Iklaneka

Saturday, 22 December 2012

Rahsia Mata Wanita

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....

Saiz mata kecil 
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Sunday, 9 December 2012

Permata Yang Hilang


Permata adalah sesuatu yang amat bernilai. Permata adalah hasil tekanan yang tinggi dikenakan pada karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya menghasilkan permata yang berkilau dan cantik.

Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita pasti mengidamkan dirinya dihiasi oleh permata yang berkilauan. Seorang lelaki pasti bercita-cita menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang dikasihinya. 

Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang telah diberikan Allah kepada manusia. Nikmat yang mana ia mampu mengeratkan kasih sayang sesama manusia malahan ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan pergaduhan sesama manusia.

Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang nilaiannya seperti permata. Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan individu yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan sehingga hatinya berkilau umpama permata yang bergemerlapan.

Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri manusia. Ia bukan sahaja membahagiakan si pemiliknya, malahan orang lain juga akan kagum kepadannya.

Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang memiliki ketenangan yang tiada tolok bandingnya. Ketenangan dan ketulusan hatinya telah terbukti sepanjang hidupnya dengan Baginda junjungan saw. Beliau masih mampu bertenang di saat wafatnya Baginda saw malah berupaya untuk menenangkan orang lain agar menerima hakikat sesungguhnya Baginda saw telah pergi menemui Allah swt.

Hari ini ramai manusia telah kehilangan permata didalam dirinya. Manusia akhir zaman ini sudah kehilangan apa yang dinamakan ketenangan hati. Ketenangan hati ini adalah antara nikmat Allah swt yang diberikan kepada hambaNya yang soleh.

Seorang yang sakit perut, nikmatnya adalah selepas proses penyahtinjaan.

Seorang yang sakit gigi, nikmatnya adalah selepas gigi yang rosak itu dicabut atau ditampal.

Seorang yang sakit jiwanya, nikmatnya adalah selepas dicampakkan ketenangan didalam hatinya semula.

Ramai manusia bergelar bilionaire. Bergelar jutawan. Bergelar pemimpin agung. Bergelar intelektual. Bergelar cendekiawan. Bergelar negarawan dan pelbagai lagi gelaran-gelaran duniawi. Tetapi berapa ramai yang mempunyai gelaran-gelaran ini mempunyai ketenangan hati?

Leslie Cheung, seorang artis yang sudah terkenal, mati bunuh diri. Bob Marley, juga mengakhiri hidup yang penuh populariti dengan kematian yang tragis. Mariah Carey, dilaporkan sudah beberapa kali mengunjungi klinik psikiatri. Maradona, hancur karier bolasepaknya kerana dadah. Hitler, juga mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri. Ini adalah sebahagian contoh kehidupan yang ramai diantara manusia kejar dan impikan. Populariti, kekayaan dan kuasa.

Cat Stevens atau Yusuf Islam, sebelum menerima hidayah dari Allah yang mana beliau menemui ketenangan, juga hidup dalam keadaan yang tertekan dengan ketagihan alkohol. Namun, dengan jiwa barunya, dihiasi dengan ketenangan iman, beliau telah memulakan hidup baru sebagai seorang pendakwah.

Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah memiliki permata itu? Sudahkah kita menjadi insan yang masih mampu tersenyum tatkala 1001 kesusahan melanda kehidupan diri kita? 

Atau adakah kita ini masih tergolong didalam golongan yang dikurniakan populariti, kedudukan dan harta, tetapi masih berterusan hidup dalam tekanan?

Kita barangkali pernah melihat seseorang yang berkuasa dan kaya raya, mempunyai mahligai yang besar, tetapi sering menghabiskan masa malam mereka di kelab-kelab malam, memabukkan diri demi untuk mencari satu benda yang dinamakan ketenangan diri.

Kita juga barangkali pernah mendengar kisah seorang bijaksana, tetapi berdampingan dengan dadah juga demi untuk mencari ketenangan yang hilang kerana tekanan pembelajaran.

Dan yang paling selalu didengar adalah dialog-dialog,

"Aku hisap rokok ni bukan ape, tension! Bila aku hisap sebatang dua, hilang sekejap tension aku."

"Aku dengar muzik-muzik ni semua sebab nak release tension. Aku rasa terhibur so, aku boleh lupakan masalah aku."

Allah berfirman,

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Apakah yang dikatakan zikruLlah (mengingati Allah) itu? Tuan Guru Nik Ab Aziz mengatakan zikir terbaik itu adalah al-Quran. Maka berdampinglah dengan al-Quran kerana ia sudah pasti akan memberikan ketenangan jiwa. 

Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi al-Quran yang diamalkan isinya, ia akan membawa ketenangan ke seluruh alam. Tetapi umat Islam sendiri hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan umat Islam seluruhnya telah kehilangan ketenangan dalam hidup seharian.

Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah. Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai, langit yang biru, burung-burung berterbangan dan sebagainya yang mana itu semua menunjukkan kehebatan Allah swt.

Kaedah ini juga diguna pakai oleh ahli psikologi bagi memudahkan seseorang tidur. Dengan memberikan panduan agar mereka yang menderita imsonia itu melelapkan mata sambil membayangkan taman yang indah, ada rama-rama yang berterbangan, bunga-bunga yang menyegarkan kerana perkara-perkara yang menunjukkan kebesaran Allah itu semuanya menjurus kepada ketenangan hati.

Allah berfirman, "Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati 
(dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu. (al-Fajr, 27-30)

Manusia yang mempunyai jiwa yang tenang maka syurga adalah tempat mereka. Dan pra-syarat mereka yang ingin mempunyai jiwa yang tenang ini adalah iman serta amal soleh mereka. 

Ketenangan hati inilah yang sudah tiada dalam kebanyakan manusia. Kita sering menyangka kekayaan, kuasa dan populariti itu lah yang bakal membahagiakan hidup kita didunia. Tetapi, jangankan akhirat, sejak didunia lagi, kekayaan, kuasa, dan populariti itulah yang telah menghilangkan rasa bahagia kita sekiranya ia tidak didasari dengan dasar iman dan taqwa.

Maka ingatlah, seseorang yang telah dikurniakan hati yang tenang pasti menerima segala takdir baik dan buruk yang ditimpakan keatasnya, kerana mereka yakin dan percaya akan firman Allah,

"Oleh itu, maka sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahan dan sesungguhnya setiap kemudahan itu ada kesusahan." (al-Insyirah: 5-6)



Monday, 3 December 2012

Rahsia Bulan Lahir


Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengikut bulan kelahiran mereka. 

JANUARI 
Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja.

FEBRUARI 
Boleh dipercayai, pandai membuat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tapi suka bermain cinta.

MAC 
Ringan tulang, mudah membantu,tiada bakat dalam perniagaan kecuali diberi bimbingan. Mudah tergoda dengan lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka bersendirian.

APRIL 
Tabiatnya lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut.

MEI 
Suka merendah diri, penyabar, suka meminta bantuan orang lain, tiada bakat dalam perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

JUN 
Banyak ilmu pengetahuannya, ringan tulang, hidupnya dalam kemewahan, perkahwinannya tidak kekal, pernikahan lebih sekali.

JULAI 
Banyak pancaroba hidup dan godaan, banyak memperoleh rezeki.

OGOS 
Bernikah lebih sekali, berbakti kepada suami, rezekinya kepada suami, rajin berusaha.

SEPTEMBER 
Murah hati, tabah dalam dugaan, mempunyai anak yang ramai.

OKTOBER 
Murah rezeki, keras hati, mudah simpati.

NOVEMBER 
Rajin, pandai berbicara,mudah menyeleweng, tidak memanfaatkan harta pusaka.

DISEMBER 
Rajin berusaha, lekas naik darah, keras hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki.


Saturday, 1 December 2012

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu

(Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah) 

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri. 

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya. 

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..." 

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. 

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. 

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan. Apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.


Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 Hijrah

Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah., Semoga d'tahun baru ini lebih memberi erti dalam hidup kita., thanks kepada semua pengunjung & jua sahabat2 blogger sekalian.., kepada sahabat2 yg mempunyai apa2 artikel yg hendak d'kongsikan utk tatapan kita bersama silalah emailkan kpd sy shahez@ymail.com @ isikan sahaja kolum d'bawah ini.., sekali lagi thanks., selamat maju jaya semua..,Wassalam.., :-)
Artikel Sahabat
Berkongsilah apa pun yang sahabat ingin kongsikan.., samada artikel/ayat2 islamic/Jiwang & other.., :-)

Powered byEMF Web Form
Report Abuse

Monday, 12 November 2012

Koleksi Ayat-Ayat Jiwang 3

Cinta ibarat sekuntum bunga.,
Cinta boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur.,
Cinta itu mempunyai deria & perasaan.,
Cinta m'dengar cinta,b'kata cinta & melihat cinta.,
Cinta ada segala rasa sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, 
tertekan, ketawa & menangis.,
Cinta  itu hidup sampai 1 ketikanya ia akan mati., 
Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi ia masih hidup & tetap hidup walaupun telah mati.....
Kenapa orang tercinta melukai hati kita.,
Bukan mudah untuk mencari cinta tapi amatlah mudah 
untuk meninggalkannya.,
Apalah ada pada kita.,
Apalah ada pada cinta yang sebegini rupa.,
Ada luka, ada merana, ada terseksa.,
Hanya tuhan saja yang tahu yang kita setia padanya.,
Kalau lah orang yang kita sayang dapat lihat hati kita.,
Baru lah dia tahu yang kita ni betul2 sayang padanya.,
Tapi sayangnya orang yang kita sayang tak mencintai kita
 sama seperti kita sayang padanya......
Biar sepahit manapun kenyataan yang kita hadapi.,
 Hidup ini tetap juga harus diteruskan.,
 Hidup ini tidak seindah mainan mimpi.,
 Biar beribu rintangan yang datang tanpa diundang.,
 Harungilah ia dengan tenang & tabah.,
 Itu adalah suratan dalam kehidupan.,
 Jangan diulangi kesilapan yang lalu.,
 Bahagiakanlah dirimu dengan rentak hidup mu.,
 Sebagaimana kamu bahagia selama ini......
Jauhku melangkah.,
 Kaki ku kian longlai.,
Meniti sejenak kabus di bayangan.,
Meneliti sekejap kenangan indah.,
Terpahat sang memori di lubuk hati.,
Menjengah kembali kisah silam.,
Lalu ku pahat dengan bilah perak.,
Ku rantai dengan emas.,
Ku simpan rapi agar ia kekal abadi....
Saat mata ini terpejam menuju mimpi2 di awangan.,
Gambaran wajahmu sering hadir dlm lukisan2 indah.,
Memori2 sedetik itu yang telah terpahat dalam lipatan kenangan 
menjadi suatu kerinduan.,
Andai waktu mampu kuputar kembali dan biarlah saat bersamamu 
menjadi waktu bererti dalam hidupku.,
Namun ianya hanyalah khayalan.. 
Roda2 kehidupan yang telah ditinggalkan suatu destinasi paling jauh untuk dituju.,
Dikala ini aku benar2 merinduimu..
Pada angin2 kesyahduan sampaikan salam kasih sayang buat seorang insan... 
Yang telah mendiami segenap ruang hatiku... 
Sesungguhnya, cinta dan sayangku... 
Kini hanyalah milikmu.

cEmbUrUkU kErAnAmU... sYGkU JuA kErAnAmU... LaLU sALaHkAh AkU mEmBiNa bENtENg2 KeRiKiL d'HaTiMu aGAr x d'CeRoBoHi iNsAn2 LaiN? kErAna AkU AmAt mEnYAyanGi diRIMu


Sunday, 14 October 2012

Alamat Mimpi


Salam dan selamat sejahtera., kali ni saya nak kongsikan artikel berkaitan dengan alamat mimpi., tapi jgn lah sahabat2 semua mempercayai sgt dgn apa yg d'tafsikan di sini., semua yg t'jadi adalah dgn k'hendak & k'tentuan Ilahi., artikal ni just 4 sharing2 utk p'ngetahuan kita bersama je lah., maaf lah kiranya ayat2 yg d'gunakan sukar utk d'fahami., saya t'jumpa dari mana ntah artikel ni., thanks lh kpd p'milik asal., selamat membaca sahabat2 sekalian.., :-)

Air 
Jika anda bermimpi berjalan diatas air alamat anda akan beruntung. Sedang mimpi tenggelam dalam air sungai alamat buruk. Dan bila bermimpi lihat air masuk kedalam rumah alamat anak dan anda akan mengalami sakit. Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamat akan datang kegembiraan. Dan memimpikan air buah menandakan tak lama lagi (dalam hitungan hari) akan menerima kabar gembira dari sanak famili atau teman Anda. Mimpi melihat air banjir, bersirat akan mendapatkan rezeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna aka mendapatkan khabar yang mengejutkan.

Amal 
Jika anda bermimpi sering beramal (melakukan perbuatan baik misalnya menyumbangkan dana dsb), Dalam kenyataan anda tidak perlu lagi beramal. Dan jika anda menerima amalan dari orang lain, alamat harus hati-hati dalam waktu-waktu dikala anda sedang ditimpa susah. Kebalikan dari itu bila anda mimpi menjadi kepala amal dari suatu masyarakat atau orang banyak.

Anak 
Jika anda bermimpi melihat, memelihara, mempunyai mendengar anak, alamat suatu keuntungan akan segera datang kepada anda. Apalagi kalau anda bermimpi mempunyai anak laki-laki. Mimpi melihat anak-anak bermain bermakna akan mendapatkan jodoh.

Anak Yatim Piatu
Jika anda bermimpi memelihara atau memungut anak yatim, alamat rezeki anda akan segera membumbung. Dan bila mengunjungi rumah anak yatim, alamat akan menerima khabar baik dari kalangan keluarga yang dekat. Kalau bermimpi anda sendiri yang menjadi anak yatim bertanda anda hidup penuh kemewahan dan kebahagiaan, sahabat banyak yang menolong dan kasih sayang selalu datang dari mereka.

Anak Kucing
Jika anda bermimpi bersenda gurau atau sedang bermain-main dengan anak kucing, alamat anda tidak usah susah-susah soal kehidupan dan peri laku perekonomian anda, sekali waktu dalam tempoh yang singkat anda segera dapat senang. Mimpi melihat atau mengamat-amati kucing yang sedang tidur, alamat ketenteraman rumah tangga anda akan tercapai. Sedang anda mimpi dicakar kucing alamat anda sedang diganggu dan atau akan diganggu oleh orang yang sesungguhnya lebih bodoh dari anda.

Anjing 
Sedang mendengar atau melihat anjing menggonggong alamat ada seorang kawan, teman, sahabat, kenalan, yang berikhtiar membelokkan anda dalam kejahatan (sesuatu yang berakibat buruk untuk anda). Dan bila anda melihat seekor anjing datang pada anda menggoyangkan ekornya bertanda anda akan dapat menyelesaikan suatu urusan penting dengan segera, dan Jika anda bermimpi merawat seekor anjing  b'erti rezeki anda akan memuncak gemilang.

Api 
Jika anda bermimpi membawa api didalam perahu, bertanda akan mendapatkan keuntungan yang lumayan. Tanah mendadak keluar api bertanda anda akan mengalami gangguan kesihatan. Melihat api dari jauh, alamat akan panjang umur, sedang api itu warnanya hitam, alamat anda akan segera menemukan apa yang anda cari. Bila bermimpi melihat api menyala di dalam rumah bertanda akan mendapat kebaikan dari Yang Maha Kuasa dan bisa juga makna yang terbalik dari itu anda diminta lebih berhati-hati lagi. Mimpi melihat api turun dari langit dan membakar rumahnya sendiri (anda) bertanda akan mendapatkan rezeki atau wang yang banyak. Dan bila mimpi anda sedang memadamkan api bertanda akan dapat menyelesaikan kesukaran yang sekarang dihadapi. Mimpi melihat api di kuburan, bermakna akan berumur panjang.

Asap 
Jika anda bermimpi melihat asap, bertanda akan mendapatkan sakit, sedang asap yang tidak berapi, bertanda akan ada khabar yang bohong yang akan diterima. Melihat asap hitam keluar dari rumah, menandakan akan dapat sakit. Sedangkan melihat asap berkepul-kepul, alamat segala apa yang dicita-citakan tidak akan tercapai.

Apung 
Jika anda bermimpi dalam keadaan terapung (ditengah air) kemungkinan anda dalam berusahan tanpa fundament yang kokoh dikarenakan kurang kuat perhitungannya. Apung (terapung-apung) dalam sungai atau lautan itulah suatu tanda akan gagal dalam usaha. Bermimpi seekor ikan atau terutama ikan duyung sedang terapung-apung dilautan alamat suksesnya dalam perkawinan atau perihal cinta.

Atap Rumah
Jika anda bermimpi duduk atau berdiri disebuah atap rumah alamat segala cita-cita tercapai dan bila anda waktu duduk dengan seorang teman karib bertanda anda dapat keperuntungan yang baik dalam suatu usaha dagang.

Awan 
Jika anda bermimpi melihat awan putih alamat kebahagiaan dalam perkawinan sukses dalam perdagangan dan kesihatan terpelihara dihari tua. Mimpi awan mendung gelap peringatan anda harus berhati-hati, kerana segala barang yang disuka. Mimpi awan terlihatnya merah bertanda suatu desa akan ditimpa celaka dan mungkin kampug anda. Mimpi melihat awan menghitam bermakna akan datang satu kesusahan.

Babi 
Jika anda bermimpi memotong babi, alamat akan beruntung sekali, dan bermimpi melihat bangkai babi bertanda tidak baik sekali.

Badan 
Jika anda bermimpi badan gemuk berarti akan dimuliakan orang dan dijujung tinggi. Dan kalau badan anda kurus tanda sebaliknya. Mimpi badan berdarah bertanda harta akan tahan lama. Dan mimpi badan keluar kutunya, alamat bagi yang susah akan terhibur dan bagi yang sakit akan segera sembuh.

Baju 
Jika anda bermimpi baju anda robek bertanda akan ada berita yang buruk sekali yang akan menyusahkan jiwa anda. Dan jika anda bermimpi ada sesuatu tindakan yang dilihat anda kurang menyenangkan atau akan menghebohkan masyarakat, menandakan tindak tanduk anda dalam bergaul kurang diperhatikan. Misalkan anda bermimpi ketika seseorang yang anda sukai membuka pakaianya (penutup aurat, seperti jilbab). artinya bahawa usaha anda selama ini dalam mencari perhatian orang itu adalah sia-sia belaka. Kesimpulannya orang yang anda sukai itu ingin menjauhi anda.

Baju Kurung
Jika anda bermimpi melihat seorang memakai baju kurung, alamat murah rezeki kerana anda tidak segan-segan mencari kerja.

Bahaya 
Jika anda bermimpi dalam keadaan bahaya, bertanda kehidupan anda yang begitu tenteram segera ada yang merosaknya. Sedangkan menolong orang yang ditimpa bahaya, bertanda anda berlaku baik (adil) sesama kawan.

Bahagia 
Jika anda bermimpi bahagia bertanda kebalikan, hidup yang anda jalankan harus lebih hati-hati lagi (waspada) Lain halnya kalau anda bermimpikan orang yang bahagia, adalah tanda anda disayangi orang dan diberi kesempatan yang lumayan.

Bayang-Bayang 
Jika anda bermimpi melihat bayang-bayang di air atau gelas bertanda anda akan mendapat suatu pekerjaan yang lebih baik lagi.

Bayar
Jika anda bermimpi membayar hutang, berartikan baik sekali tentunya dalam bidang pekerjaan anda. Anda dipercaya oleh majikan yang memberikan kuasa.

Bayi 
Jika anda bermimpi menggendong bayi bertanda akan mendapatkan rezeki yang baik. Bila anda melihat bayi lahir anda akan aktif dalam suatu pekerjaan yang tidak disangka-sangka dan tidak ada hubungannya dengan pekerjaan anda yang lampu. Dan jika mimpi melihat bayi dalam kandungan ibu, bertanda orang yang menghalang-halangi usaha anda akan pergi dari anda.

Bank 
Jika anda bermimpi sedang berada didalam bank akan mendapat dan menghadapi kesukaran.

Benang 
Jika anda bermimpi memasukan benang dalam jarum, bertanda jika ada kesukaran datang akan meringankan. Sedang mimpi memilih benang, bertanda bahagia akan datang segera.

Berkelahi 
Jika anda bermimpi melihat orang berkelahi dijalan bertanda situasi pedagangan anda akan maju. Sedang yang berkelahi itu anak-anak semua, alamat pertikaian dalam rumah (akan) timbul. Dan kalau yang berkelahi itu binatang-binatang, bertanda dari pihak keluarga isteri anda kurang senang dengan anda.

Buang air kecil/Kencing
Jika anda bermimpi buang air kecil (kencing) bertanda akan ada yang menimpa rumah iaitu pencuri akan datang. Waspadalah.

Buang air besar/Berak
Jika anda bermimpi buang air besar bertanda ada kemungkinan besar anda akan kehilangan sesuatu. Harus lebih berhati-hati.

Bukit 
Jika anda bermimpi menaiki bukit dengan susah payah dan akhirnya sampai juga diatas, bertanda yang anda harapkan akan berhasil (dalam mencari pekerjaan baik). Dan kalau menuruni bukit bertanda kebalikannya.

Buka 
Jika anda bermimpi membuka almari atau peti, bertanda anda harus berhati-hati, kerana rahsia yang tersimpan akan segera diketahui orang dengan kelalaian anda sendiri (jangan teledor, sembarangan).

Bunuh 
Jika anda bermimpi membunuh orang, bertanda akan keberuntungan besar, sedang anda dibunuh orang, bertanda kurang baik anda akan menjadi sakit-sakitan.

Bunga 
Jika anda bermimpi melihat atau memegang bunga bertanda anda akan menemui keberuntungan dalam cinta (tidak sedih hati). Mimpi memetik bunga, bermakna anda akan mendapat ketenteraman kerana disukai oleh banyak orang.

Burung 
Jika anda bermimpi melihat burung terbang, bertanda kesihatan anda terpelihara rezeki murah dan perkawinan bahagia. Dan mimpi burung terbang menuju anda, bertanda akan datang karunia pada anda dalam ketenangan dan damai.

Buta
Jika anda bermimpi sebagai orang buta, bertanda anda harus hati-hati dalam pekerjaan yang anda kerjakan sekarang kerana ada hal-hal yang kurang memberikan kepercayaan bagi anda. Dan kalau anda hanya melihat orang buta, bertanda ada seorang sahabat yang segera datang membutuhkan pertolongan pada anda.

Cermin 
Jika anda bermimpi mendapat cermin, bertanda akan mendapat jodoh yang mulia. Mimpi melihat cermin pecah, bermakna akan ada musibah yang membayangi anda. Mimpi sedang bercermin, bertanda akan datang halangan/rintangan maka waspadalah.

Cukur
Jika anda bermimpi pergi cukur, bertanda ada keluarga yang sakit atau anda sendiri mendapat halangan.

Ekor 
Jika anda bermimpi seekor binatang memburu anda, bertanda kurang baik, dan perasaan anda akan ada orang yang mau menyusahkan. dan bila mimpi melihat seekor binatang sedang mengibas-ngibaskan ekornya dihadapan anda, bertanda ada sesuatu atau seseorang yang datang pada anda untuk meminta bantuan atau pertolongan.

Gajah 
Jika anda bermimpi melihat gajah, bertanda alamat akan memuji kepada orang besar. Mimpi melihat gajah keluar dari rumahnya, suatu alamat akan ada tamu terhormat datang padamu. Sedang melihat gajah masuk kedalam rumah, alamat akan dapat kedudukan atau pangkat.

Gigi 
Jika anda bermimpi sakit gigi dan menangis, tanda akan menerima halangan. Anda mimpi merasa giginya terlepas, bertanda akan ada yang meninggal dunia dalam kalangan keluarga atau dirumahnya sendiri. Jika mimpi yang terlepas gigi atas ada orang tua yang meninggal. Jika mimpi yang terlepas gigi bawah ada saudara yang meninggal.

Gunung 
Jika anda bermimpi mendaki gunung dan tidak pernah jatuh, suatu tanda yang anda akan dapat maju dalam pekerjaan, dan lebih-lebih lagi kalau gunung itu gunung berapi kedudukan anda akan lebih terhormat lagi. Mimpi melihat gunung meletus, bermakna akan mendapatkan kemalangan..

Hantu 
Jika anda bermimpi berbicara dengan hantu, bertanda kewangan anda akan meningkat, sedang melihat hantu, alamat akan sukses dalam usaha. Dikejar hantu, alamat timbul kesalahan anda. Mimpi melihat hantu tersenyum bersirat akan berumur panjang.

Harimau 
Jika anda bermimpi melihat harimau bertanda peringatan untuk anda agar jangan sangsi dan bimbang, ada kemajuan selama anda dalam mengajukan lamaran kerja. Tapi bila mimpi diburu harimau, bertanda ada orang yang berniat jahat kepada anda.

Hujan 
Jika anda bermimpi diserang hujan dan angin keras ditengah jalan, suatu tanda anda akan menikmati hidangan enak. Bermimpi melihat hujan lebat dan deras, bertanda akan kurang enak badan, dan mimpi melihat hujan yang lama berhenti, akan menandakan anda akan sakit keras, dan bila hanya hujan embun yang dilihat dalam mimpi, bertafsir akan ada seteru (orang yang bertentangan) datang dan anda harus berhati-hati terhadap kemungkinan yang akan terjadi, tapi ia mengalami kematian. Jikalau mimpi melihat hujan dari jauh bertafsirkan akan mendapat susah, dengan tempo lama baru dirasai. Dan bila melihat hujan buah-buahan akan jadi lurah (pemimpin) orang jahat. Mimpi melihat hujan rintik-rintik bermakna akan mendapat kebahagiaan karena keinginannya tercapai. Mimpi melihat hujan emas bermakna akan mendapat simpati.

Hutang 
Jika anda bermimpi membayar hutang, bermakna kepada anda akan datang pengakuan yang membahagiakan hati.

Ikan 
Jika anda bermimpi memandang (melihat) sumur ada ikannya, bertafsirkan akan mendapatkan alamat baik. Melihat ikan sedang berenang berlambang akan mendapat rezeki. Mimpi melihat ikan dapat terbang, bermaksud pekerjaan agak mundur. Bermimpi memancing ikan, bermakna baik dan ada riziki. Dan dalam mimpi melihat ikan kering hidup kembali, bertafsir pekerjaan yang tadinya kurang menghasilkan akan maju kelak. Mimpi mendapatkan ikan mas hitam bermakna akan mendapat rezeki dalam waktu dekat dan jika mas merah anda akan mendapat kesialan, diantaranya mendapat kemarahan dari atasan.

Jahat 
Jika anda bermimpi bertemu dengan orang jahat, bermakna anda akan lolos dari dengki orang.

Jalan 
Jika anda bermimpi melakukan perjalanan yang amat jauh sekali bertanda akan panjang umur. Sedangkan perjalanan lewat jambatan batu, bermakna akan selamat. Berjalan diatas jalan yang berduri, bertanda apa yang dikehendaki walaupun berikhtiar tentu akan gagal. Dan bila mimpi mengepang jalan akan dapat kerugian besar.

Jatuh 
Jika anda bermimpi jatuh dalam kolam atau dari atas tempat tidur, bertafsir suatu peringatan dan anda harus berhati-hati benar dalam pekerjaan. Sedangkan jatuh dari bukit atau tanah tinggi bertanda (yang belum punya isteri) akan beristeri. Mimpi jatuh dari jendela bertanda anda akan terganggu kesehatannya. Mimpi jatuh dari kapal bermakna akan mendapat kekecewaan.

Jendela 
Jika anda bermimpi melihat sesuatu dari jendela, bermakna dimana rezeki anda selalu datang. Mimpi membuka jendela, bersirat baik sekali, sedang mimpi kaca jendela pecah bertanda ada kesukaran dalam dagang dan cinta.

Kenderaan 
Jika anda bermimpi melihat kenderaan ditarik oleh empat kuda, bermakna akan memperoleh kemajuan dari pekerjaan yang tadinya sangat mundur. Mimpi ada kenderaan melalui jambatan bersirat kurang baik dalam percintaan. Mimpi naik kenderaan umum, bermakna kepada anda akan datang khabar gembira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...