Iklaneka

Wednesday, 14 December 2011

Mati Di Dalam Din Islam

Mengenai ayat "Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan islam" merupakan perintah Allah agar kita hendaklah mati dalam Din Islam. Kerana Allah tidak menerima agama selain Islam, sebab Islam merupakan agama yang diredhai-Nya.

"Sesungguhnya Din (yang diredhai) di sisi Allah adalah islam. Barangsiapa yang mencari Din selain Islam tidak akan diterima darinya dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Firman-Nya lagi : "Pada hari ini telah Ku sempurnakan bagi kamu Din kamu dan telah Ku cukupkan atas kamu nikmatKu dan telah Ku redhai bagi kamu Islam itu sebagai Ad-Din".

Lantas jika Allah memerintah agar mati di dalam Islam, padahal Dia telah berfirman "Engkau tidak mungkin memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai, tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki". Bagaimanakah ini,? Sesungguhnya manusia tidak dapat dan tidak mampu membuat dirinya mati di dalam Islam, tetapi Allah lah yang memberikan jalan baginya. Adapun tahap-tahap yang seharusnya dilakukan adalah sebagai berikut :

1. Menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
2. Berdoa kepada Allah agar diwafatkan dalam Islam dan dalam keadaan husnul khatimah.
3. Bersyukur kepada Allah atas nikmat Islam.
4. Takut mati dalam keadaan suul khatimah.

Di dalam Al-Quran diceritakan bahawa Nabi Yusof A.S dan Nabi Ya'qub A.S berdoa : "Kamu (Allah) adalah penguasa di dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku bersama orang-orang yang soleh".

Padahal setiap Nabi adalah maksum dan pasti mati dalam keadaan Islam. Demikian pula diceritakan bahawa para tukang sihir Firaun yang bertaubat berdoa : "Ya Allah, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami sebagai seorang muslim".

Begitu juga wasiat Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ya'qub A.S kepada anak-anaknya : "Wahai anakku, sesungguhnya Allah telah memilihkan kepadamu Islam, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam". Begitulah cara Allah mengajar dan mendidik para Nabi-Nya dan para solihin.

Hendaknya manusia berusaha untuk menjaga dan memperkuat keislamannya dan sentiasa taat pada perintah Allah, dikhuatirkan ia kelak mati suul khatimah. Juga hendaknya ia menjauhi maksiat dan dosa kerana hal tersebut melemah dan merendahkan keislamannya, membuat goyah asas-asas Islam sehingga tercabut darinya, sebagaimana firman Allah : "Kemudian akibat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan adalah azab yang pedih kerana mereka selalu mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu menolaknya".

Hendaklah kita terus-menerus berdoa agar mati dalam keadaan husnul khatimah kerana syaitan akan berkata : "Aduh celaka, orang yang memohon husnul khatimah itu telah mematahkan tulang punggungku. Aduh celaka, bila ia mahu membangga-banggakan amalnya? Aku khuatir ia mengetahui tipu dayaku".



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...