Iklaneka

Tuesday 19 January 2016

Koleksi Mutiara Kata 2

“ Wahai Tuhan kami, janganlah kami dihukum jika kami lupa atau tersalah. Janganlah Engkau pikulkan atas kami beban yang berat, sebagaimana Engkau telah pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang tidak dapat kami pikul – Al-Baqarah : 286. ”
“ Dan kebaikan-kebaikan apa saja yang mereka kerjakan, tidak akan diingkari Allah ganjarannya. Dan Allah itu mengetahui orang-orang yang memelihara dirinya (daripada kejahatan) – Al-Imran : 115.”
“ The secret of success in life is known only to those who have not succeeded. (Rahsia untuk kejayaan dalam kehidupan dikenali hanya kepada mereka yang belum mencapai kejayaan) – Chuton Collins.
“ Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita “.
“ Orang-orang yang tidak kenal akan dirinya, dia tidak kenal Tuhannya dan tidak ada iman dalam dirinya. Orang yang demikian hidupnya sering gagal dan kehidupannya seperti burung di dalam sangkar. “
“ Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki. “
“ Jujurlah pada diri sendiri apabila merancang matlamat. Tiada gunanya mempunyai matlamat terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya, bak kata pepatah ‘Nafsu Besar Tenaga Kurang’ atau ‘Suara Naga Berjalan Semut’. Ukurlah kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha lah sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut.”
“ Matlamat adalah peta kehidupan. Matlamat tanpa diiringi dengan tindakan tidak akan menghasilkan suatu apa pun.”
“ Sikap dan Tabiat adalah satu perkara kecil yang boleh memberikan perbezaan besar dalam hidup. Kita boleh mengubah hidup dengan cara mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan kita – perubahan sikap,”
“ I think success has no rules, but you can learn a great deal from failure (Saya rasa kejayaan tiada peraturan tetapi anda boleh belajar banyak perkara daripada kegagalan)  – Jean Kerr.
“ Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki dan membangunkan dirinya, samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.”
“ Tabiat dan Sikap bukan lah seperti ukiran pada batu yang kekal. Diri kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengikis tabiat dan sikap negatif yang tidak membina. Tidak seorang pun yang boleh membantah pilihan kita kecuali diri kita sendiri. ”
“ Apa yang terjadi dalam hidup kita tidaklah begitu penting dan besar, tetapi yang lebih penting bagaimanakah kita menganggapnya, menerimanya dan memandangnya. ”
“ Kawalan diri mempunyai ciri-ciri kebebasan bagi seseorang untuk memilih di antara pelbagai pilihan untuk membentuk haluan hidup sendiri. ”

Saturday 9 January 2016

Koleksi Mutiara Kata



“ Orang yang berjaya adalah orang yang menjadikan sesuatu atau menyebabkan sesuatu terjadi kepada diri mereka manakala orang yang gagal akan membiarkan sahaja sesuatu terjadi kepada diri mereka. ”
“ Kawalan diri secara positif akan menjadikan kita sentiasa sensitif terhadap kekuatan dan kelemahan diri kita. Sekiranya kita ingin menjadikan kehidupan ini lebih sempurna dari hari ke hari, pastikan kita sentiasa mampu mengawal diri secara positif dan memulakan pelan tindakan kita hari ini. ”
Ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat bencana dalam negeri dan memutuskan ikatan tali kekeluargaan. Itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan pendengarannya dan dibutakan penglihatannya. – Muhammad : 22 dan 23 ”
“ Minda yang telah dibangunkan sepenuhnya, keinginan untuk terus belajar dan kebolehan untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari sebaik-baiknya merupakan anak kunci terbaru menuju masa depan. ”
“ Ganjaran dalam hidup seseorang akan mengimbangi segala khidmat bakti dan sumbangannya terhadap kecemerlangan dirinya, masyarakat dan negara. “
“ Imej diri yang meyakinkan adalah gabungan diantara rasa hormat dan iktiraf diri, mesej yang disampaikan kepada diri, disiplin diri dan kawalan diri (self-control).” 
“ Sikap (attitude) seseorang itu lebih penting daripada bakat yang terserlah atau ijazah tertinggi. Jika seseorang itu tidak mempunyai sikap yang betul, bakat dan ijazah itu tidak akan membawa seseorang itu ke tahap yang lebih tinggi sebagaimana yang diharapkan. “
“ Sekiranya kita tidak menghormati diri sendiri, jangan harap orang lain akan menghormati diri kita. Oleh itu kita hendaklah membina “self-esteem” yang tinggi supaya kita tidak mudah rasa tersinggung, terancam dan berasa rendah diri. ”
“ Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam rupa (daya) yang amat baik – At-Tin : 4
“ Kunci penghidupan yang lebih baik terletak pada imej diri seseorang. Maka untuk itu, kita haruslah berusaha membina imej diri yang sihat dan meyakinkan.”
“Hidup ini merupakan siri Do - it - to - yourself - programme, iaitu kita sendiri yang melakukan ke atas diri kita sendiri kerana kitalah nakhodanya. “
“ Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih, maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.” 
“ Berhati-hatilah memilih matlamat dan ‘mengisi minda’ kerana anda akan menjadi seperti apa yang anda fikirkan.”
“ Pemikiran atau gambaran mental adalah pusat janakuasa yang mengawal kehidupan dan menentukan masa depan kita.”
“ Jika kita fikirkan ‘Boleh’ maka kita meyakini yang kita boleh melaksanakannya tetapi jika kita fikir sebaliknya maka kita juga betul, tidak salah kerana kita sendiri yang menentukan dan memilih segala-galanya.”
“ Mengapa Allah akan menyeksa (jadi susah) kamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah itu pembalas jasa dan Maha Mengetahui – An-Nisa : 147




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...