Iklaneka

Wednesday 30 May 2012

Kelebihan Berpuasa Di Bulan Rejab


PUASA adalah amalan yang dituntut sepanjang Rejab. Sesiapa yang berpuasa sepanjang bulan atau beberapa hari dalam Rejab, nescaya akan memperoleh ganjaran berlipat ganda daripada Allah.

Kelebihan ini adalah satu hakikat dan perlu diyakini umat Islam yang mengaku beriman kepada-Nya.

Sesungguhnya, balasan nikmat dan ganjaran itu adalah bukti sayang serta kasih Allah kepada hamba yang benar-benar beriman kepada-Nya.

Ganjaran yang dikurniakan bukan sekadar limpahan rezeki ketika hidup di dunia, malah dijanjikan balasan syurga oleh Allah di akhirat kelak.

Banyak hadis menceritakan kelebihan berpuasa pada bulan ini antaranya:

  • Berpuasa sehari dalam Rejab diberi ganjaran syurga Firdaus (peringkat syura tertinggi).
  • Puasa tiga hari menjadi benteng daripada seksaan api neraka.
  • Puasa empat hari disembuhkan daripada bala dan penyakit.
  • Puasa lima hari dibebaskan daripada azab kubur.
  • Puasa enam hari bangkit dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa tujuh hari ditutup tujuh pintu neraka.
  • Puasa lapan hari dibukakan lapan pintu syurga.
  • Puasa sembilan hari bila keluar dari kuburnya lalu menyebut ‘Lailahaillallah’
  • Puasa 10 hari dijadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirat setiap satu batu jaraknya.
  • Puasa 16 hari nescaya memperoleh nikmat melihat Allah dan orang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga.
  • Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari diampunkan segala dosanya yang lalu.

Selain hadis, kelebihan berpuasa pada bulan ini diakui kalangan sahabat. Umpamanya, Saidina Ali, menantu dan sepupu Rasulullah saw pernah berkata : “Puasa 13 hari Rejab seperti berpuasa 3,000 tahun. dan berpuasa 14 hari Rejab seperti berpuasa sepuluh ribu tahun.” Manakala berpuasa 15 hari Rejab seperti berpuasa seratus ribu tahun. Bayangkan betapa banyak ganjaran dan kelebihan yang diperoleh sesiapa yang berpuasa di bulan ini.

Usia umat mutakhir ini agak terhad, namun kelebihan yang diperoleh daripada puasa Rejab seumpama mereka hidup ribuan tahun. Inilah antara kelebihan umat akhir zaman berbanding umat terdulu.

Sesungguhnya amat rugi bagi sesiapa yang mengetahui kelebihannya tetapi tidak pernah mengambil iktibar (pengajaran) apatah lagi beramal dan beriman dengan saranan Tuhan serta Rasul-Nya.

Bagi sesiapa yang tidak mampu berpuasa disebabkan takut mendatangkan kemudaratan pada diri dan kesihatan, disarankan banyak melakukan amalan bersedekah.

Amalan itu diumpamakan sebagai gantian ibadah puasa yang tidak dapat dilakukan sepanjang Rejab.

Hal ini bertepatan dengan hadis Rasulullah saw yang bermaksud :“Orang yang lemah daripada berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.” 

Koleksi-Koleksi Cerita Lawak Last Part

Jom relaks2 jap..., hu3.., ini merupakan siri terakhir koleksi cerita-cerita lawak.., kpd smua thanks 4 the read.., thanks gak kpd pereka asal koleksi lawak2 ni., sy just 4 sharing2 je.., jgn mrh ye.., smoga ianye bisa menjadi hiburan utk kite smua.., ;-)

SURAT PUTUS CINTA
Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya...

Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat... surat tu macam ni bunyinya... .hehehehe

Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, I have see you and she together at town with my eyes self. you always request apology back back. I don't trust you again!!!My Friend speak you play three wood. Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here.But i always love where also i live... .Safe live... ...

JANDA YANG DAHAGA
Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)

KURA-KURA TIGA BERSAHABAT
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.

Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm... .. salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang." 
Kekura III: "Betul Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik.Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? kan?!!!" 

PENJUAL TELUR BUAT PENING
Pada suatu hari di Pekan Rabu, seorang pembeli ingin membeli telur.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan." 
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik ni jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang."

JURUJUAL YANG MALANG 
Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu. "Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya," kata jurujual dengan penuh yakin. "Kalau begitu," kata wanita tersebut, "Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik."


TIGA ORANG GILA
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut. Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil. Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi. "Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?" Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas... " Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni... " hati doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana." Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu. "Yang saya tau, padang pasir tu panas... " Senior berkata setelah berfikir panjang. "Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat. "Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!" Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, Veteran pula dipanggil. "Awak dah lama benar di sini kan?" "Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba. Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini. "Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja. "Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa. "Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta... " Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran. "Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?" Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

SELESEMA BURUNG
Seorang lelaki menghubungi doktor panelnya untuk memberitahu suatu masalah. "Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung." "Saya tahu,"jawab doktor. "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah." "Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu. "Dia telah mencium pembantu rumah kami." "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin." "Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu." "Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu." "Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya." "Celaka," jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

TIDAK NAMPAK LAMPU MERAH
Seorang mat motor telah ditahan setelah melanggar lampu isyarat merah. Sebelum polis menyamannya, dia bertanya kepada mat motor tersebut, "Kenapa kamu tidak berhenti ketika lampu merah menyala? Kamu tidak nampak ke?" "Saya nampak, encik," jawabnya perlahan. "Habis tu, kenapa kamu tidak berhenti?" tanya polis tersebut lagi yang tidak berpuas hati. "Saya tidak nampak encik. Kalau saya nampak encik di situ, saya pasti tidak akan melanggar lampu merah," jawabnya.

SIAPA DI LUAR?
Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggir kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya.

"Siapa di luar?" jerit orang tua itu dengan ketakutan. "Saya Malaikat Maut!" "Oh, syukurlah! Saya ingat anggota polis yang datang."

BAPA DAN TIGA ANAKNYA
Seorang bapa berjalan dengan tiga orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja. Bapa itu nampak berfikir keras ketika saya bertanya.

"Ada yang dapat saya bantu?" "Saya ingin membeli sesuatu tetapi tidak dapat mengingati kesemuanya," jawab bapa tersebut. Lalu dia memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak sekalian, selain katil dan pintu bilik air, apa lagi benda yang korang rosakkan dalam minggu ini?"

ADA SISA MAKANAN, ENCIK?
Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, "Ada sisa makanan, encik?" Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada." Pengemis itu pun mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi. Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan bertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya tetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'. Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis tersebut, akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis dijual! Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai," Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya, "Ada paku?" "Tidak ada," jawab tuan warung. Pengemis bertanya lagi, "Ada sisa makanan, encik?"

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.

Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu! 
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil? 
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu. 
Ayah: Apa yang cikgu tanya? 
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington
Ayah:  Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!


Monday 28 May 2012

Angka 7 Dalam Ciptaan-Ciptaan Allah


Petikan Beberapa Surah-Surah Yang Berkaitan Dengan Angka 7 Dalam Sesuatu Penciptaan Allah Swt

~ Surah An Naba’ Ayat 12, 
“Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh.” 

~ Surat Al Hijr Ayat 16, 
"Dan sungguh Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya.”

~ Surah Al Hijr Ayat 44, 
"Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka."

~ Surat Al Hijr Ayat 87, 
"Dan Sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung."

Dalam Al Quran, manusia diseru untuk merenungi berbagai kejadian dan benda alam, yang dengan jelas memberikan kesaksian akan keberadaan dan keesaan Allah beserta sifat-sifat-Nya. 
Dalam Al Quran, segala sesuatu yang memberikan kesaksian ini disebut "tanda-tanda", yang berarti "bukti yang teruji kebenarannya, pengetahuan mutlak, dan pernyataan kebenaran." 
Jadi, tanda-tanda kebesaran Allah terdiri atas segala sesuatu di alam semesta ini yang memperlihatkan dan menyampaikan keberadaan dan sifat-sifat Allah. 
Orang-orang yang dapat mengamati dan senantiasa ingat akan hal ini akan memahami bahwa seluruh Alam Maya tersusun hanya dari tanda-tanda kebesaran Allah.

Firman Allah Swt yang Bermaksud:
"Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan, "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik." 
(Surah Al Baqarah Ayat 26)

NOTA:
Dalam gambar cuma sebahagian sahaja contoh-contoh yang dapat dimuatkan. Wujud banyak lagi keisimewaan Angka 7 ini didalam ciptaan Allah yang lain.
Semoga gambar ini mencetuskan semangat untuk menjelajah ilmu-ilmu Allah yang lainya

SHARE BERSAMA jika anda mahu mereka diluar sana juga tahu tentang ini :)

Saturday 26 May 2012

5 Cara Pilih Sahabat

Renungan: Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Renungan Untuk Semua Muslimin & Muslimat


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Thursday 17 May 2012

Koleksi-Koleksi Cerita Lawak 4

Jom relaks2 jap..., hu3.., ini merupakan siri ke empat koleksi cerita-cerita lawak.., sambungannye Insya Allah akan menyusul nanti.., tunggu........, thanks 4 the read.., ;-)

SALAH NAIK BAS
Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek. Si nenak memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata,

"Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"

Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."

PITIS (DUIT)
Suatu Jumaat Pak Mat Pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Oleh kerana die memakai kain, die hanya membawa RM1 untuk tambang bas pergi dan balik dari masjid. Selepas menerime baki wang dari konduktor bas, Pak Mat memasukannya iaitu sekeping wang 50 sen kedalam saku baju melayunya.

Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama berdiri mengikut jemaah lain..

Ketika hendak rukuk, duit 50 sennya tadi terjatuh dan tergolek di saf depan, memikirkan itu aje wang yang dia ada. Die pun menegur orang disaf depan,

Pak Mat : Jange Ambik Pitih aku tuh
Jemaah 1 : Eh, aku tok sey limo puluh sen tuh gak
Jemaah 2 : Weh ore semaye mane buleh kecek
Jemaah 3 : Hok mung kecek tuh..
Jemaah 4 : Mujo Aku tok kecek deh

moral : lain kali gi semayang bawak lapan dozen duit syiling

KUCING
Chot dan Chet baru je diberhentikan kerja sebab ekonomi meleset... Dua-dua orang tak tau apa nak buat dan camner nak cari rezeki utk mengisi perut mereka nanti. Tetiba Chet bagi idea, "Kita rompak rumah Pak Chat malam ni? Dia ada banyak duit dan harta kat rumah dia!" Chot setuju dan akhirnya kedua-dua mamat ni berjaya menyusup masuk ke dalam rumah Pak Chat. Chot berminat dengan home theater system Pak Chat. Di angkatnya set tu satu-satu letak kat luar. Ntah camner, tetiba dia terjatuhkan mikropon ke lantai. Pak Chat yg tidur dalam bilik yang tak jauh dari ruang tamu tu terjaga dan menjerit, "Siapa tu?" Dengan tenang Chot menjawab, "Mmmeeeeooooowwwwwww!!!!!!!!"

Kemudian seluruh rumah senyap seketika. "Pak Chat dah tidor balik agaknya!" fikir Chot. Dia terus menerus sambung angkat set home system tu kuar rumah. Chet pulak sibok dok angkut set barang antik dalam almari Pak Chat yang tak jauh dari ruang tamu tadi. Tengah syok dok kaut barang-barang tu, Chet terjatuh kan satu mangkuk kaca... jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan. Sekali lagi terdengar suara Pak Chat. "Siapa tu?" Chet menjawab, "Ini kucen yang lagi satu".

TERKANGKANG
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ... pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

TELUR
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.

Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya.

BINATANG
"I percaye sume lelaki same saje. Mereke adalah buaye-buaye ganas yang zalim,buas dan mementingkan nafsu sendiri. Wanita bagi mereke hanyelah bahan mainan... " kate seorang gadis pade kekasihnye dengan penuh semangat.
"Takkan I pun u anggap begitu?"tanye kekasihnye.
"Ye..u juge buaye macam lelaki lain!"tegas si gadis.
"Kalu i buaye, kenape u masih mendekati diri i "
Dengan selambe si gadis menjawab"pasal I suke pade sume jenis binatang... "

LAWAK BOLA
Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab... ."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit... itu adalah "bola referee"!

TAK SEDAR DIRI
Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : A'Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke ko.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..

5 minit kemudian... ...

Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..

Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian... 

Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..





Wednesday 16 May 2012

12 Barisan Manusia… Menuju Ke Akhirat:-

Barisan pertama: diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :'mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat'. firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaan Ku) , itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka'

Barisan ke-2: diiringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup , sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.' Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3: diiringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 'mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh Datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman  padang  mahsyar 'mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka , takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan. Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik, kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di Neraka. Sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & Wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'

Barisan ke-9: diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru , sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. Mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan 
derhaka, memelihara solat  lima  waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah swt.' 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...