Iklaneka

Sunday, 29 April 2012

5 Tips Kesihatan Yang Boleh Kita Jadikan Amalan Harian


Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Monday, 23 April 2012

Peringkat-Peringkat Dosa


Selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita perlu ingat-memperingati sesama insan.......
"Dosa akan datang dalam 4 peringkat.."

Dosa Peringkat Pertama..
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya.... Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu
berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua...
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.... Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak.. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee.. setakat sebotol tak mabuk lagi." Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.. 

Dosa Peringkat Keempat..
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..

Pada peringkat ini akan terdengar suara suara, orang mula mempertikaikan hukum Al-Quran dengan mengatakan ianya tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang kerana Al-Quran turun 1400+ tahun dahulu, dan ianya perlu dikaji atau ditafsir semula...

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..  Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap."  Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya akubertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut."  Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Wallahualam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...