Jawab doktor
terbabit penuh semangat. "Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk
di sana !"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, Veteran
pula dipanggil. "Awak dah lama benar di sini kan ?" "Ya, tuan doktor" jawab
Veteran selamba. Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan
Veteran sebelum ini. "Oh, padang pasir,
memang panas betul sana ,"
Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba
sahaja. "Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti
Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa. "Kalau begitu,
saya rasa nak bawa pintu kereta... " Tersentak seketika doktor mendengar
jawapan Veteran. "Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?" Veteran dengan penuh
yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap
kereta. Masuk angin sikit!"
SELESEMA BURUNG
Seorang lelaki menghubungi doktor panelnya untuk
memberitahu suatu masalah. "Doktor," kata seorang ayah melalui
telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung." "Saya
tahu,"jawab doktor. "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya
ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah." "Tapi,
doktor," kata ayah yang cemas itu. "Dia telah mencium pembantu rumah
kami." "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu." "Wah, ini
rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu." "Ya,
dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
"Celaka," jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah
dijangkiti."
TIDAK NAMPAK LAMPU MERAH
Seorang mat motor telah ditahan setelah melanggar
lampu isyarat merah. Sebelum polis menyamannya, dia bertanya kepada mat motor
tersebut, "Kenapa kamu tidak berhenti ketika lampu merah menyala? Kamu
tidak nampak ke?" "Saya nampak, encik," jawabnya perlahan.
"Habis tu, kenapa kamu tidak berhenti?" tanya polis tersebut lagi
yang tidak berpuas hati. "Saya tidak nampak encik. Kalau saya nampak encik
di situ, saya pasti tidak akan melanggar lampu merah," jawabnya.
SIAPA DI LUAR?
Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggir
kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya.
Tiba-tiba kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya.
"Siapa di luar?" jerit orang tua itu dengan
ketakutan. "Saya Malaikat Maut!" "Oh, syukurlah! Saya ingat
anggota polis yang datang."
BAPA DAN TIGA ANAKNYA
Seorang bapa berjalan dengan tiga orang anaknya,
masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya
bekerja. Bapa itu nampak berfikir keras ketika saya bertanya.
"Ada
yang dapat saya bantu?" "Saya ingin membeli sesuatu tetapi tidak
dapat mengingati kesemuanya," jawab bapa tersebut. Lalu dia memandang ke
arah anak-anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak sekalian, selain katil
dan pintu bilik air, apa lagi benda yang korang rosakkan dalam minggu
ini?"
Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya,
"Ada sisa
makanan, encik?" Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada." Pengemis
itu pun mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi. Keesokan
harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan bertanya soalan yang
sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya tetapi dia tetap menerima jawapan
serupa iaitu 'tidak ada'. Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh
pengemis tersebut, akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali
cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis
dijual! Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai,"
Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya, "Ada paku?"
"Tidak ada," jawab tuan warung. Pengemis bertanya lagi, "Ada sisa makanan,
encik?"
ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya
yang tidak pernah bersekolah.
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
No comments:
Post a Comment