“ Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya) dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku dan tidak menaruh belas kasihan terhadapku, nescaya aku akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi – Hud : 47."
“ Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan
diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam atau terguris dengan perkataan
atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan
menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."
“ Setiap hari berusahalah untuk membina
imej diri yang harmoni dan meyakinkan. Rasakan diri kita sebagai insan yang
baru, penuh dengan perasaan kasih dan hormat terhadap diri kita sendiri.
Fikirkan segala kejayaan dan kebaikan yang telah kita lakukan selama ini. "
“ Kesempurnaan adalah sesuatu yang perlu
dicapai dan dikejar, namun begitu dalam mengejar kejayaan dan kesempurnaan,
sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai dugaan, kesilapan dan kegagalan. Jadi
tidaklah perlu kita memarahi, menyesali, meratapi akan kesilapan dan kegagalan
secara keterlaluan."
“ Penghormatan diri yang sihat bererti
menghargai nilai diri sendiri sebagai seorang insan yang unik dengan memiliki
segala keistimewaan, bakat dan kebolehan."
“ Perasaan sakit hati, benci dan dendam
adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit, baik dari segi
mental, emosi, mahupun fizikal. Ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkannya
hanyalah melalui kemaafan."
“ Sesiapa yang boleh menumpaskan
‘sesaat’ rasa marah bererti ia boleh mengelakan kemurungan sepanjang hari.”
“ Kita dijadikan unik dan dilengkapkan
dengan segala keupayaan untuk mencipta kejayaan. Kita mempunyai kebebasan memilih
dan mengubah apa jua sikap negatif yang berada dalam diri kita. Apabila kita
mampu mengubah sikap kita, maka dunia juga akan turut berubah."
“ Apabila menghadapi masalah, anggaplah
diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu dan bukan
sebaliknya."
“ Orang yang gagal tidak menyedari apa yang
terjadi disekelilingnya, tidak menyedari keperluan orang lain dan tidak
menyedari akan penglibatan dirinya dalam kehidupan seharian dan masyarakat
sekeliling. ”
“ Jangan sekali-kali bertindak secara
emosional kepada kritikan sehingga menjejaskan penilaian sebenar. Analisa diri
sendiri bagi memastikan sama ada ia betul atau tidak. Jika kritikan itu tepat,
perbaikilah diri sendiri. Jika tidak, usah hiraukan cuma beri perhatian. "