Iklaneka

Monday, 22 February 2016

Koleksi Mutiara Kata 3

“ Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya) dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku dan tidak menaruh belas kasihan terhadapku, nescaya aku akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi – Hud : 47."
“ Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam atau terguris dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."
“ Setiap hari berusahalah untuk membina imej diri yang harmoni dan meyakinkan. Rasakan diri kita sebagai insan yang baru, penuh dengan perasaan kasih dan hormat terhadap diri kita sendiri. Fikirkan segala kejayaan dan kebaikan yang telah kita lakukan selama ini. "
“ Kesempurnaan adalah sesuatu yang perlu dicapai dan dikejar, namun begitu dalam mengejar kejayaan dan kesempurnaan, sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai dugaan, kesilapan dan kegagalan. Jadi tidaklah perlu kita memarahi, menyesali, meratapi akan kesilapan dan kegagalan secara keterlaluan."
“ Penghormatan diri yang sihat bererti menghargai nilai diri sendiri sebagai seorang insan yang unik dengan memiliki segala keistimewaan, bakat dan kebolehan."
“ Perasaan sakit hati, benci dan dendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit, baik dari segi mental, emosi, mahupun fizikal. Ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkannya hanyalah melalui kemaafan."
“ Sesiapa yang boleh menumpaskan ‘sesaat’ rasa marah bererti ia boleh mengelakan kemurungan sepanjang hari.”
“ Kita dijadikan unik dan dilengkapkan dengan segala keupayaan untuk mencipta kejayaan. Kita mempunyai kebebasan memilih dan mengubah apa jua sikap negatif yang berada dalam diri kita. Apabila kita mampu mengubah sikap kita, maka dunia juga akan turut berubah."
“ Apabila menghadapi masalah, anggaplah diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu dan bukan sebaliknya."
“ Orang yang gagal tidak menyedari apa yang terjadi disekelilingnya, tidak menyedari keperluan orang lain dan tidak menyedari akan penglibatan dirinya dalam kehidupan seharian dan masyarakat sekeliling. ”
“ Jangan sekali-kali bertindak secara emosional kepada kritikan sehingga menjejaskan penilaian sebenar. Analisa diri sendiri bagi memastikan sama ada ia betul atau tidak. Jika kritikan itu tepat, perbaikilah diri sendiri. Jika tidak, usah hiraukan cuma beri perhatian. "


Tuesday, 19 January 2016

Koleksi Mutiara Kata 2

“ Wahai Tuhan kami, janganlah kami dihukum jika kami lupa atau tersalah. Janganlah Engkau pikulkan atas kami beban yang berat, sebagaimana Engkau telah pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang tidak dapat kami pikul – Al-Baqarah : 286. ”
“ Dan kebaikan-kebaikan apa saja yang mereka kerjakan, tidak akan diingkari Allah ganjarannya. Dan Allah itu mengetahui orang-orang yang memelihara dirinya (daripada kejahatan) – Al-Imran : 115.”
“ The secret of success in life is known only to those who have not succeeded. (Rahsia untuk kejayaan dalam kehidupan dikenali hanya kepada mereka yang belum mencapai kejayaan) – Chuton Collins.
“ Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita “.
“ Orang-orang yang tidak kenal akan dirinya, dia tidak kenal Tuhannya dan tidak ada iman dalam dirinya. Orang yang demikian hidupnya sering gagal dan kehidupannya seperti burung di dalam sangkar. “
“ Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki. “
“ Jujurlah pada diri sendiri apabila merancang matlamat. Tiada gunanya mempunyai matlamat terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya, bak kata pepatah ‘Nafsu Besar Tenaga Kurang’ atau ‘Suara Naga Berjalan Semut’. Ukurlah kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha lah sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut.”
“ Matlamat adalah peta kehidupan. Matlamat tanpa diiringi dengan tindakan tidak akan menghasilkan suatu apa pun.”
“ Sikap dan Tabiat adalah satu perkara kecil yang boleh memberikan perbezaan besar dalam hidup. Kita boleh mengubah hidup dengan cara mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan kita – perubahan sikap,”
“ I think success has no rules, but you can learn a great deal from failure (Saya rasa kejayaan tiada peraturan tetapi anda boleh belajar banyak perkara daripada kegagalan)  – Jean Kerr.
“ Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki dan membangunkan dirinya, samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.”
“ Tabiat dan Sikap bukan lah seperti ukiran pada batu yang kekal. Diri kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengikis tabiat dan sikap negatif yang tidak membina. Tidak seorang pun yang boleh membantah pilihan kita kecuali diri kita sendiri. ”
“ Apa yang terjadi dalam hidup kita tidaklah begitu penting dan besar, tetapi yang lebih penting bagaimanakah kita menganggapnya, menerimanya dan memandangnya. ”
“ Kawalan diri mempunyai ciri-ciri kebebasan bagi seseorang untuk memilih di antara pelbagai pilihan untuk membentuk haluan hidup sendiri. ”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...