Jom relaks2 jap..., hu3.., ini merupakan siri ke empat koleksi cerita-cerita lawak.., sambungannye Insya Allah akan menyusul nanti.., tunggu........, thanks 4 the read.., ;-)
SALAH NAIK BAS
Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas
dan duduk di sebelahnya seorang nenek. Si nenak memandangnya dari atas ke
bawah, lalu berkata,
"Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"
Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak,
"Berhenti!. Salah naik bas."
PITIS (DUIT)
Suatu Jumaat Pak Mat Pergi ke masjid untuk mengerjakan
sembahyang Jumaat. Oleh kerana die memakai kain, die hanya membawa RM1 untuk
tambang bas pergi dan balik dari masjid. Selepas menerime baki wang dari
konduktor bas, Pak Mat memasukannya iaitu sekeping wang 50 sen kedalam saku
baju melayunya.
Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama
berdiri mengikut jemaah lain..
Ketika hendak rukuk, duit 50 sennya tadi terjatuh dan
tergolek di saf depan, memikirkan itu aje wang yang dia ada. Die pun menegur
orang disaf depan,
Pak Mat : Jange Ambik Pitih aku tuh
Jemaah 1 : Eh, aku tok sey limo puluh sen tuh gak
Jemaah 2 : Weh ore semaye mane buleh kecek
Jemaah 3 : Hok mung kecek tuh..
Jemaah 4 : Mujo Aku tok kecek deh
moral : lain kali gi semayang bawak lapan dozen duit
syiling
KUCING
Chot dan Chet baru je diberhentikan kerja sebab
ekonomi meleset... Dua-dua orang tak tau apa nak buat dan camner nak cari
rezeki utk mengisi perut mereka nanti. Tetiba Chet bagi idea, "Kita rompak
rumah Pak Chat malam ni? Dia ada banyak duit dan harta kat rumah dia!"
Chot setuju dan akhirnya kedua-dua mamat ni berjaya menyusup masuk ke dalam
rumah Pak Chat. Chot berminat dengan home theater system Pak Chat. Di angkatnya
set tu satu-satu letak kat luar. Ntah camner, tetiba dia terjatuhkan mikropon
ke lantai. Pak Chat yg tidur dalam bilik yang tak jauh dari ruang tamu tu
terjaga dan menjerit, "Siapa tu?" Dengan tenang Chot menjawab,
"Mmmeeeeooooowwwwwww!!!!!!!!"
Kemudian seluruh rumah senyap seketika. "Pak Chat
dah tidor balik agaknya!" fikir Chot. Dia terus menerus sambung angkat set
home system tu kuar rumah. Chet pulak sibok dok angkut set barang antik dalam
almari Pak Chat yang tak jauh dari ruang tamu tadi. Tengah syok dok kaut
barang-barang tu, Chet terjatuh kan
satu mangkuk kaca... jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan. Sekali
lagi terdengar suara Pak Chat. "Siapa tu?" Chet menjawab, "Ini
kucen yang lagi satu".
TERKANGKANG
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar.
Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap
Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom
Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata
"Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka
pun menghampiri orang tua itu.
Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang,
boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap
sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ... pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi
terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...
TELUR
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan
ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di
hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans
tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli
telur.
Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu
pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang
jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya
mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err... . Mal tak tau
pulak ke mana tercampaknya.
BINATANG
"I percaye sume lelaki same saje. Mereke adalah
buaye-buaye ganas yang zalim,buas dan mementingkan nafsu sendiri. Wanita bagi
mereke hanyelah bahan mainan... " kate seorang gadis pade kekasihnye
dengan penuh semangat.
"Takkan I pun u anggap begitu?"tanye
kekasihnye.
"Ye..u juge buaye macam lelaki lain!"tegas
si gadis.
"Kalu i buaye, kenape u masih mendekati diri i
"
Dengan selambe si gadis menjawab"pasal I suke
pade sume jenis binatang... "
LAWAK BOLA
Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan
bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?
Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak
dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada
seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.
Dia menjawab... ."Sebab mengapa bolasepak
dimainkan dalam 45 minit ialah...
Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada
11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji
bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.
Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan
ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam
perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.
Persoalan terjawab !!!
Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2
minit... itu adalah "bola referee"!
TAK SEDAR DIRI
Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la
berbagai-bagai jenis binatang.. Ada
pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor
anak babi dan seekor anak kerbau..
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di
sebuah taman hutan,
Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : A'Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut
kite buat agar hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite
melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke ko.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu
pastu aku plak lukis muke kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..
5 minit kemudian... ...
Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak
lukis muke kau..
Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian...
Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak
kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak
puas hati)
Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..