Perempuan inginkan perhatian dan
kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat
keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa
terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan
cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan
kepada orang yang disayanginya, segala
pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
Gunakan sepenuhnya teknologi yang
ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk
bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan
bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia
merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dengan
mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang
mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
Jangan kamu ambil remeh-temeh
pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap
tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise'
sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu
betul-betul menyayanginya.
Perempuan terkenal dengan sifat
manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi.
Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan
menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu
menonjolkan ke'macho'an kamu!.
Pujuklah mereka dan tenangkan
mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan
kamu disisi mereka.
Jangan kedekut memberi pujian
kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu
boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
Jangan kamu menggunakan kuasa
veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya.
Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang
mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita
orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu
untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego
yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau
tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan
timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas
hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama
meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan
untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab
mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan
komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'.
Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif
contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!