Iklaneka

Tuesday, 29 November 2011

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." 
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t." 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Ada Apa Dengan Cinta

Cinta..,
Cinta itu buta..,
Cinta itu ada di mana-mana..,
Cinta kadang kala buat kita merana..,
Cinta kadang kala buat kita sengsara.....

Cinta..,
Cinta itu tak bermata..,
Cinta itu tak mengenal siapa..,
Cinta tak kenal miskin atau kaya..,
Cinta kadang kala buat kita bahagia..,
Cinta kadang kala buat kita berjaya.....

Cinta..,
Cinta kadang kala buat kita lupa..,
Cinta tak pernah mengenal usia..,
Cinta tak mengira tua atau muda..,
Cinta kadang kala buat kita makin dewasa.....

Cinta..,
Cinta buat kita sering ketawa..,
Cinta buat kita tidak berada di alam nyata..,
Cinta buat kita sering gundah gulana..,
Cinta buat kita tak tidur lena..,
Sehingga kita terpaksa memendam rasa.....

Cinta..,
Cinta....semua orang suka dengan cinta..,
Dari kecil hinggalah tua..,
Tapi tak harus kita lupa..,
Cinta kita yang paling utama..,
Cinta kepada yang maha esa..,
Cinta kepada nabi kita..,
Cinta kepada ibu bapa..,
Inilah cinta yang paling agung.....

Monday, 28 November 2011

Kerana Mengharapkan Yang Halal

        Ada sebuah kisah yang menarik berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu. Pada zaman Rasul S.A.W ada seorang lelaki yang telah kematian isteri. Cuma sayang sedikit lelaki ini bukanlah seorang yang taat dan patuh pada perintah agama. Tetapi dengan kehendak Allah, pada suatu hari lelaki ini berasa insaf dan sedar. Keinsafannya itu mendorong beliau untuk bertaubat. Dia berazam tidak mahu lagi mengulangi perbuatan-perbuatannya yang jahat. Sampai waktu sembahyang dia singgah di masjid kebetulan Rasulullah S.A.W sedang bersembahyang bersama kaum muslimin yang lain. Selesai sembahyang Rasulullah S.A.W bersabda, "barang siapa meninggakan sesuatu yang haram maka ia akan memperolehi yang halal".

       Apabila tiba waktu malam si lelaki yang sudah insaf ini berasa gelisah. Dia teringatkan kerja yang biasa dilakukannya pada waktu malam iaitu mencuri. Dia berasa agak susah untuk meninggalkan kerja jahat itu. Tambahan pula syaitan tidak henti-henti menghasut dan menggodanya.

        Akhirnya dia tewas dengan hasutan syaitan. Lelaki itu menuju ke sebuah rumah yang kelihatan seperti dimiliki oleh seorang yang berada. Rupa-rupanya tuan rumah tersebut ialah seorang wanita yang sudah kematian suami. Sampai di dalam rumah lelaki itu melihat hidangan yang enak dan lazat sedang terhidang di atas meja. Hidangan itu membangkitkan seleranya. Baru sahaja mahu menjamah rezeki yang terhidang, tiba-tiba dia teringat akan pesan Rasulullah S.A.W di masjid siang tadi. Dengan serta merta dia tidak jadi mengambil makanan itu.

        Di suatu sudut rumah, lelaki itu menemui barang berharga, lalu terdetik di hatinya untuk mengambil barang-barang itu. Ketika hendak mengambil barang-barang itu terlintas diingatannya akan sabda Rasulullah S.A.W dengan segera ditinggalkannya harta-harta itu. Ketika hendak melangkah keluar lelaki itu melihat seorang wanita sedang duduk bersendirian dalam biliknya. Timbul niat jahat di dalam hatinya tetapi seperti tadi juga dia teringatkan pesan Rasulullah S.A.W cepat-cepat dia meninggalkan rumah itu. Disebabkan hari sudah hampir subuh dia terus ke masjid untuk bersembahyang. Kemudian lelaki itu duduk di suatu sudut di masjid memikirkan nasib dirinya.

        Apabila hari semakin cerah, datanglah seorang wanita menemui Rasulullah S.A.W yang masih ada dalam masjid dia memberitahu nabi seorang pencuri mamasuki rumahnya, tetapi yang anehnya dia tidak ambil apa-apapun di dalam rumahnya.

        "Aku takut kalau pencuri itu datang lagi wahai Rasulullah", kata wanita itu. Mungkin dia akan melakukan sesuatu ke atas ku. "Kenapa engkau hidup bersendirian,? tanya Rasulullah, " demi untuk menyelesaikan masalah mu ini bagaimana kalau akau kahwinkan engkau,?"tanya nabi, wanita itu kemudiannya bersetuju.

        Rasulullah meninjau-ninjau di dalam masjid. Terlihatlah olehnya seorang lelaki yang mengasingkan diri di penjuru masjid. Baginda pun memanggil lelaki tersebut. Setelah bertanyakan tentang diri dan latar belakang kehidupan lelaki itu baginda berkenan untuk menjodohkannya dengan wanita itu.

        Akhirnya setelah selesai semua urusan yang berkaitan pasangan itu pun dinikahkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Sebelum pulang lelaki itu menangis di hadapan Rasulullah. Dia menceritakan kisah yang sebenarnya dia berasa sungguh terharu kerana apa yang di pesan oleh Rasulullah, "Barang siapa yang meninggalkan yang haram akan memperolehi yang halal", memang benar sekali, sekarang yang diingininya malam tadi akan dapat dimiliki secara halal.

        Demikianlah.......kalau kita berbuat baik, Allah pasti akan membalas dengan kebaikan juga.

Bicara Remaja

Remaja..,
Engkau ibarat tiang yang teguh..,
Berdiri ditengah-tengah masyarakat sebagai pemangkin..,
Namun itu sekadar harapan..,
Kerna engkau sekarang ibarat tiang yang musnah dimakan anai-anai..,
Engkau terjerumus ke lembah yang hina..,
Engkau bersahabat dengan perosak-perosak yang bernama dadah..,
Perosak yang hanya merosakkan jiwa keremajaan..,
Engkau leka dengan hiburan dunia..,
Engkau lupa pada pencipta yang agung..,
Tanggungjawab sebagai anak, engkau abaikan..,
Kepada dadah engkau perhambakan diri.....

Remaja..,
Sedarlah.. sedarlah.. sedarlah..,
Bangkitlah engkau daripada lenamu yang panjang..,
Bangkitlah daripada dunia khayalanmu..,
Kembalilah kepada realiti hidup yang sebenar..,
Kembalilah kepada pencipta yang maha Esa.....

Remaja..,
Ingatlah engkau pada usiamu..,
Yang hanya terbentuk dari setitis air yang kotor menjadi segumpal darah..,
Dibentukkan tulang, dibaluti dengan daging dan ditiupkan dengan roh..,
Agar engkau menjadi seorang khalifah yang taat kepada penciptanya.....

Remaja..,
Bangkitlah engkau dengan keinsafan..,
Jadilah engkau seperti matahari..,
Bukan membakar diri..,
Tapi menerangi alam dengan cahanyanya..,
Dan jadilah engkau seperti tanah..,
Tanah yang berbudi kepada tuannya.....

Remaja..,
Ingatlah engkau..,
Engkau ibarat seperti tiang..,
Tiang yang akan meneguhkan sebuah rumah..,
Usah biarkan tiang itu runtuh..,
Runtuh terhumban ke tanah menyembah bumi.....

Jadilah Engkau

 
Jadilah engkau serikandi..,
Yang punya harga diri..,
Yang ada budi pekerti..,
Bukan sekadar waja diri.....

Jadilah engkau seorang bidadari..,
Bukan sekadar elok rupa diri..,
Juga bersih hati nurani..,
Dan cinta putih yang menemani.....

Jadilah engkau seorang puteri..,
Yang sentiasa berlembut hati..,
Tidak sesekali berkasar kata..,
Tetapi berhalus budi bicara.....

Yang utama..,
Jadilah engkau seorang hamba Allah..,
Yang menjunjung ajaran Rasul-Nya..,
Yang menjadikan Al-Quran teman setia..,
Yang mengisi harinya dengan puasa..,
Yang memilih jihad sebagai gelanggannya.....

Yang pasti..,
Seluruh alam akan berdoa..,
Untuk kamu insan mulia.....

Kredit to :
Mutie'ah Hj. Abu Samah (Puteri MARK)
Al-Manar edisi 3 2004

Amalan Yang Terbalik

 Marilah kita sama-sama bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dengan apa yang sepatutnya kita lakukan dan yang dituntut oleh islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik.

1. Amalan kenduri arwah yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian ( malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya ) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah yang  mana baginda telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Sudahlah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

2. Ketika menghadiri majlis pemimpin Negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi apabila menghadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja, bahkan ada yang tak berbaju.

3. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan riak.

4. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan. Tetapi kebanyakkan orang mengaku bahawa di dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa adalah terendah.

5. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam islam antaranya adalah kerana selamat dari bermusafir maka dibuat kenduri. Bukankah terbalik amalan ini.,? atau kita mempunyai 'tujuan' lain..,?.

6. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh membaca Al-Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar ke kelas khas mempelajari islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar RM60 sebulan untuk subjek 8 kali hadir. Tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM20 sebulan untuk 20 kali hadir pun menggeletar tangan.

7.Seorang isteri kalau nak keluar rumah baik bersama suami atau berseorangan, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya Allah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.

Marilah kita beralih pada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Renung-renungkan lah... :-)

Sunday, 27 November 2011

Madah Cinta


Cinta..,
Kalimahnya cukup menggoda jiwa..,
Siapa yang menduga ianya hadir tanpa dijangka..,
Hadirnya seringkali membuatkan kita terasa gembira..,
Walaupun hanya sedetik ianya sesuatu yang amat bermakna.....

Cinta..,
Berputiknya ia dalam hati kita..,
Yang bisa membuatkan kita terasa tersiksa..,
Tersiksa bukan kerana dipaksa..,
Tetapi tersiksa kerana melayan perasaan hati kita.....

p/s : Cinta yang terbaik ialah cinta pada ALLAH Yang Maha Esa & Nabi Muhammad S.A.W junjungan kita...., :-) 


Tuesday, 22 November 2011

Koleksi Ayat-Ayat Islamic

Allah tidak akan mendekati seseorang sebelum orang itu mendekatiNya dan amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan.... -Hadith-

Urusan  orang-orang beriman semuanya mengkagumkan..,
Semua perkara adalah baik untuknya..,
Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur.., maka itu baik untuknya..,
Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar.., maka itu baik untuknya..,
-Riwayat Muslim-
Kita sering mahukan hari yg CERAH tetapi ALLAH lebih mengetahui HUJAN perlu diturunkn.,
Kita inginkan KESERONOKAN tapi KESUSAHAN itu yang mengajar erti KEHIDUPAN.,
Kita inginkan KETENANGAN hakikatnya diri ini penuh DOSA tapi manusia tak dapat lari daripada KESILAPAN...
Semua itu bukan HUKUMAN tapi adalah tanda kasih syg ALLAH agar kita lebih BERIMAN.... 
Jangan menangis kerana cinta yang hampa tapi menangislah jika tak dapat menyapu dosa bila ternoda kerana cinta

Mengapa takut untuk berjalan sedangkan kita punya sepasang kaki yang boleh berjalan dan berlari..,
Mengapa takut untuk berjuang sedangkan kita punya tuhan yang sentiasa disisi.....
Aku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar.., 
IA bagi kaktus berduri..,
 Aku minta kupu2, dibagi ulat berbulu..,
Aku sedih & kecewa..,
Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali..,
& ulat itupun jadi kupu2 yang cantik..,
Itulah jalan ALLAH, indah pada masaNYA..,
ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan.., 
Tapi IA memberi apa yang kita perlukan..,
 Kadang kita sedih, kecewa, terluka.., 
Tapi jauh diatas segalanya IA sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita....

Sayangkan Allah banyakkan berzikir..,
Sayangkan Rasul banyakkan berselawat..,
Sayangkan akhirat ingatkan mati..,
Sayangkan syurga banyakkan beribadat..,
Sayangkan dunia banyakkan istighfar.....
Bekunya air mata kerana kerasnya hati..,
Kerasnya hati kerana banyaknya dosa..,
Banyaknya dosa kerana lupakan mati..,
Lupakan mati kerana cintakan dunia.....
Jika hati sejernih air..,
Jangan biarkan ia keruh..,
Jika hati seputih awam..,
Jangan biarkan ia mendung..,
Jika hati seindah bulan..,
Hiasilah ia dengan keimanan.....

Koleksi Ayat-Ayat Jiwang 2


Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang..,
Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci..,
Seperlu mana untuk mengukur erti rindu ini andainya cinta tak pernah bersatu..,
Berpadu walau kata rindu di ucapkan pada dia yang satu..,
Andainya kau menduakan ku..,
Katakanlah apa yang perlu kerana daku tahu ada hikmah di sebalik yang berlaku.....
Saat dirimu hadir didepanku..,
 Lidah terasa kelu..,
Kaki terasa kaku.., 
Lidah macam membisu..,
Hati tak menentu..,
Dan jantung berhenti berdegup..,
Fikiran ingin mengatakan kebenaran..,
Tetapi bibir telah menidakkan..,
Dan kini daku merasa satu kekesalan.....
Ketiadaan kau disisi mengajarku erti kerinduan..,
Berjauhan dengan mu menguji keiklasan hati..,
Dan bila disisi mu mengajar aku menyayangimu selamanya.....
Cinta tak boleh dicuba-cuba, dirasa-rasa..,
Cinta yang sebetulnya wujud apabila dua hati telah pasti dan tak boleh di pandang dari sudut keindahannya sahaja.., When the HEART was ready to accept the love of somebody.., that's means he/she must accept all the special or weakness of their beloved one's.....
Panahan matamu mencairkan hatiku yang dah lama membeku suatu waktu dulu..,
Hadirmu bagai sinar mentari pagi menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini ku lalui..,
Walau kadangkala kehadiranmu menyakitkan hati dan kadangkala pengubat hati yang sunyi..,
Aku tahu perhubungan ini bukan janji syurga.., bukan janji bahagia.., 
Tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan..,
Ku sangka kita berkongsi impian yang serupa..,
Tapi kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...