Iklaneka

Wednesday, 24 July 2013

Akhirat Jua Yang Abadi

Salam & slmt sejahtera semua., first skali sy nk ucap slmt b'puase lh wt semua muslimin & muslimat., dh lame rsenya x update blog ni., sempena d'bulan yg mulia ni sama2 lh kita tingkatkn amalan masing2., zakat fitrah jgn d'lupe plak ye.., hu3., d'bawah ni sy ad artikel yg nk d'kongsikn dgn sahabat2 semua., semoga ianya b'manfaat utk kita semua., thanks coz sudi bace ye.., Selamat berpuasa.., ;-)

Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka. Di dunia, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang.

Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu. Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan. Dunia adalah tempat kita ditipu dan menipu.

Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa'. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak erti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TNB memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.

Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.

Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian:

Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.

Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan.

Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.

Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat. Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam; berpindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi. Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita. Wallahu 'Alam.

Friday, 28 June 2013

Koleksi Ayat-Ayat Islamic & Cinta

Bila kau letih dan hilang semangat.,
Allah tahu betapa kau telah mencuba.,
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.,
Allah telah mengira titisan air matamu.,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu.,
Allah setia disisimu.,
Bila kau telah mencuba tapi tak tahu tujuan.,
Carilah Allah kerana Dia ada jalan penyelesaian.,
Bila sesuatu yang tak b'erti berlaku kepadamu, keliru dan kecewa., 
Ketahuilah bahawa Allah ada jawapannya.,
Carilah Dia & sujudlah kepadaNya....
Kahwin dengan orang yang kita cintai., Itu ialah impian....
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka., Itu ialah jodoh....
Menikahi orang yang kita cintai., Itu ialah kemungkinan....
Mencintai orang yang kita nikahi., Itu satu kewajipan....
Segalanya adalah kuasa ALLAH...
Takdir yang menentukannya.....
Bulan berbicara pada bintang., 
Tetaplah berkilau walau aku terlindung dek awan.,
Jika malam ini hujan menitis., 
Itu kerana aku menangis merinduimu., 
Mungkin kalau datangnya guruh dan petir., 
Itu kerana aku merintih takut kehilanganmu.,
Biar malam ini panjang agar kamu hadir dalam mimpiku.,
Biar kamu jauh asalkan kamu tetap dalam doaku....
Saya diam bukan bermakna saya tak boleh lawan cakap awak., 
Saya senyum bukan bermakna saya rela dimarah, d'caci oleh awak.,
Saya tunduk bukan bermakna saya kalah.,
Tapi diam sebab tak nak sakiti hati awak macam awak buat pada saya.,
Saya senyum sebab teringat pesan mak ayah supaya jangan tinggikan
 suara pada insan lain.,
Hakikatnya saya juga macam awak., 
Punyai hati & perasaan....
Jangan bercinta kalau tak mampu nak setia.,
Jangan ucapkan sayang kalau ada niat nak curang.,
Tak usah bicara rindu kalau selalu cemburu.,
Sebab kasih sayang berasaskan keikhlasan bukan keterpaksaan.,
Biar berjauhan asal jangan berubah.,
Biar tak jumpa asal hati tak lupa.,
Cubalah untuk setia walau jauh d'mata....
Bila kita cinta, kita akan sakit.,
Bila kita sakit, kita akan benci.,
Bila kita benci, kita akan cuba melupakan.,
Bila kita nak lupa, kita mula merindui.,
Bila kita rindu, kita berharap cinta itu datang.,
Tapi rasa itu mungkin dah tak sama macam dulu....
Kita berjumpa hanya satu kebetulan.,
Berjumpa bukan untuk kebaikan.,
Tapi penuh dengan kenakalan.,
Kebetulan yang akhirnya berkekalan.,
Berbagai kenangan telah d'lukiskan.,
Diwarnai dengan gurauan dan usikan.,
Dihiasi dengan gelak tawa dan juga senyuman.,
Kebetulan yang membawa kerinduan d'saat berjauhan.,
Namun tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berteman.,
Kecuali ajal dan juga kematian.,
Terima kasih untuk kebetulan ini kerana ia mengajar kita erti 
sebuah perhubungan yang amat bernilai....
Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu
 sebelum dia pergi dari hidupmu.,
Hari ini mungkin dia masih mencintaimu.,
Tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu.,
Dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia 
ketika dia telah pergi.,
Jadi...
jangan pernah sia2 kan cinta yang sekarang ini masih mengisi hatimu....
Tekadang kita tak dapat apa yang kita impikan.,
Lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa.,
Sedangkan kita tak sedar apa yang diperolehi adalah lebih baik 
dari apa yang kita harapkan.,
Benar bahawa kita tak tahu apa yang kita miliki 
sampai kita kehilangannya.,
Benar juga bahawa kita tak tahu apa yang belum kita miliki
 sehingga kita mendapatkannya.,
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah.?
Benarkah setiap p'cinta akan terus mengingati kekasihnya
 walaupun kekasihnya itu tak ada untuk menemaninya setiap waktu.,
Benarlah kata orang cinta itu buta.,
Cinta itu tak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta walaupun jalan itu amat sukar dan berliku.,
Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk terangi segalanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...