"Diriwayatkan bahawa ada seorang pemuda yang sedang
dihisab amalannya di hari pembalasan. Bila timbanganya diletakkan amalan baik
dan amalan buruk yang dilakukan di dunia dahulu maka... berat timbangan amalan
buruknya melebihi amalan baik yang dilakukannya.
Lantas malaikat menariknya
untuk dimasukkan ke dalam neraka tiba-tiba Allah mengarahkan malaikat tersebut
berhenti sekejap.
"wahai malaikat ku sila kamu periksa semula amalan yang
dilakukanya sekiranya ada amalan baik yang tidak terhisab.
Malaikat pun mencari-cari...kemudian beliau mengadap Allah
dan menyatakan semuanya sudah dihisab.
Malaikat pun menarik pemuda tadi untuk dimasukkan keneraka.
Sekali lagi Allah memerintahkan malaikatnya menahan sebentar pemuda tadi untuk
di soal beberapa soalan.
Allah bertanya pemuda tadi " adakah kamu pernah menjadi
murid kepada seorang alim?" jawab pemuda "tidak".
Malaikat menarik pemuda itu lalu Allah memerintahkan supaya
ditahan pemuda tersebut untuk di soal lagi.
" Adakah kamu tinggal berjiran dengan orang alim semasa
hidup kamu?" jawab pemuda
"tidak".
Seperti tadi juga malaikat menarik pemuda dan Allah
menahanya.
Allah bertanya lagi " Adakah kamu suka memandang wajah
orang alim?". jawap pemuda "tidak aku tidak pernah memandang wajah sesiapa yang alim".
Allah bertanya lagi " Adakah kamu mencintai atau
menyayangi orang alim? " jawab pemuda " aku tidak pernah menyintai
orang alim"
Allah bertanya lagi " Adakah kamu melalui jalan yang
telah dilalui oleh orang alim semasa kamu hidup?" jawab pemuda " aku
tidak pernah melalui jalan yang telah dilalui oleh orang alim".
Malaikat menarik pemuda itu dengan kasar untuk dimasukkan
kedalam neraka setelah mendengar jawapan TIDAK dari si pemuda itu TETAPI Allah
masih menahan malaikatNya dari berbuat demikian dengan bertanyakan pemuda itu
lagi .
Allah bertanya " Adakah kamu berkawan dengan seorang
kawan dan kawan kamu itu ada menyanyangi seorang alim?" . Pemuda itu
menjawab " ada, aku ada mempunyai seorang kawan sahaja yang menyayangi orang alim tetapi yang lain semuanya seperti
ku".
Lalu Allah memerintahkan malaikatnya sepaya mengambil pahala
yang dia menyayangi kawan yang menyayangi orang alim. Malaikat menimbang pahala
tersebut maka amalan baik melebihi sedikit dari amalan buruk. Lalu Allah
memerintahkan supaya dimasukkan pemuda tersebut kedalam syurga.
Allah tidak pernah terlupa walaupun sedikit amalan baik atau
buruk yang dilakukan oleh kita. Allah amat adil dalam menghukum hambanya.
Apakah kita masih tidak merasai kelebihan yang ada pada
orang alim. Maha suci Allah....Benarlah Allah maha pemurah lagi maha
mengasihani.
Wallahuaklam"
p/s : Assalamualaikum sahabat semua.. lama rasanye sy x
update blog ni.. sempena hari kemerdekaan negara yg ke-59 sy nk mengucapkan
selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia tak kira d'mana
anda berada.. sama2 lah kita doakan supaya negara kita sentiasa aman damai
& sejahtera... Wassalam....