Iklaneka

Saturday 22 December 2012

Rahsia Mata Wanita

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....

Saiz mata kecil 
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Sunday 9 December 2012

Permata Yang Hilang


Permata adalah sesuatu yang amat bernilai. Permata adalah hasil tekanan yang tinggi dikenakan pada karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya menghasilkan permata yang berkilau dan cantik.

Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita pasti mengidamkan dirinya dihiasi oleh permata yang berkilauan. Seorang lelaki pasti bercita-cita menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang dikasihinya. 

Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang telah diberikan Allah kepada manusia. Nikmat yang mana ia mampu mengeratkan kasih sayang sesama manusia malahan ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan pergaduhan sesama manusia.

Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang nilaiannya seperti permata. Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan individu yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan sehingga hatinya berkilau umpama permata yang bergemerlapan.

Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri manusia. Ia bukan sahaja membahagiakan si pemiliknya, malahan orang lain juga akan kagum kepadannya.

Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang memiliki ketenangan yang tiada tolok bandingnya. Ketenangan dan ketulusan hatinya telah terbukti sepanjang hidupnya dengan Baginda junjungan saw. Beliau masih mampu bertenang di saat wafatnya Baginda saw malah berupaya untuk menenangkan orang lain agar menerima hakikat sesungguhnya Baginda saw telah pergi menemui Allah swt.

Hari ini ramai manusia telah kehilangan permata didalam dirinya. Manusia akhir zaman ini sudah kehilangan apa yang dinamakan ketenangan hati. Ketenangan hati ini adalah antara nikmat Allah swt yang diberikan kepada hambaNya yang soleh.

Seorang yang sakit perut, nikmatnya adalah selepas proses penyahtinjaan.

Seorang yang sakit gigi, nikmatnya adalah selepas gigi yang rosak itu dicabut atau ditampal.

Seorang yang sakit jiwanya, nikmatnya adalah selepas dicampakkan ketenangan didalam hatinya semula.

Ramai manusia bergelar bilionaire. Bergelar jutawan. Bergelar pemimpin agung. Bergelar intelektual. Bergelar cendekiawan. Bergelar negarawan dan pelbagai lagi gelaran-gelaran duniawi. Tetapi berapa ramai yang mempunyai gelaran-gelaran ini mempunyai ketenangan hati?

Leslie Cheung, seorang artis yang sudah terkenal, mati bunuh diri. Bob Marley, juga mengakhiri hidup yang penuh populariti dengan kematian yang tragis. Mariah Carey, dilaporkan sudah beberapa kali mengunjungi klinik psikiatri. Maradona, hancur karier bolasepaknya kerana dadah. Hitler, juga mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri. Ini adalah sebahagian contoh kehidupan yang ramai diantara manusia kejar dan impikan. Populariti, kekayaan dan kuasa.

Cat Stevens atau Yusuf Islam, sebelum menerima hidayah dari Allah yang mana beliau menemui ketenangan, juga hidup dalam keadaan yang tertekan dengan ketagihan alkohol. Namun, dengan jiwa barunya, dihiasi dengan ketenangan iman, beliau telah memulakan hidup baru sebagai seorang pendakwah.

Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah memiliki permata itu? Sudahkah kita menjadi insan yang masih mampu tersenyum tatkala 1001 kesusahan melanda kehidupan diri kita? 

Atau adakah kita ini masih tergolong didalam golongan yang dikurniakan populariti, kedudukan dan harta, tetapi masih berterusan hidup dalam tekanan?

Kita barangkali pernah melihat seseorang yang berkuasa dan kaya raya, mempunyai mahligai yang besar, tetapi sering menghabiskan masa malam mereka di kelab-kelab malam, memabukkan diri demi untuk mencari satu benda yang dinamakan ketenangan diri.

Kita juga barangkali pernah mendengar kisah seorang bijaksana, tetapi berdampingan dengan dadah juga demi untuk mencari ketenangan yang hilang kerana tekanan pembelajaran.

Dan yang paling selalu didengar adalah dialog-dialog,

"Aku hisap rokok ni bukan ape, tension! Bila aku hisap sebatang dua, hilang sekejap tension aku."

"Aku dengar muzik-muzik ni semua sebab nak release tension. Aku rasa terhibur so, aku boleh lupakan masalah aku."

Allah berfirman,

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Apakah yang dikatakan zikruLlah (mengingati Allah) itu? Tuan Guru Nik Ab Aziz mengatakan zikir terbaik itu adalah al-Quran. Maka berdampinglah dengan al-Quran kerana ia sudah pasti akan memberikan ketenangan jiwa. 

Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi al-Quran yang diamalkan isinya, ia akan membawa ketenangan ke seluruh alam. Tetapi umat Islam sendiri hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan umat Islam seluruhnya telah kehilangan ketenangan dalam hidup seharian.

Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah. Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai, langit yang biru, burung-burung berterbangan dan sebagainya yang mana itu semua menunjukkan kehebatan Allah swt.

Kaedah ini juga diguna pakai oleh ahli psikologi bagi memudahkan seseorang tidur. Dengan memberikan panduan agar mereka yang menderita imsonia itu melelapkan mata sambil membayangkan taman yang indah, ada rama-rama yang berterbangan, bunga-bunga yang menyegarkan kerana perkara-perkara yang menunjukkan kebesaran Allah itu semuanya menjurus kepada ketenangan hati.

Allah berfirman, "Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati 
(dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu. (al-Fajr, 27-30)

Manusia yang mempunyai jiwa yang tenang maka syurga adalah tempat mereka. Dan pra-syarat mereka yang ingin mempunyai jiwa yang tenang ini adalah iman serta amal soleh mereka. 

Ketenangan hati inilah yang sudah tiada dalam kebanyakan manusia. Kita sering menyangka kekayaan, kuasa dan populariti itu lah yang bakal membahagiakan hidup kita didunia. Tetapi, jangankan akhirat, sejak didunia lagi, kekayaan, kuasa, dan populariti itulah yang telah menghilangkan rasa bahagia kita sekiranya ia tidak didasari dengan dasar iman dan taqwa.

Maka ingatlah, seseorang yang telah dikurniakan hati yang tenang pasti menerima segala takdir baik dan buruk yang ditimpakan keatasnya, kerana mereka yakin dan percaya akan firman Allah,

"Oleh itu, maka sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahan dan sesungguhnya setiap kemudahan itu ada kesusahan." (al-Insyirah: 5-6)



Monday 3 December 2012

Rahsia Bulan Lahir


Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengikut bulan kelahiran mereka. 

JANUARI 
Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja.

FEBRUARI 
Boleh dipercayai, pandai membuat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tapi suka bermain cinta.

MAC 
Ringan tulang, mudah membantu,tiada bakat dalam perniagaan kecuali diberi bimbingan. Mudah tergoda dengan lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka bersendirian.

APRIL 
Tabiatnya lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut.

MEI 
Suka merendah diri, penyabar, suka meminta bantuan orang lain, tiada bakat dalam perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

JUN 
Banyak ilmu pengetahuannya, ringan tulang, hidupnya dalam kemewahan, perkahwinannya tidak kekal, pernikahan lebih sekali.

JULAI 
Banyak pancaroba hidup dan godaan, banyak memperoleh rezeki.

OGOS 
Bernikah lebih sekali, berbakti kepada suami, rezekinya kepada suami, rajin berusaha.

SEPTEMBER 
Murah hati, tabah dalam dugaan, mempunyai anak yang ramai.

OKTOBER 
Murah rezeki, keras hati, mudah simpati.

NOVEMBER 
Rajin, pandai berbicara,mudah menyeleweng, tidak memanfaatkan harta pusaka.

DISEMBER 
Rajin berusaha, lekas naik darah, keras hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki.


Saturday 1 December 2012

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu

(Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah) 

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri. 

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya. 

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..." 

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. 

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. 

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan. Apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...