Sejambak bunga mawar bukan sekadar
untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang
memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili
makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa
bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba
disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti
sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada
kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara
semulajadi.
Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh
orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan
pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah
pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros.
Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu
menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke
mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau
sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang
dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga
yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri
kamu.
FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:
ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.
BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan
putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa
diri seseorang.
BUNGA CAMELIA
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang
berkekalan selamanya.
BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan
sesuatu perkara.
BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang
sedang dialami itu.
BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.
BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.
ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.
BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti
yang sepatutnya.
BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.
BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.
BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.
KOD WARNA BUNGA
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau
ingin dilakukan.
Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan
apa saja yang diinginkan.
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!
MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar
dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang
pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka
mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga
itu. Sekiranya:
KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan
akan diperolehi tak lama lagi.
BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak
lama lagi. Tunggu je la!
BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal
menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.
No comments:
Post a Comment