Iklaneka

Monday, 28 November 2011

Amalan Yang Terbalik

 Marilah kita sama-sama bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dengan apa yang sepatutnya kita lakukan dan yang dituntut oleh islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik.

1. Amalan kenduri arwah yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian ( malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya ) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah yang  mana baginda telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Sudahlah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

2. Ketika menghadiri majlis pemimpin Negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi apabila menghadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja, bahkan ada yang tak berbaju.

3. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan riak.

4. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan. Tetapi kebanyakkan orang mengaku bahawa di dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa adalah terendah.

5. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam islam antaranya adalah kerana selamat dari bermusafir maka dibuat kenduri. Bukankah terbalik amalan ini.,? atau kita mempunyai 'tujuan' lain..,?.

6. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh membaca Al-Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar ke kelas khas mempelajari islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar RM60 sebulan untuk subjek 8 kali hadir. Tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM20 sebulan untuk 20 kali hadir pun menggeletar tangan.

7.Seorang isteri kalau nak keluar rumah baik bersama suami atau berseorangan, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya Allah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.

Marilah kita beralih pada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Renung-renungkan lah... :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...