Salam semua sahabat-sahabat sekalian.., hari tu saya dah kongsikan ciri-ciri wanita idaman lelaki., so, sekarang saya nak kongsikan plak ciri-ciri lelaki idaman wanita.., barulah adilkan.., hu3.., artikel ni saya ambik dari internet gak., just 4 sharing-sharing je.., So, selamat membaca.., hu3.., thanks...,
Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan
dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar
dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki
yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak
berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki
menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan
hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu
merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada
perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya
dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi
tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita
tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati
tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan
dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah
dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan
masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang.
Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara
yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan
agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil
hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya
pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan
perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu
sugul dan berkerut-kerut dahinya.
p/s : Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik., dan begitulah sebaliknya.., So, hiasilah diri sendiri dengan budi pekerti yang tinggi untuk mendapatkan teman hidup yang di ingini.., Selamat maju jaya sahabat-sahabatku sekalian.., ;-)
No comments:
Post a Comment