Iklaneka

Monday, 29 August 2016

Kelebihan Menyayangi Orang Alim

"Diriwayatkan bahawa ada seorang pemuda yang sedang dihisab amalannya di hari pembalasan. Bila timbanganya diletakkan amalan baik dan amalan buruk yang dilakukan di dunia dahulu maka... berat timbangan amalan buruknya melebihi amalan baik yang dilakukannya. 

Lantas malaikat menariknya untuk dimasukkan ke dalam neraka tiba-tiba Allah mengarahkan malaikat tersebut berhenti sekejap.

"wahai malaikat ku sila kamu periksa semula amalan yang dilakukanya sekiranya ada amalan baik yang tidak terhisab.

Malaikat pun mencari-cari...kemudian beliau mengadap Allah dan menyatakan semuanya sudah dihisab.

Malaikat pun menarik pemuda tadi untuk dimasukkan keneraka. Sekali lagi Allah memerintahkan malaikatnya menahan sebentar pemuda tadi untuk di soal beberapa soalan.

Allah bertanya pemuda tadi " adakah kamu pernah menjadi murid kepada seorang alim?" jawab pemuda "tidak".

Malaikat menarik pemuda itu lalu Allah memerintahkan supaya ditahan pemuda tersebut untuk di soal lagi.

" Adakah kamu tinggal berjiran dengan orang alim semasa hidup kamu?"  jawab pemuda "tidak".
Seperti tadi juga malaikat menarik pemuda dan Allah menahanya.

Allah bertanya lagi " Adakah kamu suka memandang wajah orang alim?". jawap pemuda "tidak aku tidak pernah memandang  wajah sesiapa yang alim".

Allah bertanya lagi " Adakah kamu mencintai atau menyayangi orang alim? " jawab pemuda " aku tidak pernah menyintai orang alim"

Allah bertanya lagi " Adakah kamu melalui jalan yang telah dilalui oleh orang alim semasa kamu hidup?" jawab pemuda " aku tidak pernah melalui jalan yang telah dilalui oleh orang alim".

Malaikat menarik pemuda itu dengan kasar untuk dimasukkan kedalam neraka setelah mendengar jawapan TIDAK dari si pemuda itu TETAPI Allah masih menahan malaikatNya dari berbuat demikian dengan bertanyakan pemuda itu lagi .

Allah bertanya " Adakah kamu berkawan dengan seorang kawan dan kawan kamu itu ada menyanyangi seorang alim?" . Pemuda itu menjawab " ada, aku ada mempunyai seorang kawan sahaja yang menyayangi  orang alim tetapi yang lain semuanya seperti ku".

Lalu Allah memerintahkan malaikatnya sepaya mengambil pahala yang dia menyayangi kawan yang menyayangi orang alim. Malaikat menimbang pahala tersebut maka amalan baik melebihi sedikit dari amalan buruk. Lalu Allah memerintahkan supaya dimasukkan pemuda tersebut kedalam syurga.

Allah tidak pernah terlupa walaupun sedikit amalan baik atau buruk yang dilakukan oleh kita. Allah amat adil dalam menghukum hambanya.

Apakah kita masih tidak merasai kelebihan yang ada pada orang alim. Maha suci Allah....Benarlah Allah maha pemurah lagi maha mengasihani.

Wallahuaklam"

p/s : Assalamualaikum sahabat semua.. lama rasanye sy x update blog ni.. sempena hari kemerdekaan negara yg ke-59 sy nk mengucapkan selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia tak kira d'mana anda berada.. sama2 lah kita doakan supaya negara kita sentiasa aman damai & sejahtera... Wassalam....

Wednesday, 20 April 2016

Sepotong Ayat Penerang Kehidupan

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitannirrajim....bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad.Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seseorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. 

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang masih kecil pada
waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. 

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: 

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. 
Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

1) Amalan baiknya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...